Berbuka Puasa di Kajang Perdana Avenue Serendah RM50

 Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Minggu depan dah nak masuk bulan Ramadhan, dan bagi korang yang sedang mencari lokasi  untuk berbuka puasa terutamanya disekitar Kajang, dengan harga yang berpatutan, boleh cuba Bufet Berbuka Puasa di Kajang Perdana Avenue.

Bufet Berbuka pada tahun 2018 dianjurkan oleh Ixora Events & Management dan disediakan oleh katering makan yang prestasi tinggi, Azam Pandan Food Consultant. Terkenal juga katering ni di sekitar Shah Alam.

Buffet yang berkonsepkan Laman BBQ, Masakan Melayu Asli dan Konsep Gerai ini bakal menawarkan lebih daripada 150 juadah makanan termasuk 10 jenis makanan yang berkonsepkan warung dengan menu Hot mereka, Nasi Mandy dan Kambing!


Bufet Berbuka Puasa di Kajang Perdana Avenue
Tarikh: 17 Mei 2018- 12 Jun 2018
Masa: 6.30PM- 10.00PM

Menu terbaru pada bufet berbuka tahun ini adalah Nasi Arab Mandy dan Kambing serta Briyani Ayam. Dah cuba makan, bukan calang-calang orang tahu nak masak menu macam ni sebab susah. Tapi, katering bufet ni buat, memang boleh bukak kedai.

Deorang pakai beras Basmati yang butir dia besar-besar tu. Puas hati makan. Lepas tu, boleh pilih pulak tu samada korang suka ayam atau suka kambing. Saya rasa dua-dua. Isi daging dia lembutnya, rasa macam boleh cair dalam mulut.


Bila saya lihat barisan menu makanan yang akan dihidangkan pada Buffet Ramadhan Kajang Perdana Avenue, banyak menu berasaskan laut. Ada juga menu lain seperi ayam, daging dan itik tapi tak sebanyak menu laut seperti ikan, sotong dan udang.


Antara menu spesial yang menarik perhatian dan deria bau serta yang menaikkan selera makan saya adalah: Telur Itik Masak Lemak dengan Belimbing Buluh, Daging Tetel Masak Asam Pedas, Ayam Kuzi, Siput Masak Lemak, Udang Masak Sambal, Kupang Berlada.

Selain itu, menu unik dan yang selalu kita makan pun ada. Menu unik itu adalah: Ikan Pari Asam Pedas Melaka, Masak Lemak Nenas Ikan Masin, Ikan Kembung Rebus Air Asam, Ikan Patin Sungai Tembeling Masak Tempoyak dan Ikan Keli Goreng Berlada.

Banyak menu yang kat atas tu adalah merupakan menu kegemaran suami dan saya. Rambang deria rasa nak pilih nak makan apa. Tapi takpe sebab boleh rasa semua sekali sebab buffet ini boleh makan sampai jam 10 malam!



Setiap hari, mereka akan hidangkan sekurang-kurangnya 4 pilihan sayur. Antaranya ialah: Pucuk Ubi Masak Lemak, Labu Masak Lemak, Sayur Campur, Siew Pak Choy, Kailan Ikan Masin dan beberapa lagi hidangan sayur yang akan dihidangkan secara berjadual.


Untuk peminat makanan laut khususnya ketam dan ikan, mesti taknak lepaskan peluang untuk merasa Ikan Bakar dan Ketam Bakar yang dimasak secara langsung menggunakan hasil laut yang segar. Bayangkan, dengan harga RM50 je dah boleh makanbanyak ketam.



Antara banyak-banyak menu kat sini, yang paling WAJIB cuba adalah sup ni. Ada banyak pilihan sup yang terdiri daripada Sup Tulang, Sup Kambing dan sup kosong. Saya personally suka dengan sup tulang sebab sedap.

Lepas tu, saya cuba makan sup tulang tadi dengan Nasi Ayam yang juga ada kat sini. Jarang jumpa buffet ada nasi ayam, jadi taknak lepaskan peluang merasa dan tak rugi makan sebab nasi ayam dia pun boleh tahan sedap. Macam nak tapau balik je.



Dah alang-alang merasa sup, wajiblah cuba sekali dengan bihun kan? Sebab sup dia dah sedap, automatik Bihun Sup dia pun sedap. Saya personally tambah 2 kali.


Teringat masa haritu tengok abang ni masak Char Kway Teow Kerang depan mata sendiri. Mana nak dapat kway teow kerang sedap kat kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, terutama pula nanti masa bulan Ramadhan.

Kot ada mengidam tu, bawa je berbuka kat sini. Antara resepi kway teow kegemaran juga sebab dia pakai sos yang sedap, tak kedekut kerang dan fresh!



Sempat juga saya mencuba Mee Kari dan Laksa Penang haritu. Jujur cakap, mee kari dia memang rugi kalau tak rasa. Suka dengan rasa dia yang bukan rasa santan semata-mata, tapi masih lagi ada rasa rempah kari dia.

Laksa dia pula, bagi saya not bad juga. Cuma kuah dia agak cair sikit. Siapa yang suka laksa kuah pekat macam saya mungkin kureng sikit, tapi yang paling penting tak hanyir.


 

Masih tak terlalu awal lagi untuk makan hidangan popular Aidil Fitri, ketupat dan lemang. Saya punya style makan, mesti akan ambil lemang, campur sikit kuah kacang dan makan macam tu je. Kalau taknak kacang, makan sengan serunding.

Ketupat pula, lebih sedap lagi kalau makan kosong sebab dah memang sedap.


Lagi menarik buffer berbuka di Kajang Perdana pada tahun ini adalah, mereka juga menawarkan pelbagai pilihan kuih muih tradisional. Selalu kalau kita pergi buffet mesti kuih tradisional dia limited, tapi kat sini, jangan pening kepala nak pilih yang mana satu.

Selain daripada aneka juadah kuih tradisional seperti kuih keria, kuih cara, cucur badak, apam puteri ayu dan kuih seri muka, mereka turut menghidangkan pelbagai pilihan kek dan manisan pencuci mulut untuk peminat kek dan pastries.







Jangan lupa cuba menu makanan daripada gerai lain juga seperti Gerai Kambing Bakar, Gerai Gorengan, Gerai Cucur, Gerai Apam Balik, Gerai Bubur dan Gerai ABC.

Harga buffet:
Dewasa RM55.00, Kanak-kanak RM27.50

Promosi buffet berbuka:
Minggu Pertama dan Keempat RM49.90 (Dewasa)


Kajang Perdana Avenue
Jalan Kajang Perdana 2/2, Taman Kajang Perdana,
43200 Kajang, Selangor.
Contact: 0189434163/ 01124165535/ 0176956206


Love,

Post a Comment

20 Comments

Wow Murah ni RM 50, Kesukaan Bonde tu Nasi Arab dengan Kambing...nampak menyelerakan dan menarik sekali. Lagi satu Ada set ketupat, lemang, rendang dan serunding..memang layan makanan ni semua maklum tekak orang kampung dah terasa bahang raya sangat dekat Kan Zayani...
Hasif Hamsyari said…
Aduhh... Menggiurkan betul semuanya. Dengan 150 menu, RM55 kira murah sangat ni! Memang berbaloi! Lama betul tak makan Nasi Mandy tu ha. Memang boleh sangat ajak kawan nanti buka puasa kat sini je!
Mimie said…
Murahnya. Banyak pilihan menu yang paling best menu yang disediakan banyak menu masakan kampung. Kalau dekat kajang dah dekat sangat. Boleh lah berbuka puasa di sini nanti.
Murahnya harga buffet dia. Paling penting pilihan menu semua sedap dan mengancam. Orang area kajang mesti excited nak berbuka kat sini
Eintan Nurfuzie said…
Murah tu rm50.. selalu dekat rm100 gak.. boleh mencuba ni nnti.. kena buay tempahan awal ke
Suria Amanda said…
Amboi murah betul RM50 satu kepala..Fav akak dh tentu2 ketam bakar tu ha..masakan savuri yang lain juga..kalau ada kesempatan akak nak pergi la kat Kajang Perdana ni..
Hanny Abdullh said…
Makanan di sini memang banyak pilihan, sampai tak tahu sis nak pilih yang mana. Dalam banyak-banyak tu hati dah jatuh cinta dengan Nasi Mandy tu..balik rumah dok terbayang-bayang, nasib baik dapat merasa..kalau tak sure mengidam..hahaha.
Nanti puasa ingat nak repeat lah makan kat sana. Tempat pun selesa
Nasi Arab Mandy memang fav iolss...ketam pun. Harga pun murah sangat memang berbaloi. Kenyang perut suka hati macam ni. Betbaloi-baloi!! Masuk wish list kalau ke Kajang nanti.
Betty's Journey said…
The first thing attract me is the price. For a low and affordable price, I get to taste such a tempting buffet. Check out the ikan bakar. Must be nice to eat with Ulam.
Mahamahu said…
Gila sangat harga murah macam ni kalau tak pergi tak tahu lah kita jauh sikit nak pergi Kajang tu nak redah jem hehehehe... Tapi makanan sana memang banyak tu semua menyelerakan...
marsha said…
Murahnyaaa hanya RM50 dapat menu banyak. Bagus gini kenyang perut suka hati. Nak masukkan dalam wishlist. Bila ke kajang nanti boleh cuba
Mermaid said…
Amboi Rm50? Kenapa murah sangat. Dah la pelbagai menu ,biar betul ni.Kalau dekat Penang. Rm70 la palaing murah Ika jumpa. Dah terasa Ramadhan dah ni hehe.
Bella Enveeus said…
Haa dah dekat dah dengan Bella ni since Bella memang duduk Kajang. Harga rm50 tu memang murah lah sangat, especially since banyak jenis makanan yang ada. Makanan pun banyak makanan Melayu. Haa boleh la nanti Bella ajak husband kesini!
mrsliez said…
Serius rm50 je? Uisshhh byk jugak hidangan.yv disediaka .lemag mtupat rendnag fu dh mcm raga je..boleh la nnt g kajang utk rasa sendiri menu
penaberkala said…
Sedapnya nampak gulai telur itik tu. Memang favorite sejak zaman kecik lagi tu. Gulp! Murah sangat dah ni pakej buffet dengan ada ketam bagai. Memang berbaloi
Zharif Azis said…
Wow wow wow !!! Murah sangat nie. Susah nak dapat harga buffet 50 ringgit macam nie. Dengan hidangannya yang cukup meriah. Seriously berbaloi !! Ketam bakar tu rare. Jarang jumpa dia buffet2 ramadhan.
Emi said…
Rm50 tu kira murah sangat dah tau untuk buffet ramadhan di tahun 2018 ni. Emi perasan kat tempat lain mostly cecah seratus lebih per head. Ni kira okay la. Makanan dia pun nampak menyelerakan semuanya. Teringin pulak kita, hehe
Bro Framestone said…
Harga boleh dikategorikan sebagai murah juga tue... tengok gambar sup, macam memikat hati je... Sup kambing kan tue?

Nak perkena Nasi Mandy dan Kambing...!!!
Jia Shin Lee said…
Just RM50? Omg the price is so affordable because there's so many seafood dishes available as well!
Ruby said…
Murah betul harga buffet dia, Rm50 dah cukup makan macam-macam. Boleh ajak mak dan keluarga pergi berbuka dekat sini.

FOLLOWERS