Assalamualaikum korang,

Pada 22-24 Disember 2017 yang lepas, saya bersama dengan blogger, influencer, media elektronik dan media percetakan yang lain telah dijemput untuk menyaksikan kemeriahan Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili yang terletak di Kota Tinggi, Johor.

Terima kasih diucapkan kepada Majlis Pelancongan Malaysia/ Malaysia Tourism Council (MTC) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) sebab sudi menjemput saya untuk merasai pengalaman ke Daerah Zon Sedili selama 3 hari 2 malam.

Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017 merupakan Program Promosi Pelancongan Desa yang dianjuran oleh KEJORA dengan kerjasama MTC dan Tourism Johor. Karnival ini diadakan untuk mempromosikan pelancongan desa di daerah Sedili dengan mengetengahkan apa yang unik dan menarik disana.



Antara lokasi menarik yang telah saya lawati sempena dengan trip 3 hari 2 malam ke Zon Sedili adalah ke Wetlands Kampung Belukar Durian, melawat paya bakau dan menyelusuri Sungai Sedili, melawat Pusat Penternakan dan Penetasan Belangkas, join Karnival Berkarang, melawat Bengkel Kraftangan Nelayan dan Muzium Nelayan. 


Aktiviti Menarik Sepanjang Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili, Johor 2017 

Antara aktivi menarik yang telah diadakan di Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili pada tahun ini adalah sukan rakyat, persembahan ghazal & kebudayaan, demonstrasi kraftangan, pameran pendidikan, expo jualan, pertandingan karaoke dan zapin, melawat kampung dan pesta berkarang.

 
Ustaz yang telah dijemput untuk memberikan ceramah pada Malam Bicara Ilmu.

 
Meriah expo jualan dan carboot sales.

 
Makcik ni jual kraftangan tulisan khat. Lawa-lawa hasil dia.

 
Zumba pada pagi hari untuk melahirkan masyarakat yang sihat.

 
Cabutan bertuah dengan hadiah pakej penginapan di Lotus Desaru Beach Resorts.


Pesta Berkarang di Pantai Manis

Kami kumpulan media sempat menyertai dan menyaksikan bagaimana Pesta Berkarang ni. Menarik juga, sebab tak sangka ada juga pesta dan pertandingan mencari kerang-kerangan. Tak menang pun takpe sebab pengalaman tu memang best.

 
Alat basic nak mencari kerang di laut: Bakul berlubang, bekas kaut pasir dan plastik.


Selain daripada excited nak mencari kerang, dapat juga saya layan permandangan best kat Pantai Manis. Ini merupakan kali pertama saya jejakkan kaki di pantai semasa air surut. Sampai ke tengah laut sana berjalan nak cari port baik untuk berkerang.

Jangan lupa untuk pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk mencari kerang ya.


Abang kat atas ni dia tengah cari lokan atau kerang laut menggunakan alat tradisional Tuis. Macam ni lah kerja orang yang cari lokan tu. Susah juga kerja dia, nak kerja banyak, hasil sikit je. Tabik respect lah kat orang yang kerja ni.

While kiteorang yang takde alat lain, dengan berbekalkan alat yang disediakan penganjur macam ni lah nak cari dia. Sebenarnya kalau nak jumpa banyak lagi, kena pergi kat tengah air sikit, yang tu memang basah sampai pinggang la.



Salah seorang peserta Pesta Berkarang yang membawa pulang hasil yang banyak. Ada lagi banyak sampai 3 kilo kerang dia cari. Tah macam mana la dia cari sampai 3 kilo, saya sebiji kerang pun tak jumpa.. Haha.



 

Jangan risau, kerang yang peserta dapat tu bukan buang balik, tapi dimasak dibalai raya untuk dihidangkan. Sedap wei makan kerang fresh. Memang pandai masak orang Sedili ni, kerang masak ton yam, cili dan bawang putih serai. Yums!



Majlis Perasmian Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017

Teringat kata-kata Encik Hamzah (Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KEJORA yang cakap sekarang ni KEJORA memang tengah fokus kepada kepelbagaian keindahan semula jadi dan kehidupan masyarakat kampung yang menjadi faktor utama untuk dijadikan sebahagian daripada pakej di bawah program pelancongan desa. 

Setakat ini, ada 10 daripada 12 kampung dalam wilayah KEJORA yang dilihat ada potensi untuk dijadikan kampung pelancongan desa, selain daripada tarikan khas berkonsepkan wetlands sebab deorang tahu pelancong sekarang ramai yang suka dengan pengalaman unik alam semula jadi.


Lebih menarik lagi, karnival ini menyaksikan buat kali pertamanya lagu Tanjung Sedili dimainkan. Lagu ini telah dicipta oleh pakcik dalam gambar dibawah yang merupakan anak jati Sedili dan dinyanyikan oleh anak muda.

 Kreatif pakcik ni. Lagu pun catchy je.

 Persembahan tarian kebudayaan sebelum majlis perasmian.

Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili 2017 telah dirasmikan oleh Dato’ Noor Ehsanuddin, Ahli Parlimen Kota Tinggi. Semasa ucapan perasmian beliau sempat cakap, Daerah Sedili memang terkenal dengan destinasi eko pelancongan sebab keunikan dan keindahan alam semulajadi dia.

Dengan cara membanggunkan setiap daerah, boleh mempelbagaikan lagi produk pelancongan yang boleh ditawarkan kepada pelancong ke negeri Johor.


 Dari kiri : Encik Hamzah (Timbalan Pengurus Besar KEJORA), Dato’ Noor Ehsanuddin (Ahli Parlimen Kota Tinggi), Encik Aminuddin (Exco MTC), Encik Muhammad Amirul (Timbalan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor), Tuan Hj. Ibrahim (Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sedili) dan Puan Afzan (Ketua Penolong Pengerusi Daerah Kota Tinggi).


Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia (MTC), Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) dan juga Tourism Johor sebab jemput dan sponsor saya untuk trip ke Zon Sedili, Johor ni.

Tak lupa juga kepada Encik Aminuddin (Exco MTC), Puan Ezani dan AJ sebab jaga kami. Trip ni memang awesome ^______^.

Till then,