Tonton Teater 3D Hologram Aladdin and The Magic Lamp di Resorts World Genting

Hai korang,

Musim cuti sekolah mesti musim paling pening kepala nak bawa family bercuti kat mana kan? Untuk korang yang tak suka dengan tempat yang sesak dan jauh, boleh bawa je keluarga bercuti kat Resorts World Genting.

Bestnya lagi, bukan saja dapat bercuti dengan harga bilik yang murah dan berpatutan, tapi korang juga boleh menikmati banyak tarikan terbaru di sana. Jangan lupa juga untuk menonton teater hologram 3D, Aladdin and The Magic Lamp.



Teater Aladdin and The Magic Lamp merupakan teater dengan watak pelakon yang menggabungkan elemen hologram 3D dan muzik. 

Di hasilkan oleh DT Kids Theater dari China, mereka sebelum ini popular dengan teater Adventures of the Monkey King: The Golden Hooped Rod yang pernah ditayangkan di Resorts World Genting sebelum ni.

Teater ini diadakan dalam bahasa English dengan sari kata bahasa Mandarin. Senang kata, kalau korang tonton teater ni mesti faham punya cerita dia. Jalan cerita yang tak terlalu berbeza dengan jalan cerita original.

 



Jalan cerita:

Seorang ahli sihir gunakan Aladdin yang merupakan seorang pelatih jahitan yang miskin untuk mengambil lampu ajaib dari gua harta karun yang tersembunyi. Susah juga Aladdin ni nak cari gua tersembunyi tu sebab banyak halangan.

Finally, dia dapat lepas semua halangan tapi dia tak tahu dalam gua tu kalau sentuh satu benda, nanti gua tu runtuh. Dia ternampak satu bunga, dengan niat nak bagi kat Jasmine, dia pun amik bunga tu, dan gua tu pun runtuh.

Tapi dia selamat, dan paling ajaib sekali, bukan saja dia dapat bunga nak bagi kat buah hati dia, tapi siap dapat sekali dengan lampu ajaib yang ahli sihir tu nak.




Lepas dia jumpa dengan Genie tu, tak sengaja dia lap sebab lampu tu macam berhabuk, maka masa tu dia tahu kenapa ahli sihir tu beriya sangat nak lampu ni. Maka, Genie tu pun banyak lah membantu dia untuk dapatkan buah hati dia.



Ada satu babak tu, Aladdin kantoi sebab tetiba ahli sihir tu tahu pulak yang dia miliki lampu tu. Menarik jugak babak deorang bergaduh berebut lampu tu. Masa ni sedih sebab Jasmine pun terasa hati dengan dia sebab tak jujur.

Banyak jugak nilai murni yang dapat daripada teater ni. Antaranya: Jujur kepada diri sendiri dan orang lain, nak happy kena usaha sendiri, kesenangan tak semudah meminta doa dan pentingnya hubungan kekeluargaan.


 

Antara elemen yang paling saya suka dalam teater ini adalah, deorang sangar mesra dengan penonton. Memang akan ada babak yang deorang akan berinteraksi bersama penonton. Then, nanti deorang akan jalan depan kita semua.

Siap ada kejutan karpet terbang lagi masa babak Genie datang. Pertama kali jugak tengok teater siap ada karpet terbang. Baru lah macam real cerita original dia kan.


Babak Genie naik karpet terbang



Durasi: 65 minit

Tarikh tayangan: 9 Mac - 25 Mac 2018
Masa tayangan: Isnin-Sabtu (8.30PM), Ahad tambahan jam 4PM.

Harga tiket
VIP: RM156
PS1: RM116
PS2: RM86

Aladdin and The Magic Lamp
Genting International Showroom, Resorts World Genting.
Website: www.rwgenting.com
Contact: 03-61011118


Till then,

Post a Comment

18 Comments

Del Asyraf said…
waaaaaaa bestnya. Menarik ni. Rasa macam jin tu wujud pulak dikalangan pelakon tu. Mesti seronok dan tak ngantuk. thanks info by me http://cakapsinilah.blogspot.my/
INNANIE ARIFFIN said…
lama tak tengok teater kanak-kanak especially cerita yang zaman kanak-kanak kita. seronoknyaaa kalau berpeluang pegi kan :)
cindyrina said…
Ala....I miss out this show la. Mesti best and teruja masa part atas tikar terbang Tu ye. next week last ye ..this show
Ana Suhana said…
Wah menariknya persembahan teater aladin tu. Berwarna warni. Magical sgt nampaknya. Yg penting teater ini ad nilai2 murni yg disampaikan.
Hasif Hamsyari said…
Wahhh seronoknya tonton teater! Teater macam ni pasti sesuai kalau bawak satu keluarga kan. Tema penceritaan dia pun tak keterlaluan dan menghiburkan. Sambil2 tu boleh experience tarikan lain yang banyak kat sini!
Marsha peminat teater. Plan nak ke genting minggu ni. Boleh layan ni. Menarik sangat. Tak sabar rasanya nak naik genting.
adianiez AIDA said…
Wow. Best nyer zayani. Sgt beruntung dpt tgk. Aida when it comes to all this, kenangkan bwk anak2 aje. Sure diorang tak bosan mad extra excited!
Suria Amanda said…
Nampak macam best..akak nak naik genting ni bawa anak dara akak..maybe kalau sempat bleh usha..tp tgok tiket tu telan air liur akak..haha..lama gak kan masa dia 65 min
mrsliez said…
Aladdin ni dah lama sgt takdgr kan.. even my kids tak tahu pun kisah2 dogeng lama ni... hope to.bring them utk tgk the musical
Mahamahu said…
Genting sekarang ni macam-macam aktiviti boleh buat kat sana walaupun taman tema mereka tak siap patut lah ramai orang masih naik ke sana. Kita pun nak naik lah tengok Aladdin hehehehe...
amirnawawi said…
Bestnyer weh. Teringin nak tengok pementasan sebegini. Mana tidaknya aku memang penggemar teater macam ini.
Ada juga dapat jemputan haritu tapi masa tu dah ada komitment lain. huhu
Airah Syahirah said…
Bestnya tengok teater airah tak pernah tengok teater
Pergi genting pun xpernah lagi hahahaha
cre8tone said…
Looks like it's a great show..

Alladin is really a nice legend.. lovely storyline..
Betty's Journey said…
I am a big fans of Alandin since I was a kid. Now can watch it lively at Genting. The show must be good.
Kak belum pernah tgk teater, best jugak dapat tgk dari dekat
yaya_flanella said…
Syoknya baru baca dari sini dah ada best. Dulu tengok cerita Aladdin kat tv. Best juga kalau dapat tengok versi teater
Alia Farhan said…
Akak duk ternyanyi2 dah lagu genie in d bottle...hihihi...
Memang peminat teater eh?akak pun suka tengok teater sebab kt teater baru boleh nmpk real org tu boleh berlakon or tak
dr-Life said…
so young the performers ya... too bad I was not able to join you for the show. i heard that it was really good and i am planning to go with my friends to watch this.

FOLLOWERS