Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,
Till then,
Sempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, ramai orang yang berebut-rebut nak buat baik kepada sesama saudara Islam. Besar tau ganjaran kalau bagi makan orang Islam yang berpuasa dalam bulan ini. Tak mampu ramai, sikit pun jadi lah.
Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang untuk menghulurkan sumbangan pada bulan ini. 21 Mei lepas, mereka telah menganjurkan Program Berbuka Puasa selain dari memberi sumbangan dan duit raya kepada anak yatim dan asnaf.
Menariknya, rezeki 35 orang anak- anak, pihak Ancasa Hotel akan membawa
mereka untuk membeli baju raya di JAKEL MALL, Kuala Lumpur. Selain itu,
sesi duit raya juga turut diadakan untuk meraikan tetamu khas ini.
Tahun ini, Pusat Jagaan Kasih Murni menjadi pilihan untuk dijemput untuk berbuka puasa disini sekaligus merasmikan Ramadan Buffet bertemakan "Kampong Boy" sempena dengan Piala Dunia 2018 yang akan datang.
Khasnya pada tahun ini adalah, pihak ADABI telah sudi berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barangan keperluan asas anak-anak yatim untuk keperluan mereka sepanjang bulan Ramadan.
Untuk membaca review saya tentang buffet Ramadan tahun 2018 di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur, boleh layari: www.nurulzayani.com/2018/05/tawaran-berbuka-puasa-paling-berbaloi-dari-ancasa-hotel.html
Ancasa Hotel & Spa
Jalan Tun Tan Cheng Lock, 50050 Kuala Lumpur.
Contact: 03-20266060 (Ext. 7703)
Till then,
12 Comments