Review Lexis Hibiscus Port Dickson: Executive Pool Villa

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Kadang-kadang, orang tanya saya, kenapa suka tidur kat hotel, padahal dekat je dengan rumah macam membazir. Jawapan saya, saya suka dengan suasana yang lain macam hotel. Memang rumah adalah yang paling best nak berehat, tapi suasana rehat kat rumah tak macam kat hotel.

Memang pula kami berdua kalau menginap kat mana-mana hotel, jenis duduk dalam bilik je. Jarang sangat lah nak keluar, unless kalau dah memang plan ada aktiviti.

Haritu, kami berdua berkesempatan unuk menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Hotel ini merupakan resort bertaraf 5 bintang yang pertama saya dan suami stay. Merupakan antara pengalaman yang saya takkan lupa sebab ada juga rezeki kami menginap kat sini.




Dapat juga pecah rekod pertama kali menginap di hotel 5 bintang bersama suami. Ala-ala honeymoon lah sebab kami banyak habiskan masa duduk kat bilik je, ye lah, kolam mandi pun dalam bilik, nak kaluar lagi buat apa. Nak mandi laut pun kalau boleh nak terjun je.

Kami pilih bilik Executive Pool Villa yang disediakan sekali sarapan pagi untuk 2 orang. Rupanya, banyak juga aktiviti yang ada di resort ni. Aktiviti indoor ada karaoke, gimnasium, sauna dan spa. Kalau outdoor pula ada taman, pantai, kolam renang awam.

Kanak-kanak lagi best sebab Lexis ada kawasan permainan kanak-kanak, kolam renang untuk budak dan banyak aktiviti menarik untuk anak korang. Memamg takkan bosan lah kalau datang sini walaupun tak jenjalan pusing Port Dickson.



Korang tahu tak, sesuai dengan namanya, Lexis Hibiscus direka dengan bentuk bunga raya. Kalau perasan, memang Lexis Hibiscus Port Dickson pakai logo bunga raya sebagar logo rasmi deorang. Unik kan, ada lambang bunga kebangsaan Malaysia kat situ.

Sesampaiya saya di sana, kami ke kaunter pendaftaran di lobi untuk check in. Lepas dah settle semua daftar, saya dibawa dengan menaiki buggy car ke bilik. Bilik eksekutif saya berada di kawasan ‘daun’ di Lexis Hibiscus Port Dickson. Baru tahu setiap kekudukan bilik di ‘bunga raya’ Lexis menandakan jenis bilik yang berbeza.



Masuk je Executive Pool Villa, hampir nak menjerit saya. Terkejut tengok besarnya dan luasnya bilik ni. Bilik berkeluasan 71 kaki, kalau datang dengan ahli keluarga yang ada anak ramai pun dah selesa sangat.

Paling suka dengan bilik mandi dia yang luas. Nak bergolek-golek pun boleh. Dengan cermin untuk makeup dia yang besar, takde lah nak berebut dengan suami masa nak siap. Tengok design bilik air macam ni, rasa macam nak buat macam ni je kat rumah nanti.

Glass panel kat lantai bawah tu, boleh tengok anak-anak ikan berenang. Kalu budak mesti suka sebab excited. Kalau dewasa ni, harapnya jangan ada orang tengah menyelam skodeng saya tukar baju sudahlah, Haha.



Kat kawasan balkoni, ada kolam renang persendirian dan sauna. Suka sangat sebab tak payah pakai tudung masa nak mandi. Lepas tu, sambil-sambil makan pisang goreng dan keropok lekor minum petang layan permandangan laut kan.

Petang tu lepas dah rehat kejap, kami berdua keluar ke kaunter untuk mencuba aktiviti lasak yang ada disini. Kami berjalan-jalan dengan basikal sekeliling resort, cuba aktiviti memanah dan berkayak. Penat berul semua aktivit pakai kekuatan fizikal.


 

Lepas penat buat aktiviti semua, balik bilik, berendam pula dalam kolam renang yang menghadap laut. Layan sunset sambil borak-borak dengan suami. Memang romantik, lupa kejap pasal rumah kami kat Cheras tu.

Dah nama resort atas air, menghadap laut pulak kan, dapat pulak peluang untuk tengok matahari terbenam. Tak payah keluar pun, bukak pintu dah nampak. Memang kat Port Dickson je, tapi cantiknyaa. Plan nak layan matahari naik esok tu, tapi terlajak tidur sebab bantal selesa sangat.



Port Dickson sendiri ada banyak tarikan menarik seperti Kompleks Baitul Hilal (3.68 km), Rumah Api Rachardo, Tanjung Tuan Beach (4km), Pantai Teluk Kemang (4.47 km), PD Ostrich Farm (5km), Pusat Ikan Hiasan Teluk Kemang (5.63 km) dan Upside Down Art Gallery (9km).

Nanti dah kat Lexis Hibiscus Port Dickson, minta je peta atau tanya kepada staff deorang yang sudi membantu. Puas hati dengan servis yang hotel ni bagi. Daripada masa nak check in sampai lah masa nak check out. Paling best masa nak call buggy car dia, kejap je dah sampai.


Harga bilik Lexis Hibiscus Port Dickson, berbeza rate untuk hari bekerja dan hari bercuti. Saya punya cadangan, baik tempah bilik melalui Traveloka. Saya dapat harga berbaloi dari situ lah.

Lexis Hibiscus Port Dickson
Check out Traveloka untuk info lanjut.

Note: Image credit to owner.

Till then,

Post a Comment

20 Comments

Sham Monk said…
This is a fun place with a two-faced appeal. The top floor at event space Atlanta is for all that sass and oomph. It was super packed, but we just wanted to check it out. Loved the solid selection of quality craft beers.
Illya LeYa said…
LeYa orang PD pun dah taktau nak ke mana...hehe... Btw Lexis Hibiscus memang first class. Sangat cantik kan.. Nice photo
cre8tone said…
Wah... This place is amazingly beautiful... memang stunning.. nak pergi lah... untuk holiday..
Syafiera Yamin said…
Oh tak pernah pergi lagi tengok bonus kalau ada this year bawa lah satu fanily bercuti di sini lama tak pergi PD dulu je rajin sebab belajar area sana haha
Shazril Shukri said…
Ini best! Haritu sempat bergambar depan hotel je masa konvoi motor ke PD. Tapi memang jealous tengok pool dia. Private tu... Rasanya rate pun tak ada lah mahal sangat, kira worth it lah dengan view, keluasan, selesa semua tuh...
khai artzfar said…
wah bestnya! teringin nak menginap dekat sini. bawa familh. berapa eh harga dia kalau normal? sebab dalam promo tak silap 400++
Cik Lily Putih said…
alamak kak lily belum pernah jejakkan kaki lagi ke sini, asyik lalu lalang je depan resort ni. nanti suatu hari nanti ek.. cantiknyer bilik.. jelesss
Pamela Yeoh said…
Wow. It is simply beautiful and i love the rooms there as well. They are very big too.
Isaac Tan said…
oh lexis.. i pernah dengar yang kat pulau pinang. Looks like a very nice place to relax at! thanks for sharing
Nadia Johari said…
Ya ampun, cantiknya..teringin nak pergi sini..tunggu ade rezeki lebih sikit boleh pergi sini. Kolam mndi tu memg best la, bika2 boleh terjun..hehehe..
Ezna Khalili said…
Dah pernah pergi kat sini tapi lama dah kot. Rasanya dah banyak berbeza dah kat sini berbanding dulu. Nampak biliknya pun lagi best. Kalau dapat bilik yang ada pool menarik jugak tu. Boleh mandi manda dalam bilik tapi kena hati2 kalau ada anak kecik.
Rawlins GLAM said…
Best kan. Last Rawlins stayed situ adalah pada 2015 - nampak gaya kena pegi stay lagi la. Bestnya bangun awal pagi sambil dengar pukulan ombak manja kan.
Suria Amanda said…
akak org Seremban pun x pernak pi sini..harga dia boleh tahan kan..bestnya kat sini waktu malam..petang xde apa sgt kan..cantik semua photo zayani..
Mahamahu said…
Bestnya dapat duduk kat Lexis Hibiscus kita teringin sangat nak duduk sini juga tapi hanya mampu tengok dalam gambar jer. Sangat sesuai untuk orang yang pergi haneymoon kan tempat cantik...
Bella Jamal said…
Serius cantik hotel ni. Kelainan sebab tema bunga raya, bunga kebangsaaan. Nampak design dan semuanya nampak mewah. Harga pun boleh tahan. Untunglah dapat berkunjung ke sini.
Jia Shin Lee said…
What a lovely resort and the room has it's own pool and see through glass panels, kids will love it, gotta plan a holiday there soon.
penaberkala said…
Cantik sini. Dah lama teringin nak pergi, tapi belum ada rezeki lagi nak pergi. Villa yang ada swimming popool tu nampak best je. Nak plan pi sana la kalau ada peluang dan ada rezeki
Lia Hasty said…
Selalu nampak Dan baca review orang update menginap di sini. Tapu x pernah berpeluang nak stay sana. Suka sangat swimming pool dalam bilik. Lawa sangat view dia .
Sunshine Kelly said…
I have stayed at this hotel before and love their room plus the view surrounding. There are so many spots to take photos.
dr-Life said…
Nice hotel... Many ootd can be taken there. Wanna go back there again. Had my great party over there last year...

FOLLOWERS