Flag Off Rombongan MTC Media ke Road to Agro Tourism Siri 4 - Zon Utara

 Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Entry kali ini diterbitkan sempena dengan Program Road to Agro Tourism Siri 4 -  Zon Utara anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

 Pada Program Road to Agro Tourism Siri 4 -  Zon Utara (RTAT4) kali ini, kami rombongan bersama hampir 40 orang media dan blogger bersama-sama menjelajah ke utara Malaysia merangkumi Kedah, Perlis dan Langkawi selama 6 hari.

Flagoff pada 22 Februari 2018 disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) LPP, Puan Azulita Salim bersama dengan Presiden MTC, Encik Uzaidi Udanis di Menara LPP, Kuala Lumpur.




Untuk pengetahuan korang, pelancongan agro adalah merupakan subsektor pelancongan berteraskan aktiviti pertanian yang merangkumi empat cabang utama iaitu pertanian, perikanan, penternakan dan industri asas tani (IAT).
Kami berkumpul di Menara LPP pada jam 9 pagi untuk bersama-sama menikmati sarapan yang disediakan. Selepas semua dah sampai, maka taklimat tentang program RTAT4 diterangkan oleh En Aminuddin Mohamad merangkap Pengarah Program.

Tertarik saya mendengar ucapan En Uzaidi dan En Amin yang menyatakan pihak MTC betul-betul berminat dan berusaha untuk membangunkan sektor pelancongan khususnya sektor agro-pelancongan di Malaysia. Rare kot.



Alang-alang dah berada di Menara LPP, kami kumpulan MTC Media dibawa untuk mengimbau kenangan sektor pertanian di Malaysia disini. Boleh nampak macam mana sektor ini daripada dulu, dah berjaya sampai sekarang.

Sekarang daripada satu buah tu, macam-macam dah boleh buat, jem, kordial, kerepek dan macam-macam lagi. Usaha ini dijalankan khas untuk membantu petani dan usahawan terutamanya mereka yang berada dikawasan desa.



Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS