Tambah Ilmu Tentang Kesihatan Kaki di Sunfeet

Salam sejahtera dan hai korang,

Pernah terfikir tak, kenapa kadang-kadang kita sakit lutut, sakit kaki atau pinggang. Itu belum masuk lenguh kaki, berdiri sikit dan lenguh dan kebas. Rupa-rupanya jenis tapak kaki kita menentukan kenapa kita selalu ada masalah dengan postur dan sakit kaki.

Saya sempat sertai Talk Show Kesihatan Kaki Anda. Dapat dengar pendapat Dato Dr Edmund Lee, Pakar Ortotik & Prostetik bersama dengan host Dr Liyana Dhamirah yang merupakan seorang Pakar Perubatan yang dah berkhidmat selama lebih 10 tahun.


Sunfeet International Rehabilitation Centre yang terletak di Petaling Jaya memang berpengalaman dalam membantu pelanggan mereka yang mengalami masalah kaki dan pakar dalam occupational therapy, rehabilitasi sukan, prosthetics, podiatry, orthotics dan fisioterapi. 

Saya pernah tulis pasal tempat ni kat link ni: 
http://www.nurulzayani.com/2018/01/tahu-tak-kita-semua-ada-masalah-kaki.html

Sunfeet International Rehabilitation Centre memang selalu menganjurkan banyak ceramah dan talk show terutamanya tentang kesihatan kaki kepada pelanggan mereka dan orang awam. Paling best, orang yang datang tak perlu bayar apa-apa.

Saya bersama dengan Dr Edmund dan Dr Liyana


Untuk korang yang tak kenal dengan Dr Liyana Dhamirah, beliau merupakan seorang pakar perubatan sebelum masuk dalam major perubatan tentang Dermatologi (kesihatan kulit). Beliau juga ada rancangan sendiri di Astro bertajuk My Doctors.

Talk Show Kesihatan Kaki Anda menerangkan tentang jenis tapak kaki yang normal, ideal serta tapak kaki yang boleh memberikan masalah kepada aktiviti seharian kita.



Tahu tak, tapak kaki yang paling TIDAK ideal adalah tapak kaki jenis flat-feet (tapak kaki rata). Jenis tapak kaki rata ini diberitahu boleh menyebabkan seseorang itu mendapat masalah lutut dan tulang belakang berbanding dengan jenis tapak kaki yang lain.

Memang kalau dah dewasa susah nak ubah atau nak betulkan tapak kaki tu. Hanya boleh bergantung kepada sokongan insole kasut je, tapi tahu tak antara sebab macam mana boleh jadi tapak kaki rata? So that bolehlah elakkan jadi kat anak korang.

Antara sebab boleh jadi tapak kaki ratakalau tak jada semasa kanak-kanak.
1. Selalu berkaki ayam,
2. Selalu pakai kasut yang tiada sokongan tapak,
3. Genetik.

Tapak kaki rata.

Tapak kaki dengan 'arch'.

Tahu tak korang boleh dapatkan pemeriksaan tapak kaki percuma kalau datang ke Sunfeet. Andai kata bila dah check tapak kaki korang tak normal, maka bolehlah Dr Edmund bagi nasihat tentang kesihatan kaki kat korang.

Jangan risau, tapak kasut insoles kat sini hanya berada dalam lingkungan harga RM200 - RM2000 sahaja. Apa salahnya melabur untuk kebaikan masa depan terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang membesar.

 


Ingat tau, pemilihan kasut untuk kaki adalah sangat penting dan jangan lupa untuk selalu buat latihan renggangan selepas berdiri statik atau selepas pakai kasut bertumit tinggi dalam jangka masa yang lama.

 Waktu operasi:
 Buka setiap hari, 7 hari seminggu
Masa: 10AM- 7PM

Sunfeet International Rehabilitation Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 013-5283939/ 013-9122939

Website: www.sunfeet.com.my
Facebook: www.facebook.com/sunfeetinternational

Till then,

Post a Comment

18 Comments

Fiza Rahman said…
Thanks for sharing. Macam best jer sun feet ni. Baru tahu kalau tapak kaki rata boleh sebabkan sakit lutut. Kita jenis tapak kaki rata dan lately memang ada masalah lutut... Huhuhu... Rasa macam nak try lah.
cre8tone said…
Oh~ It's good to have custom made slippers or shoes on our feet.. protect our feet the best way!
khai artzfar said…
bagus kan ceramah ni? nasib pergi kalau tak smpai sekarang lah tak tahu pasal rahsia tapak kaki ni. semalam bila post ada yang request untuk dorg ni buat tour atau buka cawangan lain. kesian dkt dorg yang duduk luar bandar
Ezna Khalili said…
Bagus ni. Kesihatan kaki perlu dijaga. Kalau tak jaga tulang kaki tu akan membentuk secara tak normal. Kadang2 pun kalau pakai kasut tu bila berjalan banyak, kaki jadi lenguh-lenguh. Tu la kena pilih kasut yang sesuai untuk kaki kan?
Suria Amanda said…
Setuju..kaki antara anggota badan yang perlukan perhatian dan sangat penting sebab kaki memang kita gunakan sepanjang masa..kalau nak dapatkan kaki yang selesa perlulah menempah kasut yang sesuai dengan tapak kaki kita kan..terbaik sunfeet..korang yang ada masalah kaki boleh dapatkan pandangan dan nasihat dari yang pakar...
Cik Puan Ena said…
Alamak risau jugak lepas tahu info pasal tapak kaki ni sebab ena penah tegur suami kenapa tapak kaki die rata.. so bole la bawak check di sunfeet.
Ruby said…
Oh Sunfeet ni pusat rawatan rupanya. Ingatkan dia kedai yang jual in sole dalam kasut tu. Sebab nak beli kasut sesuai utk ibu-ibu ni susah. Selalu kat bata beli bata comfort atau beli kasut scholl. Mahal tp tahan 2-3 tahun. Hehe. Nanti nak cek kaki dekat Sunfeet. Tak pernah lagi cek, hanya tahu beli kasut selesa je.
Hanny Abdullh said…
Yup betul, penjagaan kaki memang penting sangat. Jangan jadi mcm sis ni...jalan naik tangga pun dah kena berpapah gan anak..huhuhu.
Nanti sis pun nak check lah kat sana, tak jauh pun, belakang rumah aje
Mimie said…
Baru tahu tak pakai kasut (berkaki ayam) dan pakai kasut tiada sokongan menyebabkan tapak kaki rata. Yang tahu genetik saja. Baca entey nih baru tahu. Tapi memang tapak kaki rata nih memang banyak masalah beekaitan lutut dan tulang belakang.
Macam majlis ilmu jugak ni. Kita pelajari sesuatu yg baru dan bermanfaat. Baru tahu utk dapatkan postur badan yang baik kakinkena sihat
Mek Onie said…
Oh Wow! Ramai jugak yang dah share berkenaan Sunfeet ni. Mesti dah dikenali ni kan, untung awak dah ke sini, boleh mintak tips penjagaan kaki dan bila sebut bab kaki ni kan, pemilihan kasut la paling utama sekalikan :)
Zharif Azis said…
1 jam 30 minit yg sarat dengan info mengenai kesihatan kaki. Banyak benda dapat dipelajari. Lepas nie pasti akan lebih ambil peduli akan kesihatan kaki. Org ramai patut tahu akan Sunfeet International Rehab Centre nie !
Hasif Hamsyari said…
Takutnya tengok keadaan kaki flat macam tu. Betul lah.. kesannya biasa tak nampak waktu muda tapi akan rasa bila dah tua. Thank you suggest kan tempat ni. Bolehlah nanti buat check up jugak. Selalu terlepas pandang dengan penjagaan kaki yang betul sebab kita dah terlalu dibiasakan dengan kesihatan anggota badan lain, terutama sekali muka.
Emi said…
Tengok ramai jugak rakan blogger yg pergi event ni haritu. Emi tak dapat pergi pun, ada hal lain. Pemilihan kasut yg sesuai dan selesa memang penting pun.
Jia Shin Lee said…
Thanks for the explanation, I think I must bring my hubby along, I think he has a little bit O shaped legs, can check at sunfeet right?
Sunshine Kelly said…
This is important, i did my foot analysis and found out some areas i need to watch out too.
Bro Framestone said…
Fisha guna khidmat dorang juga... Tapi susah nak biasakan dia guna kasut yang ditempah khas dari dorang...

Pertama kali guna khidmat nasihat dari mereka, banyak ilmu / tip dapat kami ketahui
Arisa Chow said…
It's important to have proper footwear or else sakit sini sana when older

FOLLOWERS