14 November, hari ulang tahun kelahiran aku, dan bila fikir balik, dalam banyak benda yang best berlaku kat aku tahun ni, pengalaman aku ke Tournament Dota 2: ESL One Genting 2017 adalah yang paling manis.
Rasa macam rugi pulak kalau tak tulis pengalaman pertama kali tengok tournament Dota 2. Untuk pengetahuan, semasa berlangsungnya ESL One Genting 2017 pada Januari 2017 lepas, aku telah dapat pass esklusif media untuk buat coverage pasal ESL One Genting 2017.
Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Resorts World Genting, sebab taja penginapan dan makan aku dan suami sepanjang berlangsungnya ESL One Genting 2017, dan juga kepada Tonton.MY kerana sponsor tiket VVIP.
Resorts World Genting (RWG) Hotel Taraf Antarabangsa
Suka betul aku bila dapat tahu yang ESL One pada tahun ni buat kat RWG. Pilihan yang tepat sangat sebab RWG boleh dikatakan satu lokasi yang eksklusif sebab di tanah tinggi.
Bilik hotel kat sini ada banyak jenis, harga pun banyak pilihan dari yang murah dan kalau mampu boleh amik yang besar sikit dan yang pastinya takkan ada masalah tak cukup tempat penginapan sebab RWG merupakan line hotel terbesar di Asia.
Untuk orang yang datang sebagai penonton macam aku, dapat bilik biasa kat First World Hotel pun dah memadai. Bilik bersih, cozy dan cukup besar dah untuk 2 orang nak tidur. Boleh mintak non-smoking floor lagi pulak tu. Apa lagi yang korang nak kan?
Goodies Best!
ESL One Genting 2017
Lokasi: Arena of Stars, Resorts World Genting, Malaysia.
Tarikh: 6-8 Januari 2017.
Jumlah pasukan: 8 pasukan.
Resorts World Genting (RWG) Hotel Taraf Antarabangsa
Suka betul aku bila dapat tahu yang ESL One pada tahun ni buat kat RWG. Pilihan yang tepat sangat sebab RWG boleh dikatakan satu lokasi yang eksklusif sebab di tanah tinggi.
Bilik hotel kat sini ada banyak jenis, harga pun banyak pilihan dari yang murah dan kalau mampu boleh amik yang besar sikit dan yang pastinya takkan ada masalah tak cukup tempat penginapan sebab RWG merupakan line hotel terbesar di Asia.
Untuk orang yang datang sebagai penonton macam aku, dapat bilik biasa kat First World Hotel pun dah memadai. Bilik bersih, cozy dan cukup besar dah untuk 2 orang nak tidur. Boleh mintak non-smoking floor lagi pulak tu. Apa lagi yang korang nak kan?
Yang datang dengan tiket VIP atau VVIP akan dapat ruang khas untuk korang duduk semasa tournament. Kat ruang ni korang boleh dapatkan minuman unlimited dan goodie bag yang penuh dengan benda best. Best gila!
Dalam goodies ni ada T-Shirt eksklusif ESL One Genting 2017, lanyard ESL One Genting, Power Bank dan cable, Mouse Pad eksklusif ESL One Genting 2017, keychain MSi Gaming, pin insignia logo ESL One Genting 2017, RBG key untuk keyboard logo ESL, baucar makan selama 2 hari di restoran terpilih di SkyAvenue.

Syurga Makanan
Datang sini korang jangan risau pasal lapar sebab ada banyak gila kedai, kafe dan restoran makan yang korang boleh pergi. Restoran Halal pun ada. Antara pilihan aku adalah Burger & Lobster, Motorino, Bubbles & Bites atau boleh makan buffet di Coffee Terrace.
Refer sini untuk list restoran Halal di Resorts World Genting:
1. Restoran Makanan Halal di SkyAvenue, Genting Highland.
2. Makan Lobster di Burger & Lobster, SkyAvenue Genting Highland.
3. Motorino Pizza, SkyAvenue.
Arena of Stars (AOS)
Selama ni nampak dalam TV je AOS ni digunakan untuk konsert dan majlis penganugerahan dan sekarang dah pakai untuk kegunaan majlis antarabangsa. Ruang AOS memang besat sangat dan nampak eksklusif.
AOS best sebab bersih dan kemudahan dia dia seperti kerusi dan tandas terjaga. Takde pun rosak sebab vandalisma atau paip bocor ke. Itu lagi membuatkan aku bangga AOS jadi pilihan ESL One.
Gambar ni masa hari pertama. Kalau hari terakhir memang penuh, nak ambil gambar pun susah. |
Jumpa Ramai Player Dota 2 yang Best
Untuk tournament kali ni ada dalam 8 pasukan. Ada team Fnatic, Digital Chaos, Newbee, WG Unity, Virtus.pro, Team NP, Wings Gaming dan Execration.
Selama ni nampak deorang main dalam game aje kan, tanpa tahu macam mana personaliti deorang. Baru kalini ada peluang nak borak dengan deorang. Best tau dapat jumpa dan berborak dengan pro players ni.
Masa ni la baru kita nampak macam mana personaliti mereka dalam melayan fans deorang. Ada team yang layan dan friendly macam Digital Chaos dan Virtus.pro dan ada team yang sombong atau deorang tengah tak ada mood nak layan. Haha
Resolut1on dari team DC. Player paling ramah.
w33 dari team DC.
Lagi best bila dapat jumpa player pro ni secara dekat, boleh la mintak tanda tangan deorang untuk kenang-kenangan. Boleh la nanti letak dalam frame dan display kat bilik game kan. Baru la masa nak main Dota 2 rasa lebih bersemangat.
Datang event macam ni mesti ada ramai personaliti Dota 2 yang join kan. Antara influencer yang ada di ESL One Genting 2017 adalah Redeye, Eri, Purge, Tobiwan, Maelk. Merlini, Odipixel, Godz, Capitalist dan SirActionSlacks.
Suka betul aku dapat tengok macam mana deorang cast game secara live depan mata. Nampak macam mana deorang kusyuk nak castkan game tu dengan ramai orang dalam AOS tu. Dengan bising sorakan orang lagi, nak fokus lagi. Phew, respect!
Dari kiri: Tobiwan dan Purge.
Dari kiri: SirActionSlacks dan Xyclopz.
Dapat Kenal dengan Ramai Orang
Siapa tahu kita boleh buat networking baru dengan orang-orang yang kita jumpa kat event macam ni kan. Event besar macam ni menggabungkan ramai orang daripada pihak media, influencer, player dan peminat Dota 2.
Masa ni lah korang akan jumpa orang yang korang tak pernah kenal, tapi pengetahuan deorang pasal Dota 2 dan cara mereka analisa satu game tu sangat best. Contoh: Boleh tengok instagram @dota2onthego. Talent gila budak ni.
Tahniah kepada pasukan Digital Chaos untuk rooster ESL One
Genting 2017 yang terdiri daripada Resolut1on, w33, MoonMeander, MiSeRy
dan Saksa sebab berjaya memenangi tournament pertama korang! Korang
memang terbaik.
Gambar kecil: Yay! Dapat tandatangan satu team DC. |
Korang boleh tengok video tentang sedutan semasa aku di ESL One Genting 2017 dan moment kemenangan Digital Chaos (DC) di video kat bawah.
Entry berkaitan: Digital Chaos Juara Dota 2 ESL One Genting 2017
Till then,
18 Comments
yanmieonline.com