Kadang-kadang, orang tanya saya, kenapa suka tidur kat hotel, padahal dekat je dengan rumah macam membazir. Jawapan saya, saya suka dengan suasana yang lain macam hotel. Memang rumah adalah yang paling best nak berehat, tapi suasana rehat kat rumah tak macam kat hotel.
Memang pula kami berdua kalau menginap kat mana-mana hotel, jenis duduk dalam bilik je. Jarang sangat lah nak keluar, unless kalau dah memang plan ada aktiviti.
Haritu,
kami berdua berkesempatan unuk menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Hotel ini merupakan resort bertaraf 5 bintang yang pertama saya dan suami stay.
Merupakan antara pengalaman yang saya takkan lupa sebab ada juga rezeki
kami menginap kat sini.
Dapat juga pecah rekod pertama kali menginap di hotel 5 bintang bersama suami. Ala-ala honeymoon lah sebab kami banyak habiskan masa duduk kat bilik je, ye lah, kolam mandi pun dalam bilik, nak kaluar lagi buat apa. Nak mandi laut pun kalau boleh nak terjun je.
Kami pilih bilik Executive Pool Villa yang disediakan sekali sarapan pagi untuk 2 orang. Rupanya, banyak juga aktiviti yang ada di resort ni. Aktiviti indoor ada karaoke, gimnasium, sauna dan spa. Kalau outdoor pula ada taman, pantai, kolam renang awam.
Kanak-kanak lagi best sebab Lexis ada kawasan permainan kanak-kanak, kolam renang untuk budak dan banyak aktiviti menarik untuk anak korang. Memamg takkan bosan lah kalau datang sini walaupun tak jenjalan pusing Port Dickson.
Korang tahu tak, sesuai dengan namanya, Lexis Hibiscus direka dengan bentuk bunga raya. Kalau perasan, memang
Lexis Hibiscus Port Dickson pakai logo bunga raya sebagar logo rasmi deorang. Unik kan, ada
lambang bunga kebangsaan Malaysia kat situ.
Sesampaiya saya di sana, kami ke kaunter pendaftaran di lobi untuk check in. Lepas dah settle semua daftar, saya dibawa dengan menaiki buggy car ke bilik. Bilik eksekutif saya berada di kawasan ‘daun’ di Lexis Hibiscus Port Dickson. Baru tahu setiap kekudukan bilik di ‘bunga raya’ Lexis menandakan jenis bilik yang berbeza.
Sesampaiya saya di sana, kami ke kaunter pendaftaran di lobi untuk check in. Lepas dah settle semua daftar, saya dibawa dengan menaiki buggy car ke bilik. Bilik eksekutif saya berada di kawasan ‘daun’ di Lexis Hibiscus Port Dickson. Baru tahu setiap kekudukan bilik di ‘bunga raya’ Lexis menandakan jenis bilik yang berbeza.
Masuk je Executive Pool Villa, hampir nak menjerit saya. Terkejut tengok besarnya dan luasnya bilik ni. Bilik berkeluasan 71 kaki, kalau datang dengan ahli keluarga yang ada anak ramai pun dah selesa sangat.
Paling suka dengan bilik mandi dia yang luas. Nak bergolek-golek pun boleh. Dengan cermin untuk makeup dia yang besar, takde lah nak berebut dengan suami masa nak siap. Tengok design bilik air macam ni, rasa macam nak buat macam ni je kat rumah nanti.
Glass panel kat lantai bawah tu, boleh tengok anak-anak ikan berenang. Kalu budak mesti suka sebab excited. Kalau dewasa ni, harapnya jangan ada orang tengah menyelam skodeng saya tukar baju sudahlah, Haha.
Kat kawasan balkoni, ada kolam renang persendirian dan sauna. Suka sangat sebab tak payah pakai tudung masa nak mandi. Lepas tu, sambil-sambil makan pisang goreng dan keropok lekor minum petang layan permandangan laut kan.
Petang
tu lepas dah rehat kejap, kami berdua keluar ke kaunter untuk mencuba
aktiviti lasak yang ada disini. Kami berjalan-jalan dengan basikal
sekeliling resort, cuba aktiviti memanah dan berkayak. Penat berul semua
aktivit pakai kekuatan fizikal.
Lepas penat buat aktiviti semua, balik bilik, berendam pula dalam kolam renang yang menghadap laut. Layan sunset sambil borak-borak dengan suami. Memang romantik, lupa kejap pasal rumah kami kat Cheras tu.
Dah nama resort atas air, menghadap laut pulak kan, dapat pulak peluang untuk tengok matahari terbenam. Tak payah keluar pun, bukak pintu dah nampak. Memang kat Port Dickson je, tapi cantiknyaa. Plan nak layan matahari naik esok tu, tapi terlajak tidur sebab bantal selesa sangat.
Port Dickson sendiri ada banyak tarikan menarik seperti Kompleks Baitul Hilal (3.68 km), Rumah Api Rachardo, Tanjung Tuan Beach (4km), Pantai Teluk Kemang (4.47 km), PD Ostrich Farm (5km), Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang (5.63 km) dan Upside Down Art Gallery (9km).
Nanti dah kat Lexis Hibiscus Port Dickson, minta je peta atau tanya kepada staff deorang yang sudi membantu. Puas hati dengan servis yang hotel ni bagi. Daripada masa nak check in sampai lah masa nak check out. Paling best masa nak call buggy car dia, kejap je dah sampai.
Harga bilik Lexis Hibiscus Port Dickson, berbeza rate untuk hari bekerja dan hari bercuti. Saya punya cadangan, baik tempah bilik melalui Traveloka. Saya dapat harga berbaloi dari situ lah.
Lexis Hibiscus Port Dickson
Check out Traveloka untuk info lanjut.
Note: Image credit to owner.
Till then,
20 Comments