Untuk yang suka tengok rancangan atau pertandingan ratu cantik (beauty pageant), korang kena follow satu pertandingan yang baru tahun kedua diadakan, iaitu Ageless International Beauty Pageant 2017.
Qui Production Group dengan kerjasama dengan De BEAUTY secara rasminya akan mengadakan pertandingan mengumumkan Ageless International Beauty Pageant 2017 yang akan mengambil tempat di Sunway Resort Hotel pada 21 Desember 2017 nanti.
Tema mereka pada tahun ini adalah "Be A Star", dipilih kerana kriteria pemilihan pemenang pertandingan ini bukan hanya kerana rupa paras yang cantik, tetapi juga kena ada perwatakan yang menarik, pencapaian akademik dan pencapaian kerjaya.
Majlis MOU |
Peserta ratu cantik Ageless International Beauty Pageant 2017 ini adalah dalam kalangan pelanggan De BEAUTY yang staff recommend dan semuanya berusia 30 tahun keatas. Korang yang bukan model atau tak cukup tinggi tu pun boleh masuk asalkan korang pelanggan kat situ.
Tahun ini, harapan mereka adalah penemang ratu cantik Ageless International Beauty Pageant 2017 mampu memberi inspirasi dengan cara memotivasikan wanita moden untuk mengimbangi keluarga, kerjaya dan kewajipan sosial.
Finalis Ageless International Beauty Pageant 2017 |
Pemenang Ageless International Beauty Pageant 2017 akan membawa pulang RM 30,000 manakala tempat ke 2 hingga ke 5 masing-masing akan membawa pulang RM 26,000, RM 23,000, RM 21,500 dan RM 21,000.
Anugerah Classic Ageless International pula akan diberi ganjaran wang tunai sebanyak RM 25,000.
Selain itu, penaja bersama, Asia Metropolitan Unjversity berbesar hati untuk menaja yuran pengajian sebanyak RM 200,000 untuk 10 pemenang Ageless International Beauty Pageant 2017 untuk membuktikan bahawa tak pernah terlambat untuk kita sambung belajar.
Gambar kat atas ada bersama dengan Ratu Cantik Ageless International Beauty Pageant 2016 tdan penemang tempat ke-2 pertandingan itu tahun lepas. Umur 30 tahun kat atas pun nampak macam 20-an je.
Till then,
10 Comments