Selera Ramadhan Konsep Pasar Malam di PWTC

 Assalamualaikum korang,

Amacam bila dah mula berpuasa ni? Untuk saya, Alhamdullilah setakat ni okay lagi. Nasib baik sebelum Ramadhan haritu dah buat detox untuk persediaan sempena dengan bulan Ramadhan. Detox yang saya buat khas supaya perut tak terasa lapar semasa berpuasa.

Bila dah mula puasa, mesti ramai yang cari lokasi terbaik nak bawa ahli keluarga dan yang tersayang berbuka dan saya pilih untuk berbuka dengan buffet Ramadhan dari Restoran Riverside, Putra World Trade Centre (PWTC).

Buffet berbuka di PWTC diadakan bermula pada 17 Mei hingga 13 Jun 2018. Rasa bangga bila dapat merasa berbuka dengan hidangan menu makanan yang sedap di PWTC. Lokasi ni hot tau semasa bulan puasa, selalu penuh saja.


Pada tahun 2018, Restoran Riverside menawarkan lebih daripada 300 jenis menu masakan dengan 24 gerai makanan yang berbeza dengan berkonsepkan pasar malam. Memang makan kat PWTC, tapi siap boleh feel macam makan di bazar, tapi dalam dewan berhawa dingin.

Paling suka dengan menu yang banyak dah menu sedap di sini. Selain daripada menu yang selalu boleh dapat kat bazar akan mana-mana kedai, mereka turut menghidangkan menu masakan yang susah nak jumpa di Kuala Lumpur.


Banyak pilihan nak pilih disini. Paling saya suka, menu lauk sayur pun banyak. Bestlah untuk yang nak berdiet ke atau nak jaga makan tu. Korang boleh jumpa menu sayur seperti Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak.

Antara menu yang saya suka disini adalah: Udang Masak Lemak Nenas, Sotong Sambal Petai, Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi, Daging Rendang Tok dan Gulai Kawah Daging dan Paru. Rare dan sedap menu-menu ni.


Bukan sahaja makanan menu daripada kawasan tengah dan Negeri Sembilan je ada, menu makanan negeri dari Pantai Timur pun ada tau. Kat mana lagi di buffet Ramadhan nak merasa Nasi Kerabu yang sedap siap boleh ambil banyak-banyak?

Bukan setakat nasi kerabu je ada, kerabu lain-lain pun ada. Antara 10 menu kerabu yang ada adalah: Kerabu sotong, kerabu mangga, kerabu ayam, kerabu daging, kerabu betik muda, kerabu paru, kerabu jantung pisang, kerabu hati dan kerabu perut.


Antara bebanyak menu dan gerai stall kat Riverside Restaurant, PWTC, gerai makanan Mamak yang menghidangkan Nasi Kandar menjadi pilihan saya.  Simple tapi sedap.

Tengok betapa aslinya menu di gerai ini sebab ada Nasi Kandar, Kari Kepala Ikan & Isi Ikan Tenggiri, Sambal Sotong, Telur Dadar, Acar Mentah, Bandi Celur, Cili Hijau dan Papadum. Semua sedap walau makan nasi, kari dengan telur dadar je.





Gerai makanan tempatan yang menghidangkan makanan goreng-gorengan seperti Pisang Goreng, Cucur Udang, Cucur Pisang, Keladi, Cempedak, Keropok Lekor, Karipap, Samosa dan Cucur Kurma dengan seleksi sos cili, kicap cili dan sos cili thai.

Gerai makanan seperti mee pun ada tau. Mee jenis apa korang nak? Kuewtiau, mihun, mee kuning, laksa semua ada. Siap boleh pilih kuah apa yang korang nak lagi. Pilihan daripada kuah laksa, tomyum, mee kari, mee bandung, mee rebus dan banuak lagi.





Lemang dan ketupat memang kegemaran saya. Kalau nampak kat mana-mana buffet mesti ambil dah makan. Lemang ni sedap makan dengan Rendang Tok lauk tadi. Pulut kuning tu boleh makan dengan lauk gulai daging tadi. 

Seleksi pencuci mulut pun punya lah banyak kat sini. Dengan seleksi kuih muih, kek, pai, pudding, jeli dan biskut dia. Pilihan saya, nak cuba pencuci mulut rare di gerai Ais Kacang dan Cendol. Lepas panas-panas dahaga berbuka dengan ais paling heaven sekali.



Jarang saya letak gambar seleksi air memang buffet. Tapi kat buffet ni kena letak sebab air dia semua patut cuba. Susah nak jumpa air yang tak tawar dengan ais. Pandai deorang kawal kuantiti ais dengan air tu supaya air sentiasa sedap.

Air sejuk ada, air panas pun ada ya.


Harga buffet:
Dewasa RM88, Kanak-kanak RM45, Warga emas RM75.

Riverside Restaurant
Level 2, Putra World Trade Centre, 
41, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Contact: 03-26146999

Till then,

Post a Comment

19 Comments

Cik Lily Putih said…
woi banyaknya live cooking stall, nampak cam sedap-sedap je makanannya. kak lily suka yang goreng-goreng tuh... karipap tuh tempting
Suria Amanda said…
Pencinta masakan kampung boleh la terjah buffet kat PWTC ni kan..macam- macam hidangan ada ha..menarik dan buat air liur menjejeh...hehehe...rasa macam nak cedok je lauk tu semua dari skrin pc ni
5 Little Angels said…
Banyaknya makanan kat sini and all looks delicious. Guess I need to rsvp to have it with my family to try out the variety of food here.
JMR said…
Wah, well prepared ni, awal-awal dah siap buat detox. Bolehlak menikmati buffet ramadhan tanpa rasa bersalah ye. Fuhh 300 menu tu..sempat cuba semua tak? hehe
Untung la dpt mkn free hehe...skrg ni byk betul buffet ramadhan and sometime x sure nak pegi yg mana satu..tgk hidangan situ mcm menarik je..
mrsliez said…
Duk teringat kambing berempah dan bubur lambuk riverside ni.. pilihan makanan pun banyak. Mmg berbaloi la klau berbuka dkt sini.
Menarik bufet Ramadhan dekat PWTC ni banyaknya makanan... sukalah citarasa kampung yang di ketengahkan, paling terliur nampak siput sedut tu... sedapnyelah haii
apekinahdotcom said…
banyaknya makanan. tak tau nak makan yang mana satu. kalau ikutkan nafsu semua nak huhu. bolehlah pergi nanti
Huda Halid said…
wow, ada 300 hidangan untuk buffet ramadan! . Banyak tu... harga buffet di PWTC ni kira okay lah, tak mahal sangat. berbaloi try.
seronoknya tengok menu2 ala pasar malam kat sini. tapi bila dijual kat sini ianya nampak lebih esklusif dan menarik...klu pg pwtc harus berbuka di sini :-)
Rawlins GLAM said…
Wow. Banyaknya live stations. Mesti meriah gila kan. Pastu harga dia pun menarik - bawl RM100 tu. Kalau Rawlins pergi, mesti tak balik-balik sampan kekenyangan melampau. Hahaha
Zharif Azis said…
Suka betul dengan konsep yg diketengahkan oleh PWTC. Jarang jumpa konsep pasar malam. Hidangan pula nampak menyelerakan sekali. Harga pulak berpatutan !
khai artzfar said…
suka dengan konsep camni! meriah kan! plus dpt tau pwtc ni memang antara yang terbaik.highly recommended
Mimie said…
Banyak juga menu yang ada.yang best cooking live stall pun banyak.memang betul betul konsep pasar malam. Nampak meriah. Semua makanan nampak sedap.
Lia Hasty said…
Konsep pasar malam selalunya akan ada menu Yang pelbagai Dan menarik . Hidangan makanan di pwtc ni agak menarik dan menyelerakan .Nak datang sendiri lah makan kat sini
wa many selections to choose from. The price below RM 100 is reasonable. it's time to bring the family there
Betty's Journey said…
I like the pasar malam concept whereby you actually can taste Ramadhan food that usually get at Pasar malam. Like char keow Teow. So variety offer by the hotel.
Hanny Abdullh said…
Pernah berbuka puasa di sini bersama adik beradik. Memang hidangan yang didediakan banyak n sedap sedap. Kalau ada masa..tahun ni nak cuba lagi
Mak Lin said…
Menarik sangat kakak especially kambing golek and ABC tu. Harga pun berpatutan ni, will suggest kengkawan pergi sini nanti.

FOLLOWERS