Yay! Cuti sekolah datang lagi. Mesti mak-mak dan ayah-ayah pening kepala nak bawa anak berjalan kat mana dengan ekonomi yang tak stabil ni, takkan nak berjalan ke luar negara kan? Jadi nak senang bawak je anak-anak tonton teater musikal 3D Alice in Wonderland di Genting Highland.
Teater Musikal 3D Alice in Wonderland
Tarikh: 17-26 Mac 2016
Masa: 4 PM & 8 PM
Lokasi: Genting International Showroom, Resort World Genting.
Durasi: 1 jam
Durasi: 1 jam
Teater musikal ini diinspirasikan oleh novel pada tahun 1865 karya Lewis Carroll yang menceritakan pengembaraan unik Alice.
Persembahan teater musikal 3D Alice in Wonderland live in Genting Highland dihasilkan oleh Sino-Canadian Coorperative Multimedia Musical yang dimana menggabungkan elemen sepersi muzik, tarian dan multimedia.
Ya, memang Musikal 3D Alice in Wonderland ini dalam bahasa Mandarin, tapi korang tak payah risau sebab ada subtitle. Sari kata ni ada kat sebelah kanan dan kiri panggung tu. Memang gedabak besar. Mesti nampak punya lak.
Bukan setakat scene cakap-cakap je ada, masa nyanyian pun ada translate dia tau.
Efek 3D dia memang nampak realistik dan thorbaik! Aku sampai sekarang masih terfikir, macam mana deorang samakan babak itu dengan audio dan pergerakan dekat skrin tu. Contoh macam kat skrin ada nak tangkap rama-rama. Graphic dia superb dan memamg betul-betul 3D.
10 lagu original Alice in Wonderland akan dipersembahkan dalam bahasa Mandarin seperti:
1. In a World of My Own (Alice)
2. I'm Late (Arnab putih)
3. We're not Waxworks (The Dutchess)
4. Painting the Roses (White Queen)
5. What Genus Are You (Ulat Bulu)
Musik latar adalah dari pasukan orkestra radio German.
Pemain dan karakter teater musikal 3D Alice in Wonderland di Genting Highland adalah merupakan barisan terbaik pemain teater yang diterbangkan khas dari China.
Alice: Xie Xinyi
Arnab putih: Ma Xioma
Askar poker/ ulan bulu: Yang Guangyu
Red queen/ white queen: Zhang Shuhui
Askar black heart: Liu Yang
Askar kad poker: Li Xiang
Teater muzikal multimedia Sino-Canadinan seumpama ini merupakan satu-satunya persembahan yang menampilkan aplikasi teknologi interaktif. Pihak penganjur menganggap persembahan ini sebagai "persembahan ilusi visual-audio yang tak dijumpai di mana-mana persembahan pentas".
Harga tiket Teater Musikal 3D Alice in Wonderland di Genting Highland dijual dengan harga:
RM 268 (VIP)
RM 168 (PS1)
RM 98 (PS2)
Pakej istimewa sekali dengan 1 malam penginapan di First World Hotelm dan 4 tiket Alice in Wonderland (2 dewasa, 2 kanak-kanak).
RM 859
Setiap pembelian tiket akan menerima gula-gula khas Alice in Wonderland sesuai dengan teater musikal ini yang khas untuk kanak-kanak. Sedap tau gula-gula ni. Buat pula yang kaler purple tu, rasa anggur.

Contact: 03 27181118
Website: www.rwgwnting.com

25 Comments