Syurga Pencuci Mulut di Tingkat 1, SkyAvenue Resorts World Genting

Hello dan salam sejahtera korang :)

Korang tahu tak, betapa mudahnya nak cari port dessert/ makanan pencuci mulut best kalau korang datang ke SkyAvenue Resorts World Genting. Pergi je ke tingkat 1, semua jenis pilihan pencuci mulut ada daripada kek, ais krim, waffle sampai ke tart pun ada.

Apa tengok-tengok?

Kali ni aku nak bawa korang jalan-jalan kat Tingkat 1, SkyAvenue Resorts World Genting untuk tunjuk kat mana port dessert/ pencuci mulut yang aku rasa best untuk korang makan kat sini. 

Bermula daripada makan ais krim di Inside Scoop, menggemukkan diri dengan syurga kek di Just Heavenly, makan dessert daripada Jepun di Tokyo Secret sampailah makan waffle di Madame Waffle.


1. Inside Scoop
Lot T2-45, Tingkat 1, SkyAvenue



Single Scoop RM 9.00
Double Scoop RM 15.00
Tripple Scoop RM 21.00

Korang yang jenis suka makan ais krim tu boleh singgah sini. Deorang ada banyak gila pilihan ais krim sampai pening kepala nak pilih yang mana. 1 scoop pun dah cukup banyak. Boleh pilih nak dalam cup kertas macam ni atau nak dalam kon. 

Pilihan flavor aku adalah Rocher dan Double Cookie Dough. Yang ini kena tambah RM 2.00 sebab flavor jenis premium. Kalau sedap apa salahnya kan? Cuba la nanti tau!

2. Just Heavenly
Lot T2-55, Tingkat 1, SkyAvenue


Choc Fudge RM 16.00

Cara penyediaan kek ni lepas kita order agak spesial. Deorang panaskan kejap kek ini supaya coklat kat atas dia jadi cair. Memang kek ni paling sedap la bagi aku yang gilakan coklat. Buat pulak dia punya kek coklat moist dia just nice, tak terlalu manis, dengan coklat cair tu. Heaven!

Blueberry Cheese Cake RM 17.00

Peminat keju cheese pasti order yang kek ni. Rasa dia pun best jugak, tak terlalu manis atau terlalu masam, tapi masih lagi ada rasa keju dan sos blurberry dia. Bagi aku kek ni berat jugak sebab lepas makan mesti kenyang. Haha.

3. Tokyo Secret
Lot T2-42, Tingkat 1, SkyAvenue


Oolong Cheese Creama: RM 12.00

Macam pelik je nak minum teh campur dengan keju kan? Bila dah rasa sendiri macam mana sedap rasa dia, baru aku faham kenapa orang suka minuman ni. Tips dia, korang kena minum dalam masa 15 minit, kalau tidak, cheese dia akan turun, masa tu dah tak syok nak minum.

Cheese Tart: RM 4.90

Cheese Cake: RM 59.00 (6 inch) / RM 29.00 (1 box with 5 pieces)

Nak sambut hari lahir kawan ke, keluarga ke tak tahu nak beli kat mana, boleh beli je kek keju resepi original dari Jepun dengan harga yang berpatutan. Hanjuku cheese cake ni sedap sebab tekstur dia lembut je, bila makan seriously akan cair dalam mulut.

4. Madame Waffle
Lot T2-40, Tingkat 1, SkyAvenue


Sea-salt Caramel Waffle with Dark Chocolate Chunk: RM 15.90

Ada banyak jenis set waffle yang korang boleh pilih daripada yang jenis waffle sahaja, sampai ke set dengan buahan segar dan ais krim pun ada. Waffle jenis aku makan ini rasa dia memang tak sama macam selalu aku beli sebab ada rasa masin dan manis. Rasa sedap yang susah nak gambarkan.


Amacam? Berbunyi tak perut bila nampak gambar makanan yang aku letak ni? Aku sendiri perut boleh berbunyi masa tengah taip. Ini yang kena ajak husband pergi Genting Highland hujung minggu nanti. Terbayang-bayang sedap dia wei.

Till then,

Post a Comment

14 Comments

amira faqihah said…
telan air liur tgok makanan semua sedap2 je
Tengkubutang said…
meleleh air liur la tengok gambar-gambar kat atas tu.. kena pi makan sekali kat sana nanti.. huhu
Everything looks delish. I want them all. Hope to have it here in our country.
AliceYin said…
Yumz! Inside Scoop & Tokyo Secret! What a lovely way to start my Thursday :) Tak dapat makan, tengok pun cukup lah haha ~
Em said…
Gosh, just looking at all of these makes me salivate. And it is not dessert time yet!! I have a sweet tooth as well and chocolate is one of my favourites as well. Heavenly!
Irismyra said…
ya tuhannn sedapnyeee.. kna seru family ni ajak g sini.. tq for nice info..
YingYin said…
All the food look so good, haven't been there after their renovation. Would love to pay them a visit 😊
5 Little Angels said…
Sea-salt Caramel Waffle with Dark Chocolate Chunk is my favourite. Will give it a try on my next visit to Genting.
Miera Nadhirah said…
Macam-macam yang ada kat Sky Avenue.. huhuu... Makan sampai pengsan kalau mampu
yum, so much tantalizing looking at the photos!!
Linda said…
I still remember the sweet taste of these desserts. Love the waffle at Madame Waffle.
Puiyeesss said…
Tak tahan tengok dessert, especially the Choc Fudge Cake. yums!

xx
Puiyeesss
Rawlins GLAM said…
Memang banyak kan lokasi makan yang best kat sana. Saya tak berpeluang lagi ke sana. Memang menangis nak hilangkan lelemak lepas makan kat sana kelak. Haha
Betty's Journey said…
I want try inside scoop and madam waffle. This are two dessert I have not try.

FOLLOWERS