Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,
Love,
Minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan, dan bagi korang yang sedang mencari lokasi untuk berbuka puasa terutamanya disekitar Kajang, dengan harga yang berpatutan, boleh cuba Bufet Berbuka Puasa di Kajang Perdana Avenue.
Bufet Berbuka pada tahun 2018 dianjurkan oleh Ixora Events & Management dan disediakan oleh katering makan yang prestasi tinggi, Azam Pandan Food Consultant. Terkenal juga katering ni di sekitar Shah Alam.
Buffet yang berkonsepkan Laman BBQ, Masakan Melayu Asli dan Konsep Gerai ini bakal menawarkan lebih daripada 150 juadah makanan termasuk 10 jenis makanan yang berkonsepkan warung dengan menu Hot mereka, Nasi Mandy dan Kambing!
Bufet Berbuka Puasa di Kajang Perdana Avenue
Tarikh: 17 Mei 2018- 12 Jun 2018
Masa: 6.30PM- 10.00PM
Menu terbaru pada bufet berbuka tahun ini adalah Nasi Arab Mandy dan Kambing serta Briyani Ayam. Dah cuba makan, bukan calang-calang orang tahu nak masak menu macam ni sebab susah. Tapi, katering bufet ni buat, memang boleh bukak kedai.
Deorang pakai beras Basmati yang butir dia besar-besar tu. Puas hati makan. Lepas tu, boleh pilih pulak tu samada korang suka ayam atau suka kambing. Saya rasa dua-dua. Isi daging dia lembutnya, rasa macam boleh cair dalam mulut.
Bila saya lihat barisan menu
makanan yang akan dihidangkan pada Buffet Ramadhan Kajang Perdana
Avenue, banyak menu berasaskan laut. Ada juga menu lain seperi ayam,
daging dan itik tapi tak sebanyak menu laut seperti ikan, sotong dan
udang.
Antara menu spesial yang menarik perhatian dan deria bau serta yang menaikkan selera makan saya adalah: Telur Itik Masak Lemak dengan Belimbing Buluh, Daging Tetel Masak Asam Pedas, Ayam Kuzi, Siput Masak Lemak, Udang Masak Sambal, Kupang Berlada.
Selain itu, menu unik dan yang selalu kita makan pun ada. Menu unik itu adalah: Ikan Pari Asam Pedas Melaka, Masak Lemak Nenas Ikan Masin, Ikan Kembung Rebus Air Asam, Ikan Patin Sungai Tembeling Masak Tempoyak dan Ikan Keli Goreng Berlada.
Banyak menu yang kat atas tu adalah merupakan menu kegemaran suami dan saya. Rambang deria rasa nak pilih nak makan apa. Tapi takpe sebab boleh rasa semua sekali sebab buffet ini boleh makan sampai jam 10 malam!
Setiap hari, mereka akan hidangkan sekurang-kurangnya 4 pilihan sayur. Antaranya ialah: Pucuk Ubi Masak Lemak, Labu Masak Lemak, Sayur Campur, Siew Pak Choy, Kailan Ikan Masin dan beberapa lagi hidangan sayur yang akan dihidangkan secara berjadual.
Untuk peminat makanan laut khususnya ketam dan ikan, mesti taknak lepaskan peluang untuk merasa Ikan Bakar dan Ketam Bakar yang dimasak secara langsung menggunakan hasil laut yang segar. Bayangkan, dengan harga RM50 je dah boleh makanbanyak ketam.
Antara banyak-banyak menu kat sini, yang paling WAJIB cuba adalah sup ni. Ada banyak pilihan sup yang terdiri daripada Sup Tulang, Sup Kambing dan sup kosong. Saya personally suka dengan sup tulang sebab sedap.
Lepas tu, saya cuba makan sup tulang tadi dengan Nasi Ayam yang juga ada kat sini. Jarang jumpa buffet ada nasi ayam, jadi taknak lepaskan peluang merasa dan tak rugi makan sebab nasi ayam dia pun boleh tahan sedap. Macam nak tapau balik je.
Dah alang-alang merasa sup, wajiblah cuba sekali dengan bihun kan? Sebab sup dia dah sedap, automatik Bihun Sup dia pun sedap. Saya personally tambah 2 kali.
Teringat masa haritu tengok abang ni masak Char Kway Teow Kerang depan mata sendiri. Mana nak dapat kway teow kerang sedap kat kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, terutama pula nanti masa bulan Ramadhan.
Kot ada mengidam tu, bawa je berbuka kat sini. Antara resepi kway teow kegemaran juga sebab dia pakai sos yang sedap, tak kedekut kerang dan fresh!
Sempat juga saya mencuba Mee Kari dan Laksa Penang haritu. Jujur cakap, mee kari dia memang rugi kalau tak rasa. Suka dengan rasa dia yang bukan rasa santan semata-mata, tapi masih lagi ada rasa rempah kari dia.
Laksa dia pula, bagi saya not bad juga. Cuma kuah dia agak cair sikit. Siapa yang suka laksa kuah pekat macam saya mungkin kureng sikit, tapi yang paling penting tak hanyir.
Masih tak terlalu awal lagi untuk makan hidangan popular Aidil Fitri, ketupat dan lemang. Saya punya style makan, mesti akan ambil lemang, campur sikit kuah kacang dan makan macam tu je. Kalau taknak kacang, makan sengan serunding.
Ketupat pula, lebih sedap lagi kalau makan kosong sebab dah memang sedap.
Lagi menarik buffer berbuka di Kajang Perdana pada tahun ini adalah, mereka juga menawarkan pelbagai pilihan kuih muih tradisional. Selalu kalau kita pergi buffet mesti kuih tradisional dia limited, tapi kat sini, jangan pening kepala nak pilih yang mana satu.
Selain daripada aneka juadah kuih tradisional seperti kuih keria, kuih cara, cucur badak, apam puteri ayu dan kuih seri muka, mereka turut menghidangkan pelbagai pilihan kek dan manisan pencuci mulut untuk peminat kek dan pastries.
Jangan lupa cuba menu makanan daripada gerai lain juga seperti Gerai Kambing Bakar, Gerai Gorengan, Gerai Cucur, Gerai Apam Balik, Gerai Bubur dan Gerai ABC.
Harga buffet:
Dewasa RM55.00, Kanak-kanak RM27.50
Promosi buffet berbuka:
Minggu Pertama dan Keempat RM49.90 (Dewasa)
Kajang Perdana Avenue
Jalan Kajang Perdana 2/2, Taman Kajang Perdana,
43200 Kajang, Selangor.
Contact: 0189434163/ 01124165535/ 0176956206
Love,
20 Comments
Nanti puasa ingat nak repeat lah makan kat sana. Tempat pun selesa
Nak perkena Nasi Mandy dan Kambing...!!!