Makan di H Garden Cafe Dengan Konsep Kedai Makan Dalam Taman

Assalamualaikum dan hai semua,

Baru-baru ini, saya belanja suami dan adik saya untuk makan malam di H Garden Cafe yang terletak di Fraser Business Park. Senang je nak cari lokasi kafe ini, sebab berkedudukan di lokasi yang strategik. Hanya perlu Waze je.

Kafe yang dahulunya merupakan kelab malam ini kini menawarkan banyak menu makanan yang best serta pakej perkahwinan dengan kerjasama bersama Wedding Studio Sdn Bhd. Jangan risau sebab semua menu makan kat sini adalah Halal.

Wedding Studio Sdn Bhd terkenal dengan nama antara servis perkahwinan yang terbaik di Malaysia. Syarikat yang menawarkan pakej perkahwinan mampu milik ini telah beroperasi sejak dari tahun 2009 lagi di Malaysia.



Menariknya tentang Wedding Studio adalah, selain daripada menawarkan pakej perkahwinan kepada bakal pegantin, mereka turut menawarkan servis lokasi perkahwinan di lokasi-lokasi yang menarik di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor.

Kedudukan kafe ini betul-betul di corner lot. Parking jangan risau, sebab kalau datang waktu malam memang banyak kosong, dan percuma pula tu. Sesuai sangat kalau nak buat apa-apa majlis waktu malam macam birthday party, pelancaran produk dan family gathering.



Jom tengok dekorasi kafe ni bila saya cakap boleh datang dating dengan pasangan korang disini. Lokasi yang menarik, cantik dan romantik kalau korang nak buat sambutan surprise kepada orang yang tersayang.

Itu belum masuk makanan dia yang sedap dan banyak seleksi. Tambah pula harga pun memang cantik habis. Berbaloi makan kat kafe yang nampak macam mahal padahal harga makanan dia purata dalam RM12-RM20 je.


Okay, bercakap tentang kenduri kahwin, kalau korang berminat nak buat majlis bersanding disini, mereka sebenarnya ada dewan besar kat situ. Muat lah dalam 800 orang sekali masuk, nak lebih lagi boleh tambah khemah kat luar.

Menu makanan pula jangan risau, banyak pilihan korang ada. Nak pilih menu sendiri atau nak minta menu khas pun tiada masalah. Wedding Studio dah berpengalaman dekat 10 tahun dalam industri ini, mestila deorang kerja dengan katering yang makanan sedap-sedap dan dijamin Halal.

Daripada menu masakan kampung ke masakan barat, kepada buah-buahan dan pencuci mulut, inshaAllah semua deorang tiada masalah. Saya sendiri dah rasa haritu antara menu kampung yang mereka tawarkan dalam pakej promosi perkahwinan tu.








Untuk majlis yang nak tempah kambing golek pun boleh. Tak semestinya majlis kahwin saja, kotlah korang nak buat kenduri doa selamat ke, nak belanja kawan-kawan atau gathering ke, sesuai sangat lah buat kat sini sebab lokasi memang photo-friendly.


Promosi tempahan pakej perkahwinan sebelum 31 Oktober 2018.

Untuk pelanggan yang berminat nak buat majlis menggunakan servis daripada Wedding Studio di H Garden Cafe, korang boleh tempah pakej ini dengan harga serendah RM21k (all-inclusive) untuk 500 orang. Ya, termasuk dengan semua servis. 

Pakej promosi perkahwinan dengan Wedding Studio Sdn Bhd termasuk: 25 meja dan 250 kerusi, 4 Dome VIP, baju sanding lelaki & perempuan, makeup, PA System, persembahan kompang, tema pelamin, jurugambar (+ juruvideo dan CD), kek 3 tingkat, 10 pelayan, bilik hotel. 

Lagi best, kalau korang nak tambah khemas kat depan tu pun boleh! Lepas tu, siap dapat percuma dengan 2 ekor kambing golek dan persembahan Live Band untuk tempahan sebelum 31 Oktober 2018! Dah jimat banyak kat situ.

 


Kalau korang teringin nak merasa makan di H Garden Cafe, saya sarankan untuk korang cuba menu makanan yang hot seperti Mozzarella Prawn Chicken, Chicken Bruschetta, Nasi Kuning Ayam Goreng dan Imported Reb Eye Steak.

Harga pun tak sampai RM20. Dengan suasana romantik macam ni, boleh bawa pasangan dan keluarga untuk dating disini.

  

Waktu operasi: Setiap hari jam 10AM- 10PM
(Tutup: Ahad)

H Garden Cafe
Lot 682, Esperance Lifestyle Building, Off, Jalan Metro Pudu, 
Fraser Business Park, 55200 Kuala Lumpur.
Contact: 012-4292806/ 012-4978827/ 012-2844827

Facebook:www.facebook.com/H-Garden-Cafe-513367425783971/
Instagram: www.instagram.com/wedding_studio_sdn_bhd/


With love,

Post a Comment

1 Comments

FOLLOWERS