Resepi Ayam Penyet Asli dari Jawa di Restoran Ayam Penyet Best, Summit USJ

Hello dan Assalamualaikum korang,

Siapa kat sini peminat nasi ayam penyet? Suami aku suka betul dengan nasi ayam penyet, tapi katanya susah nak cari restoran ayam penyet yang sedap, ada yang ayam tak sedap, ada yang sambal pulak tak sedap.

Restoran Ayam Penyet Best memperkenalkan sajian asli dari Jawa, Indonesia yang biasa kita dengar sebagai hidangan mereka setiap hari. Jangan risau sebab aku berani cakap yang Restoran Ayam Penyet Best memang best dan sedap sampai bulan ni saja aku dah ke sana 3 kali. 


Kesemua makanan di Restoran Ayam Penyet Best Summit USJ ini diproses secara Halal dan bersih. Mereka pun dah dapat akreditasi Halal daripada Jakim. Bertambah-tambah selesa dan best nak makan sini.


Senang je nak cari Restoran Ayam Penyet Best kat The Summit ni. Kalau korang cari Giant, dia memang berhadapan dengan pintu masuk utama Giant Summit, sebelah McDonalds. 

Unik tau cara nak order dia, ala-ala kafe makan. Masa masuk akan ada pelayan akan bagi korang kertas order ni. Hanya tulis no pilihan hidangan korang, dan tunggu makanan sampai je. Nak tambah ke apa nanti boleh bagitahu lain.


Antara hidangan mereka yang hot dan menjadi pilihan oleh pelanggan mereka adalah seperti Ayam Penyet Best, Udang Penyet Best, Empel Penyet Best, Lele Penyet Best dan Bakso Penyet Best.

Setiap sajian di Restoran Ayam Penyet Best disediakan dengan ayam, udang dan daging yang segar dan rempah-rempah asli seperti kunyit, jintan, buah keras, daun salam, lengkuas dan ketumbas.

Video Cara Menyediakan Ayam Penyet Best




Setelah digoreng, ayam penyet akan 'dipenyetkan' dan akan dihidangkan secara tradisional iaitu bersama dengan timun, kacang panjang, tauhu, tempe goreng dan kobis segar, dan tak dilipakan bersama dengan sambal.

Sambal original dari Jawa yang disediakan oleh chef di Ayam Penyet Best dibuat secara homemade menggunakan cili, ikan bilis, bawang merah, bawang putih, belacan, asam jawa dan jus limau. Ada beberapa pilihan sambal untuk korang yang nak kurang pedas, normal dan extra pedas.

Ayam Penyet Bahagian Peha

Ayam Penyet RM11.50

Salah satu yang membuatkan aku suka dengan Ayam Penyet Best adalah sebab kta boleh mintak nak bahagian ayam mana yang kita suka. Ada dua bahagian iaitu, Dada dan Peha Ayam. Selalu banyak kedai hidangkan peha je.

Aku suka juga dengan ayam penyet dia sebab rasa segar, rangup, cukup masak dan semestinya sedap. Ayam penyet ni sedap makan dengan Nasi Putih RM2.00 dan sup. Ada banyak pilihan sup, aku suka sup kosong je. Sup Kosong RM1.00 pun sedap ya.

Ayam Penyet Bahagian Dada

Lele Penyet (Ikan Keli) RM 11.50

Udang Penyet RM 11.90

Dendeng Berlado (daging lembu) RM 11.50

Terong Penyet RM8.90

Gado-gado RM9.00
(pilihan pedas atau extra pedas)

Ais krim scoop (vanila/ coklat/ strawberry) RM3.50

Dari kiri: 
Laici Soyabean RM 6.30
Jus Epal Plum RM 6.90
Choholate Milkchake RM9.60

Dari kiri:
Lemon Rebina ais RM 5.30
Jus Epal Oren RM 7.30
Laici dan Longan RM 6.00

Selain daripada menu yang kat atas, ada juga menu goreng-goreng macam Nasi Goreng Penyet, Nasi Goreng Paprik, Bihun Goreng Penyet, Nasi Goreng Kampung Penyet, Nasi Lemak Berempah, Nasi Goreng Pattaya Penyet dan Mee Goreng Penyet.


Waktu operasi: 
Isnin-Ahad (10AM-10PM)

Ayam Penyet Best
Lot 37B & 39B, LG Floor, The Summit USJ, 
Persiaran Kewajipan, 47600 Subang Jaya, Selangor.
Contact: 03-8011 7566

Website: www.ayampenyetbest.com.my
Facebook: www.facebook.com/AyamPenyetBest

Till then,

Post a Comment

14 Comments

Faeez Azmi said…
Uiyo the sambals look tempting!
Tengkubutang said…
nampak sedap ayam penyet nya.. kalau TB pernah makan ayam penyet dekat setapak tu je.. Ayam penyet idaman.. gombak.. tapi yang ni boleh la try nanti..
Windz Neom said…
ala tak ajak la..haha
5 Little Angels said…
Lama tak makan Ayam Penyet. My favourite since small.
cindyrina said…
Oh gosh! I kalau ayam penyet tu mesti mau tambah sambal nya.Bayar pun tak pe.
Em said…
I really enjoy ayam penyet. Thanks for recommending this restaurant. I've not been to Summit USJ for meals yet so far!
I am Vee said…
Been wanting to try Ayam Penyet for such a long time, because every time passed by ... Banyak orang mestilah best kan.... I don''t know about other people, but I enjoying eating all kinds of food tak kira la Chinese food ke, Malay food ke... janji food... it's my favorite! Will try after seeing this post!
Linda said…
My kids & I like to eat Ayam Penyet. Want to try the Udang Penyet too.
Emi said…
Ayam penyet ni mmg fav emi la. Baru semalam lunch makan ayam penyet dekat Dapur Penyet. Ayam Penyet Best ni belum pernah try lg. Next time klu pergi area subang nak try lah
Beautynthebear said…
that amyam penyet looks tempting!!!! will get and try it soon
Miera Nadhirah said…
I just love the ayam penyet and the sambal... the sambal is just so spicy and delicious... and with the chicken, simply irresistible
Miera Nadhirah said…
I just love the ayam penyet and the sambal... the sambal is just so spicy and delicious... and with the chicken, simply irresistible
You look so beautiful :)
Sunshine Kelly said…
I memang suka ayam penyet kena tambah sambal, itu la yang best.

FOLLOWERS