Kasut Raya 'Hot Chocolate Design' dari Chocolaticas

Hai dan Salam Ramadhan korang.

Kejap je masa berlalu, nanti dah nak masuk raya. Mesti korang pun sibuk nak cari pakaian untuk raya. Bagi aku kasut raya paling susah dan pening kepala nak cari sebab aku nak yang unik, tapi masih nampak cantik dan tak pelik.

Pernah tak dengar kasut jenama Chocolaticas? Nama dia pun unik, macam jenama coklat, tapi rupanya jenama kasut. Chocolaticas merupakan kasut design dari Venezuelan dan original yang hanya boleh dapat secara online kalau kat Malaysia.

Kasut Chocolaticas design dia macam kasut zaman dulu-dulu, nampak macam keras, tapi sebenarnya kasut ni selesa dan lembut je bila pakai. Walaupun corak design terhad, tapi masih juga ada banyak pilihan yang korang boleh pilih dan semestinyanya design dia cantik!


Bila sudah order dari agen sah Chocolaticas di Malaysia (korang boleh order daripada Facebook: www.facebook.com/happysueshoes) kalau kasut itu ready stock, boleh dapat dalam masa paling lama pun seminggu. Haritu aku order 3 hari dah dapat.

Masa dapat tu kan, punya la excited. Tak pernah aku beli kasut yang design unik satu, kotak dia pun unik tau. Memang ala-ala orang lama British gitu. 


Kasut design Chocolaticas ada  tema dan konsep tapi corak untuk kedua-dua belah tak sama. Design Chocolaticas memang limited jadi korang kena selalu ikut perkembangan deorang untuk jenis corak yang lain.

Aku kagum dengan design yang Chocolaticas keluarkan sebab semuanya lain daripada yang lain. Tak sangka zaman sekarang ada lagi kasut corak macam ni. Memang taste aku la macam ni. Kalau pakai masa beraya mesti orang ramai tanya.

Setiap sebelah kasut Chocolaticas ada logo "Hot Chocolate Design", iaitu trademark untuk Chocolaticas. Kasut ni walaupun nampak macam flat, tapi sebenarnya kat tapak tumit dia tu ada macam tinggi/ incline sikit.


Ada banyak pilihan design yang ada dan semuanya comel belaka. Ada design unicorn, rama-rama, leopard, cherry, ladybird dan banyak lagi. 

Selain untuk wanita, Chocolaticas juga ada keluarkan kasut set ibu dan anak. Bayangkan pakai kasut Chocolaticas dengan anak perempuan korang. Comel sangat! Sesuai sangat kalau korang nak pakai kasut sedondon dengan anak masa raya nanti.


Harga kasut jenama Chocolaticas sebenarnya dalam lingkingan US$65 (Tapi di web Amazon, dalam $55-69, ikut jenis design) dan harga ini tak mahal sangat dan kualiti pun bagus.

Contoh kasut design ibu dan anak

Saiz dia agak standard dengan saiz kasut yang kita selalu beli. Kalau korang ada kasut sukan ke, boleh tengok saiz dari sana je. Kalau nak lagi kepastian, boleh ukur pakai pembaris/ tape. 

Contoh macam saiz kaki aku: 
22.5 cm/ 8.06 inch, bundarkan ke 23 cm jadi aku akan pakai saiz EU 35/ USA 5.


Kasut jenama Chocolaticas pun ada tapak kasut synthetic khas untuk design kasut masing-masing. Kalau asyik putih dengan hitam je kan bosan, jadi yang berwarna nampak cantik sikit. Tengok lah, dahla warna tapak dia menarik, ada pulak corak-corak comel tu.


Khas untuk pembaca blog: nurulzayani.blogspot.com, Kalau korang mention nama blog ni masa nak beli korang akan dapat diskaun sebanyak 15% khas sempena Hari Raya ni. 


Harga
 Kasut dewasa: RM 179.90
Kasut kanak-kanak: RM 159.90 
Kasut set ibu dan anak: RM 320.00 /set.

Kalau korang berminat nag beraya dengan kasut awesome dan unik dari Chocolaticas ni, boleh dapatkan dari pengedar sah Malaysia:



Jom la raya dengan kasut 'Hot Chocolate Design' dari Chocolaticas.

Post a Comment

13 Comments

Sebrinah Yeo said…
So cute the designs by this brand! Very unique and wild! Love the mother daughter design idea
Amelie Yap said…
Woah. Those shoes look so cute. At first impression about the brand name, i thought it was shoes that made with chocolate lol.
Em said…
They look sweet enough to eat! No wonder they have such a cute name to match their designs.
Miera Nadhirah said…
The price is quite pricey but if the quality and comfort is good, I dont mind splurging a little...
Anonymous said…
The designs are adorable. I love the color combi too!
Jacqueline Khoo said…
Aww so cute is the design! Perhaps can have a try on their shoes
Yay they are so adorable! Perfect gift for Mom and daughter. Do they have designs for Dad and son?
Shub said…
The designs are too good and different than the rest. A bit pricey but quality looks great.
the shoes look confy. tapi quite mahal
I thought it is a 'real' chocolate hahaha. The name make me misunderstand.
Sunshine Kelly said…
Omg the monther and daughter set is so adorable. will check it out.
仙妮 said…
Omg...so so cute & love the colours too. Wanna own mine too, can't wait to check them out ;) cheers, SiennyLovesDrawing
Beautynthebear said…
The shoes is so cute i cannot!if very comfortable i dun mind to get one haha

FOLLOWERS