PEKA Lancarkan Save Our Rainforest Race Edisi 2018

Hai dan salam sejahtera korang,

6 Februari 2018 yang lepas, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) dengan rasminya telah melancarkan Save Our Rainforest Race 2018 (SORR2018). SORR2018 akan diadakan di Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor.

Pelancaran edisi 2018 merupakan kali ke-enam selepas: Hutan Lipur Chamang, Bentong (2013), Hutan Simpan Sungai Besi, Kuala Lumpur (2014), Hutan Lipur Kuala Woh, Perak (2015), Hutan Simpan Sungai Menyala, Negeri Sembilan (2016) dan Taman Negara Pulau Pinang (2017).

Save Our Rainforest Race 2018
Lokasi: Hutan Simpan Kekal Gading, Hulu Selangor
 Tarikh: 24 Mac 2018 (Sabtu)


Menariknya Save Our Rainforest Race yang dianjurkan oleh PEKA adalah ianya bukan seperti pertandingan larian atau hiking yang macam biasa sebab peserta yang sertai SORR akan melaksanakan aktiviti penanaman semula pokok-pokok hutan.

Dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan hutan, PEKA mensasarkan seramai 2000 peserta akan sertai SORR2018. Satu kumpulan ada 2 orang, dan dijangka sebanyak 1000 batang pokok hutan akan ditanam di sana.


SORR2018 akan bermula dan berakhir di Kem Pelangi Hill Resort dengan jarak sejauh 15KM. Para peserta juga akan melalui kawasan rekreasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor. Jangan risau takut bosan sebab korang juga akan diuji dengan aktiviti di check point nanti.

Bayaran penyertaan:
RM160 satu pasukan (2 orang)

Setiap peserta akan mendapat T-shirt SORR, sebatang pokok untuk ditanam untuk satu pasukan, medal penamat, sarapan pagi, makan tengahari dan berpeluang untuk belajar tentang hutan dan menikmati keindahan Hutan Simpan Gading.

Save Our Rainforest Race 2018
Website: pekamalaysia.org/v2/sorr2018
Contact: Haikal (0179019920), Andy (0173302633), 
Bazlinda (0192422625), Rahman (0179019920)
Email: sorr2018@gmail

Facebook: www.facebook.com/PEKAMALAYSIA
Instagram: www.instagram.com/pekamalaysia

Till then, Cut Your Greed, Not The Green.

Post a Comment

10 Comments

nikkhazami said…
tak sangka ada program yg bagus mcm ni..
Syafiera Yamin said…
Wow menarik program ni.. sekarang ni hutan belakang rumah pun tak lama lagi ada lebuh raya EKVE.. Memanglah memudahkan short cut jalan terus ke KL Tapi kesian habitat haiwan terganggu ... last time keluarkes tapir keluar kat rumah I.. mati kena bunuh by stupid human ! 😣
Mak Lin said…
orang tend take for granted. nasib baik ada NGO macam Datin Sabrina and all yang perjuangkan nasib hutan kita.
apekinahdotcom said…
Bestnya tapi kita ada anak kecik. Susah nak join. By the way siapa yang join tu tahniah dan good luck ye.
amirnawawi said…
Aktiviti yang bagus untuk mengembalikan kehijauan hutan kita.

I know Peka for few years and what i can said is, their progrma I so good in order to enhance our forest beauty. Pn Sri Sharifah Sabrina kan Presiden dia?
Lia Hasty said…
Program menarik dan lain dari yang lain. Bila ada penanaman semula pokok tu rasa macam nak join je.

www.liahasty.com
Nampak mmg menarik program ni.. Hajat hati kanmain nak mencuba.. Tapi x ada stamia.. Fizikal dan mental kena kasi 100% cekal He he he.
Tahniah.. Pada siapa yg join..
Mawardi Yunus said…
Program yang harus dipuji. Sekarang ni kalau x dijaga. Bila bila masa hutan boleh hilang macam tuja utk pembangunan. Tahniah PEKA
dr-Life said…
for sure i want to join this program. So interesting and love the nature, protect the green...

Racheal
Hasif Hamsyari said…
Memang support dengan event begini. Setidak-tidaknya boleh mendidik masyarakat dengan kepentingan hutan yang tiada nilainya selain menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat. Teringin sebenarnya nak sertai juga tapi clash dengan jadual. Huwarghhh

FOLLOWERS