Mesti korang pernah terfikir, kenapa kat Resorts World Genting takde food court atau medan selera yang menghidangkan makanan Halal kan. Oleh sebab ramai pelanggan Muslim, makanya wujudlah Medan Selera yang menghidangkan makanan Halal, ala-ala food-court.
Medan Selera yang terletak di Level G, SkyAvenue Mall dibuka setiap hari dari jam 8AM- 10PM dan menghidangkan pelbagai pilihan menu bermula daripada menu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Nak cari kuih muih pun ada.
Menariknya di Medan Selera, mereka membawakan 5 jenis makanan yang menjadi pilihan yang terdiri daripada:
1. Rempah & Nasi;
2. Aneka Mee;
3. Laksa;
4. Asia Barat;
5. Crispy Chips.
RICE & SPICE
Bahagian ni saya tengok macam menu makanan mamak. Banyak makanan kat sini yang berempah macam Nasi Lemak, Nasi Briyani dan Nasi Kandar dengan banyak pilihan menu. Saya sendiri rasa Nasi Kandar dia, memang sedap, kari dia terbaik.
Nasi Briyani dengan Sambal Sotong: RM21.00
LAKSA
Tak pernah lagi saya jumpa Medan Selera yang menghidangkan banyak menu laksa dan mee. Laksa kat sini dia ada pilihan laksa mengikut negeri. Bagus betul, supaya orang luar negara boleh rasa perbezaan laksa di setiap negeri.
Ada Nyonya Laksa, Laksa Johor, Laksa Penang, Laksa Kelantan. Mee pulak ada Mee Bandung dan yang paling hot, Char Kway Teow. Paling best, satu mangkuk/ pinggan, boleh kongsi 2 orang sebab porsi laksa dan mee dia banyak.
Ada Nyonya Laksa, Laksa Johor, Laksa Penang, Laksa Kelantan. Mee pulak ada Mee Bandung dan yang paling hot, Char Kway Teow. Paling best, satu mangkuk/ pinggan, boleh kongsi 2 orang sebab porsi laksa dan mee dia banyak.
Antara menu sedap dan saya recommend korang cuba adalah: Laksa Nyonya
RM19.00, Asam Laksa RM19.00 dan Mee Rojak RM19.00. Nak tahu apa rasa
asam laksa original? Ha, sini memang post terbaik nak cuba.
WESTERN ASIAN
Western Asian menghidangkan menu seleksi makanan dari Timur Tengah. Pilihan yang popular adalah Shawarma, Grilled Chicken Shish Tawook, Kebab, Peha Ayam Panggang, Seafood Rice serta seleksi roti Arab seperti Zaatar Manakich, Mohamara dan Roti Keju Arab.
Paling wajib korang cuba adalah Chicken dan Lamb Shawarma. Menu ni tak terlalu berat, sesuai untuk mengisi perut kosong sebelum korang berjalan-jalan di SkyAvenue. Antara banyak makanan saya rasa, ini merupakan kegemaran saya.
Paling wajib korang cuba adalah Chicken dan Lamb Shawarma. Menu ni tak terlalu berat, sesuai untuk mengisi perut kosong sebelum korang berjalan-jalan di SkyAvenue. Antara banyak makanan saya rasa, ini merupakan kegemaran saya.
Shawarma Ayam RM19.00
Grill Shish Tawook Ayam: RM21.00
CRISPY CHIPS
Antara banyak-banyak kaunter, rasanya ini kaunter pilihan orang ramai. Crispy Chips menghidangkan menu barat seperti Crispy Fried Chicken, Chicken Popcorn, Fish & chips, Calamari Rings dan French Fries.
Di kaunter ni juga ada meu khas untuk kanak-kanak. Maka kalau katakan korang nak cuba je atau bawa anak kecil yang tak makan banyak, pilihan set kanak-kanak adalah yang terbaik. Oh! Jangan lupa cuba karipap juga tau, sedap.
Antara sebab utama saya sarankan korang untuk datang makan ke Medan Selera, SkyAvenue adalah sebab mereka menghidangkan sebanyak 6 jenis sambal, secara PERCUMA. Sangat sesuai untuk yang nak cuba sambal dari pelbagai negeri.
Ada Sambal Belacan, Cili Jeruk, Sambal Cencaluk, Sambal Budu, Cili Padi dan Sambal Nyonya. Kat mana nak makan dalam pusat membeli belah yang siap ada menghidangkan aneka sambal kan, secara percuma pula tu.
Selain itu, di Medan Selera juga menawarkan pelbagai pilihan salad dan buah-buahan untuk korang yang mencari makanan sihat. Makan salad sebagai pencuci mulut pun sedap. Bercakap pasal pencuci mulut, ada juga seleksi puding dan kek untuk pengunjung.
Yang mencari kuih tradisional, jangan sedih sebab Som Som Gula Melaka, Sago Gula Melaka, Karipap, Samosa, Bahulu, Dodol, Kuh Cakar Ayam dan Kek Sarawak pun ada.
Pilihan air minum jangan cakap lah, selain daripada yang dalam gambar, ada juga pilihan air panas dan soft drink untuk korang pilih. Kalau tak tahu nak pilih air apa air juga, tak tahu lah.
Jangan lupa singgah ke Medan Selera (Landmark: Dibawah Bona Cinema) kalau datang ke SkyAvenue untuk cuba makanan di sini.
Selain Medan Selera, korang juga boleh rujuk entry saya yang sebelum ini tentang:
Till then,
1 Comments