Hello dan Asslamualaikum.
Siapa kat sini suka masak atau baru nak belajar memasak? Untuk korang yang dah lama ada dalam bidang masakan ni, sudah semestinya kenal dengan Dato’ Fazley Yaakob. Dato' Fazley merupakan bekas juara MasterChef Selebriti Malaysia.
Dato' Fazley telah mengarang sebuah buku resepi masakan, "My Sucre Story" yang telah diumumkan sebagai juara bagi kategori Buku Resipi Terbaik Dari Personaliti TV Luar Eropah sempena Pertandingan Buku Resepi Antarabangsa yang diadakan di China pada 29 Mei 2016.
Buku ini menceritakan tentang pengalaman Dato' Fazley selepas menang MasterChef Selebriti Malaysia dan mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Paris, dan kembali ke tanah air membuka SukaSucre Bistro.
Dato' Fazley telah mengarang sebuah buku resepi masakan, "My Sucre Story" yang telah diumumkan sebagai juara bagi kategori Buku Resipi Terbaik Dari Personaliti TV Luar Eropah sempena Pertandingan Buku Resepi Antarabangsa yang diadakan di China pada 29 Mei 2016.
Buku ini menceritakan tentang pengalaman Dato' Fazley selepas menang MasterChef Selebriti Malaysia dan mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Paris, dan kembali ke tanah air membuka SukaSucre Bistro.
"My Sucre Story" merupakan buku resepi kompilasi 35 buah resepi yang terdiri daripada masakan daripada Rembau, Negeri Sembilan, manisan serta pastri klasik Perancis dan sajian kuliner berciri khas fusion Asia yang terdapat di SukaSucre Bistro.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg0u3yNYyoRj9D8S_dcw1EbGliSnGShZsZ6y-G6sz5Y0i7qQtPRr5UlUZGqHHtHq1UeFDO8NAWWSr6xbE-s-0_hAyXenm7Ig3L5shSdyneQsLhz6SdRxZbVyhq10jTO9ngV6C_SRDoJHdd1/s640/IMG-20170324-WA0058.jpg)
Apa yang menarik tentang buku resepi masakan My Sucre Story adalah, buku ini ditampilkan dengan gambar hidangan, bahan-bahan dan cara penyediaan menu. Di setiap halaman di dalam buku ini, ada juga catatan personal Dato' Fazley.
Antara resepi khas yang terdapat dalam naskah ini adalah:
1. Daging Masak Lemak Cili Api,
2. Ayam Pop Salai Dengan Sambal Hijau,
3. Rendang Campur Negeri Sembilan,
4. Donut Bersama Sos Santan Karamel,
5. Beef Wellington Lemak Cili Api Bersama Kolak Campuran Buah Beri,
6. Pavlova Pisang Bersama Pisang Goreng,
7. Macaron Bertih Jagung Karamel Masin,
8. Brioche Berperisa Limau Yuzu, Biskut Cawan
9. Puteri Mandi.
Antara resepi khas yang terdapat dalam naskah ini adalah:
1. Daging Masak Lemak Cili Api,
2. Ayam Pop Salai Dengan Sambal Hijau,
3. Rendang Campur Negeri Sembilan,
4. Donut Bersama Sos Santan Karamel,
5. Beef Wellington Lemak Cili Api Bersama Kolak Campuran Buah Beri,
6. Pavlova Pisang Bersama Pisang Goreng,
7. Macaron Bertih Jagung Karamel Masin,
8. Brioche Berperisa Limau Yuzu, Biskut Cawan
9. Puteri Mandi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8nBVK3iajmiSW1hJD_oYxsU9acPtG5t4eK_WyCLo6NBjVVEgxxyLNykmOrxTt40B6jHJm3Gxj8EYZDgH0UxRE1Pxb1g9tICsqpW0TInCg2wJ8gkMpynUh-rxVUqxPCOTQ82vJCVBPCbA2/s640/IMG-20170324-WA0054.jpg)
My Sucre Story
Sebelum ini, buku resepi masakan My Sucre Story yang mengandungi 121 helai ini dilancarkan di Paris pada Oktober 2015 dan di Singapura pada Mac 2016. Simbolik pelancaran buku di Malaysia telah dirasmikan oleh ibu beliau sendiri, Datin Umi Kalsom Abdol Latib.
My Sucre Story merupakan himpunan cerita perjalanan beliau seawal usia lima tahun ketika membantu neneknya di kampung sehingga membesar apabila kerap menolong ibu di dapur lalu mendirikan rumah tangga dengan dikurniakan isteri yang rajin memasak.
Kata Dato' Fazley, “Ada sinopsis dalam chapter tertentu dan dalam dwibahasa supaya orang Barat boleh belajar bahasa kita dan rakyat Malaysia juga dapat mempelajari bahasa mereka”.
My Sucre Story telah diumumkan sebagai juara bagi kategori Buku Resipi Terbaik Dari Personaliti TV Luar Eropah bersempena Pertandingan Buku Resepi Antarabangsa yang diadakan di China pada 29 Mei 2016.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4JGJIoeHPIgNqw2LR1bH92tTpHZ_guBPGGk08i2TD4K8Q0YEeQPjF6CzxK8oeLn2NSYJs5sOLpJJcWAYcBDxXkZsWdOBwW5XgpUuyxXngRxWLZX0Yo9Si4BUmAd1Q6LPCBrsT7zks41NW/s640/IMG-20170324-WA0057.jpg)
Buku resepi My Sucre Story boleh didapati di seluruh cawangan MPH di Malaysia:
Harga RM 39.90.
Online: RM 33.92 (15% diskaun)
Selain tu, Dato' Fazley juga akan melancarkan single terbaru, "Ketiadaan" ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Dato' Fazley sendiri. Single ini boleh didapati dan dimuat turun menerusi Spotify, iTunes dan Apple Music.
Till then, semoga berjaya Dato' Fazley Yaakob.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTXbmx5Q0xy9FMnhLBYxYPm9upSUoKH2FRmvCLUjdGHAVWzEq0TRyZJkgoXih2LAosuDJBDsBYQTNlJLEr_zpncbmuurQIad5TsF6sMqhyphenhyphen1DhthFnK_KzdErOfDpBkliNZvvuYL0wpwt7Z/s1600/63E6D8234DDC6D16A03DAF4AF7EE600A.png)
10 Comments
cooking makes easy refer to menu see which to eat.
Thanks :)