Minum 1 Gelas Susu Dutch Lady PureFarm Untuk Kelengkapan Harian #StrongStart

Selamat pagi :)

Korang jenis yang suka sarapan pagi ke tak? Atau jenis kadang-kadang makan, kadang-kadang tak sebab ikut mood atau ikut rajin atau tak?

Pernah dengar pepatah "Breakfast like a King"? Dari situ dah tahu sarapan ni sangat penting sebab ia merupakan makanan pertama yang badan kita dapat selepas  berehat selama 8-12 jam dari hidangan terakhir malam tu.

Sarapan yang kita makan pun kena lengkap dengan keperluan nutrien makro dan mikro yang seimbang seperti karbohidrat, protein, vitamin dan mineral yang badan kita perlukan dan bukannya sekadar nak kenyangkan perut je. 


Satu kajian makanan dari SEANUTS Malaysia yang diketuai oleh Professor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganalisa tujuh jenis sarapan pagi yang popular kat Malaysia.

7 jenis sarapan yang popular kat Malaysia termasuklah 1) nasi lemak, 2) mee goreng, 3) nasi goreng, 4) roti canai, 5) roti telur, 6) sandwich sardin dan 7) karipap dan 2 jenis kuih. 

Kajian ini menunjukkan bahawa dalam 7 jenis makanan ni, tak ada satu pun yang mampu membekalkan jumlah tenaga, protein, vitamin A, B2 dan D, serta kalsium yang 20 - 25% yang badan kita perlukan daripada pengambilan tenaga yang disyorkan.



Kita disarankan untuk mengambil segelas susu Dutch Lady PureFarm bersama dengan hidangan sarapan korang untuk melengkapkan keperluan nutrisi badan korang. barulah boleh mulakan hari korang dengan kuat dan bertenaga.

Antara manfaat Susu Dutch Lady PureFarm yang mampu membantu korang adalah:

Protein: Membantu membina dan membaiki tisu supaya otot sentiasa berfungsi dalam keadaan yang baik;
Vitamin A: Supaya mata berfungsi dengan sempurna dan membantu untuk fokus di sekolah dan tempat kerja;
Vitamin B2: Untuk menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
Vitamin D: Diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus;
Kalsium: Untuk membina tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat.

Beza kandungan nutrisi dalam 
Dutch Lady PureFarm Full Cream (kanan) & Dutch Lady PureFarm Low Fat (kiri)


Susu Dutch Lady PureFarm pun sekarang dah didatangkan dalam banyak variasi dah bukannya susu putih kosong dah, sekarang ada yang fresh, low fat, full cream. Ada juga dalam perasa lain seperti Coklat, Strawberry dan Kopi.

Selalu aku nak buat smoothies, aku pakai yang low fat. Kalau korang yang jenis selalu masak hidangan yang pakai santan, tukar je pakai Susu Dutch Lady PureFarm Full Cream, lebih sihat dan kurang kolesterol. Rasa pun lebih kurang sama je.



Till then, jangan lupa sarapan pagi dengan susu tau!

Post a Comment

18 Comments

amira faqihah said…
zmn asrama selalu minum dutch lady je sarapan,terus kenyang
elanakhong said…
Sarapan tu penting sangat. No matter how busy, at least minum la susu. :p
Em said…
Used to always drink milk before school. Now that I am working, alahai... always rushing that I prefer non-liquid stuff. Still, breakfast for me is the most important meal of the day.
Linda said…
I love to drink Dutch Lady milk. I need more calcium.
Tony Johor Kaki said…
Love the taste of milk and like to have it in my food. Shall get Dutch Lady the next time, I go to the supermarket :-D
Lia Hasty said…
Kadang2 je minum susu sebab x berapa suka walaupun banyak khasiat.
Betty's Journey said…
Yes. At least 1 glass of milk that provide sufficient nutrient and calcium to our body.
This might soubd childish but yup, I drink milk before bedtime. Helps me to sleep (old habits).
YingYin said…
Dutch lady has been with me since childhood time. I always like their chocolate flavour. It's convenient to bring around as well
Miera Nadhirah said…
I love milk.. cannot say no to milk, especially chocolate milk and banana milk...
Alex O Connor said…
Was a hard read for me but you know we have that dish in India. It's called idli, it's usually eatten with chutney.
Mahamahu said…
Kalau saya hari-hari minum susu boleh putih tak hehehehe.. Saya suka juga susu tambah makan dengan corn flake best gila hehehehe.
Rawlins GLAM said…
Sekarang pun saya dah start masak guna full cream milk hehe. Sedap dan yang penting lebih berkhasiat.
Arisa Chow said…
dutch lady has always been my choice of milk, i always buy a pack and store at home so i can grab and go every morning
dr-Life said…
i really love drinking milk... if is powder type i even love it - racheal
Chuen said…
I don't always drink milk due to stomach sensitive in the morning. But I love Dutch Lady full cream milk :)
Ivy Kam said…
I like the chocolate and strawberry flavours since I am not so into milk taste.
Tengkubutang said…
susu ni seeedap gilerr.. apa-apa perisa pun TB sukaa.. sedap.. memang sebotol ytu TB sorang je minum.. takmau share-share.. hehehehe..

FOLLOWERS