Pilih Jus Kombinasi Buahan & Sayuran di Fruit Ninja @ Dochi, IOI Mall Putrajaya

Hai korang,

Pernah main game Fruit Ninja yang main potong-potong buah tu? Aku dulu selalu main. Siapa tahu, dari dulunya hanya permainan dalam telefon, dah keluar pulak kedai jus buah dan sayuran. Unik kan konsep dia?

Outlet Fruit Ninja @ Dochi di IOI Mall Putrajaya yang pertama telah dibuka kepada orang ramai pada 26 Ogos 2017, Sabtu lepas. Walaupun hari pertama buka, banyak gila orang datang nak tengok apa yang deorang offer. Lagi best, ada juga giveaway 100 botol jus kepada orang ramai.


Konsep kedai jus Fruit Ninja @ Dochi adalah pilih sendiri. Korang akan diberi tower 'Dochi' dan pilih antara 3 bahan yang korang nak jadikan jus. Kat sini ada lebih kurang 50 jenis buahan, sayur dan base macam susu atau yogurt.


Pening kepala nak pilih tau sebab banyak sangat pilihan. Antara yang menarik perhatian aku masa pergi haritu buah seperti Blueberry, Strawberry, Buah Delima, Ciku, Yakult, Kobis, Timun Jepun dan Baby Bayam. So kene pandai campur baru dapat rasa sedap.


Bila dah selesai pilih semua, pegi kat kaunter untuk scan dan bayar. Masa ni la korang kena tanya deorang apa rasa jus tu nanti, kang tak sedap membazir je. Lepas scan, kat screen akan keluar nutrition facts dia dan berapa banyak kalori. Moden kan teknologi dia, semua boleh tahu.

Aku punya: Susu, Pisang, Blueberry

Suami punya: Yakult, Tembikai, Tembikai Susu

Dah scan, tunggu nombor korang dipanggil untuk jus yang dah siap. Tak lama pun, tapi kalau ramai orang, kena la tunggu kejap. Kat Fruit Ninja @ Dochi, IOI Mall Putrajaya pun tempat duduk dan tempat main untuk korang yang peminat Fruit Ninja main secara VR Live kat sini

Real Fruit Ninja Game

Sementara tunggu main la game ni seround atau dua round. Boleh main dual player (2 orang) atau solo. Semangat aku main nak break rekod high score dia sampai lenguh-lenguh tangan aku. Haha

Bila dah siap, tadaa! Dapat dah jus yang aku order awal tadi. Cantik botol dia, sayang aku nak buang. Sebenarnya bagus la dia kasi botol kaca, boleh kita jaga alam sekitar dengan cara recycle balik botol tu. Lagipun kalau jus buah, dengan botol kaca, tahan lama sikit.

Jus campuran Milk, Banana & Blueberry = 103kcal

Botol ni isi padu dia 350ml dan boleh beli dengan harga Fruit Ninja @ Dochi RM 14.30 sebotol, tektakluk kepada cas tambahan pilihan buah/base atau sayur yang premium. Yang tu kena tambah RM 1.00 sahaja. Kira okay la kan?

Korang jangan lupa join contest kat FB Page deorang untuk peluang memenangi jus selama setahun! Cara nak join senang je, hanya perlu beli jus dah korang akan dapat peluang tu. Maklumat lanjut boleh refer FB Page Fruit Ninja @ Dochi.


Fruit Ninja @ Dochi
 LG-K5H, West Wing, IOI CIty Mall  Putrajaya.
( Opposite Home Pro, Next to Poh Kong)
Website: fruitninjadochi.com
Facebook: www.facebook.com/fruitninjadochi


Till then,

Post a Comment

13 Comments

5 Little Angels said…
Interesting concept. I pun nak cuba.
so cute and fun there! I wanna go try too but busy days not sure when to go.
Miera Nadhirah said…
wow.. what an interesting shop.. I want to try it out also... hope they open in KL soon
dr-Life said…
lolz... thought is you the one playing the ninja game...
btw.. this is really a good concept juice stall
Very interesting concept and its fun! Hope they will open a branch here in Manila.
Em said…
Aiyo so high tech just for a glass of juice. I know of the game but never play. Luckily no addiction here. LOL
Lia Hasty said…
menariknya. memang nak cuba jugak. nak rasa sendiri jus tu.
Sharon Lee said…
Wa really quite amaze with their concept! It must be fun while ordering there =)
BISWANATH BAI said…
Wow.... interesting shop with good technology i.e. machine order . Nice concept.... 👍
Linda said…
The juice looks delicious. Want to try it too.
Amelie Yap said…
Omg. This is so interesting hhaa. U look so cute in that ninja pose xp
Melissa said…
Is the juice sweet or sour? Wonder how it taste and would like to try some.
Betty's Journey said…
Look so fancy the store and they selling healthy juice.

FOLLOWERS