Pembukaan Cawangan Hypershoe di KIP Mall, Bangi

Hai korang,

Ada satu kedai shopping kasut yang aku nak share dengan korang. Kedai ni bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan kasut untuk wanita dan kanak-kanak, tetapi juga banyak pilihan kasut untuk lelaki.

Kedai kasut Hypershoe bukan calang-calang nama sebab dah ada kat Malaysia sejak tahun 1996 lagi. Baru saja membuka cawangan mereka di KIP Mall Bangi, Hypershoe kini dah ada 32 cawangan di Malaysia.


Meh aku nak bagitahu kat korang apasal best sangat sampai aku recommend korang untuk shopping kasut kat Hypershoe ni. Di Hypershoe ada terbahagi kepada 3 bahagian mewakili jenis kategori iaitu: 1. Mix Point untuk lelaki; 2. MP Sport untuk lelaki dan wanita; 3. Vetini untuk wanita dan; 4. MP Kids untuk kanak-kanak.

Mix Point

Selalunya kalau korang masuk kedai kasut mesti kasut perempuan je banyak kan? Kat Hypershoe ni kalau korang masuk je memang akan nampak kasut lelaki dulu. Banyak pilihan pulak tu. Daripada kasut jalan-jalan, kasut kerja, selipar dan sandal sampai ke kasut sukan pun ada.

Di seksyen Mix Point ni korang boleh jumpa kasut sukan untuk wanita dan kanak-kanak juga. Kasut dia memang nampak dan rasa berkualiti walaupun harga dia tak sampai RM100. Sangat sesuai untuk keluarga yang suka kasut tapi nak berjimat.


Siapa cakap kalau kasut murah tak ada kualiti? Tengok tu tapak dalam kasut. Cushion dia best wei. Korang boleh pilih jenis tapak yang mana yang korang selesa. Segala jenis tapak semua ada kat sini. Kalau orang nampak pun mesti orang ingat kasut ni mahal.


Nampak tak design kasut tu? Latest design dan nampak cantik juga. RM69.90 sahaja.

MP Sport

Kat bahagian MP Sport ni pulak dah macam nama dia mesti la kawasan barangan sukan seperti kasut sukan dan beg sukan. Kat sini ada campuran kasut sukan khas untuk lelaki dan wanita. Kualiti pun not bad juga sebab tapak dia lembut dan flexible.

Seleksi beg sukan dan beg sekolah pun ada. Harga tak sampai RM50.

Vetini

Vetini merupakan seksyen kasut untuk wanita. Kasut wanita lagi la ada macam-macam jenis. Korang cari kasut macam mana? Yang pump, heels, flat, boots, bertali, bertutup, semua ada kat sini. Aku gila kat kasut boots dia. Harga? tak sampai RM100 pun tau.


Pening kepala fikir nak pilih design yang mana satu. Ingat nak beli satu kat mama, satu kat mertua, mungkin boleh beli jugak lagi untuk nenek dan adik-beradik lain sebab ada promo beli 2 pasang dapat harga yang lagi murah.

 

Sama juga macam kasut lelaki di Mix Point, kasut wanita di Vetini pun ada cushion yang best untuk keselesaan orang yang pakai dia. Kebanyakan kasut yang ada tapak special ni jenis yang macam kasut formal bertutup macam kasut office.


Macam yang aku ada cakap kat atas tadi, korang yang beli kasut wanita, boleh dapatkan diskaun untuk pembelian yang kedua. Contoh nya kasut kat bawah ni harga dia RM49.99, kalau beli 2 pasang patutnya RM100, tapi korang boleh dapatkan 2 kasut tu dengan harga RM85.00 sahaja!


MP Kids

Kalau aku ada anak terutamanya anak perempuan, memang banyak dah aku borong kasut kat bahagian MP Kids ni. Cantik-cantiknya alahai kasut budak perempuan ni. Aku berkenan jenis yang ada sparkle dengan bunga-bunga tu. Ada saiz dewasa macam tu tak agaknya?

Kasut budak ni ada sampai 12 tahun. Bukan saja ada sandal dan kasut, tapi ada juga kasut tumit tinggi dan wedges khas untuk budak perempuan yang dah ada keyakinan untuk pakai. Training awal takde la lenguh kaki nanti masa dah besar kan.


Rugi la kalau datang shopping sini balik dengan tangan kosong kan? At last setelah penat survey satu kedai, setelah pening kepala nak pilih design kasut yang mana yang paling aku berkenan, makanya aku pilih untuk beli boots ni. Murah je wei. Berbaloi sangat.


Hypershoe
Lot M-02, M-03, M-04, M-05, G-05/2,
KIP Mall Bangi, No.1 Jalan Medan Bangi,
Off Persiaran Kemajuan, Seksyen 6,
Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Website: www.hypershoe.com.my
Facebook: www.facebook.com/hypershoe

Till then,

Post a Comment

14 Comments

Illya LeYa said…
Memang menarik kasut-kasut yang ada... Bolehlah LeYa singgah nanti ni.. Dekat je ngan area rumah
Ana Suhana said…
Banyaknya pilihan kasut dekat sini. Untuk seisi keluarga lagi. Molek2 semua.
Not only slippers and shoes, http://www.proofreading-services.org/ but also have high heels and special wedges for girls who have confidence in sock.
Christina Ho said…
Menarik oh ! Love ❤️
Puiyeesss said…
Wow byk pilihan tu! Berbaloi laa RM85 utk 2 pasang. Boots yang Zayani pilih tu nampak comel jugak..

xx
Puiyeesss
ME and my wife both love shoes. Especially if the designs are original like these:)
Pooja Kawatra said…
Beautiful collections and love those girls shoes my daughter will love them.
Miera Nadhirah said…
those are some pretty shoes.. I want to go try them out and perhaps get me one or two pairs
Em said…
So many choices but not enough money. With an odd size feet, even I am confident that I'd be able to find something I like here at Hypershoe.
dr-Life said…
omg.. who don't like shoes?! lolz
So many choices there... Itchy hands now... hahaha

Racheal
dr-Life said…
omg.. who don't like shoes?! lolz
So many choices there... Itchy hands now... hahaha

Racheal
Absolute Yana said…
i prefer the guys range of shoes here...they look very in style and modern...
Sophie Grace said…
Great post! I am actually getting ready to across this information, It's very helpful for this blog.Also great with all of the valuable information you have Keep up the good work you are doing well. Nonton Drama Korea
Sophie Grace said…
I like you recommendation. Your recommendation is of well use to people. A great article post, this is something very interesting. I really appreciate your pos Tik Tok

FOLLOWERS