Terima kasih Sango Japanese Restaurant sebab jemput aku review restoran makanan Jepun best kat Petaling Jaya. Tak lupa juga kepada Racheal, Founder of Foodilifecious, sebab jemput aku join sesama dengan kawan blogger yang lain. :)
Aku sebenarnya sangat jarang pegi makan makanan Jepun atau Korea ni. Paling-paling pun makan kat kedai Shushi, itu pun kalau rasa macam nak pegi sebab biasa nak la makan yang berat.
Sango Japanese Restaurant yang terletak di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya merupakan restoran yang menghidangkan makanan resepi asal dari Jepun sejak dari tahun 1995 lagi. Kiranya, deorang ni memang dah pakar dalam menghidangkan makanan Jepun.
Konsep yang aku nampak kat restoran ini pun memang Jepun habis. Aku suka dengan layout cara susunan meja makan dia sebab ada partition, sesuai la untuk orang yang suka makan sambil bercakap dan bergosip. Kalau ada komono lagi best, sambil makan pakai baju tu. Haha.
Selama ni aku rasa aku kenal shushi, teppanyaki dan bento je, tapi kat sini aku jumpa banyak lagi jenis makanan Jepun yang aku tak pernah makan, dan yang penting sekali sedap!
Ada beberapa hidangan, cara makan dia special, bukan makan cenggitu je. Aku rasa makanan Jepun ni banyak tradisi dia dan cara makan berbeza dengan cara kita makan. Bayangkan, makan mee pun lain caranya.
Cha Soba
Orang Melayu panggil mee sejuk (cold mee). Cara makan sangat unik: Campur dengan benda yang dalam pinggan putih tu dalam Tsuyu. Ada telur burung puyuh, daun bawang, lobak putih. Lepas tu, amik sikit mee, letak wasabi sikit, dan celupkan dalam Tsuyu tu, then makan. Unik kan?
Sango Bento
Bento pun best jugak untuk yang nak lagi feeling kat Jepun. Ada 5 jenis makanan dalam set ini. Ada ayam goreng, Sashimi, Salmon grill, California Maki dan mee sejuk. Order ini saja pun dah boleh kenyang. Kalau datang ke Sango Japanese Restaurant boleh tengok menu set Bento yang lain jugak.
Ten Donburi RM 18.00
Gyu Donburi RM 18.00
Salmon Donburi RM 22.00
Chicken Teriyaki Donburi RM 15.00
Donburi merupakan hidangan baru yang mereka nak keluarkan untuk pelanggan merekan. Donburi (set nasi dan lauk dalam pot) ini hanya akan disediakan pada waktu makan tengah hari sahaja.
Donburi yang aku paling suka adalah Gyu Donburi, iaitu donburi daging. Suka sebab daging dia kemain nipis dan tak liat langsung. Campur makan dengan nasi yang ada soy sauce jadi sedap sangat. Aku boleh habiskan satu mangkuk tu sorang-sorang.
Salmon Donburi pun not bad. Salmon dia jenis yang macam grill dan goreng, jadi kat luar dia rangup, dalam dia lembut. Kalau aku pandai makan pakai chop stick, aku amik lettuce letakkan nasi dan salmon kat dalam, then makan ala-ala orang Jepun/ Korea.
Seafood Teppanyaki Platter
Tak best la kalau datang restoran makanan Jepun tapi tak makan Teppanyaki. Platter teppanyaki ni besar porsi dia, boleh kongsi dalam 2-3 orang. Ada omelet, udang, salmon, sotong, cendawan. Buat lagi sedap sebab dimasak dengan soy sauce, itu yang rasa dia macam manis-manis grill gitu.
Yakitori Omakaze
Dari atas: Sushi Platters, Salmon Carpaccio
Dari kiri: Chicken Gyoza, Tempura Moriawase
Aku recommend Sango Japanese Restaurant untuk korang yang gila makanan Jepun atau baru nak belajar makan makanan ni. Dengan harga yang berpatutan, dan suasana makanan yang klasik, dah boleh feeling macam pegi Jepun, walaupun sekejap.
Waktu operasi:
Isnin - Ahad (12PM-2.30PM) & (6PM-10.30PM)
Sango Japanese Restaurant
Tingkat 2, Crystal Crown Hotel,
Lorong Utara A, PJS 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 03-79585228
Facebook: https://www.facebook.com/sangojap/
Till then,
15 Comments