Pemain Kini Boleh Main Tipu Dalam Monopoly Cheaters Edition

Hello korang,

Siapa kat sini suka dengan permainan papan Monopoly daripada Hasbro? Berita best untuk korang yang suka main tipu dalam Monopoly, kini korang dah boleh main tipu tanpa kena tangkap dalam edisi “cheaters edition”, Monopoly Cheaters Edition.

Monopoly Cheaters Edition membolehkan pemain untuk berfikir untuk elakkan diri daripada sebanyak mana kesalahan yang boleh. Tapi kalau kena tangkap, maka lokap lah tempat korang dan korang dikehendaki untuk memakai gari tangan yang disediakan.

Menarik bukan? Jom baca apa lagi yang best dalam edisi khas ni.


Kenapa wujudnya Monopoly Cheaters Edition?

Edisi cheaters ini dikeluarkan mengikut statistik kajian terbaru daripada Hasbro yang mendapati bahawa banyak pemain permainan Monopoly suka main tipu sebab nak menang dengan cara ambil duit daripada bank. 

Jadi, banyak kes orang bergaduh bila yang tipu tu kena tangkap sebab tak puas hati. Dengan adanya edisi ini, memang korang digalakkan untuk main tipu untuk menang. Tak ada istilah main tipu dah, takde la masalah tak puas hati kan.  


Monopoly Cheaters Edition didatangkan dengan beberapa peraturan permainan yang memerlukan pemain untuk ikut, ubah dan menipu untuk menang permainan tu. Sama seperti Monopoly yang biasa, siapa yang paling kaya dan tak kena tangkap, maka dialah pemenangnya.

Tapi bila dah ada edisi menipu ni, mungkin susahlah nak habiskan permainan tu sebab sekarang pemain dan boleh langkah kotak, mengambil duit lebih Monopoly bila melepasi GO dan malah boleh lepaskan diri daripada membayar sewa.

 



Cara Bermain Monopoly Cheaters Edition:

Sama seperti permainan Monopoly yang biasa, pemain perlu bermain dengan dengan misi dan visi yang mereka ada. Kena pandai rancang untuk membeli dan menjual hartanah dan tapak di dalam Monopoly untuk menang. Macam senang kan?

Tapi sebab dalam Monopoly Cheaters Edition, penipuan adalah ‘digalakkan’, maka permainan akan jadi susah sebab ramai yang akan berusaha untuk mengambil duit secara senyap dari bank Monopoly atau skip turn mereka atau mengelak daripada masuk penjara!



Set Monopoly Cheaters Edition didatangkan sekali dengan:

1 papan permainan, 1 unit gari plastik, 6 token, 15 kad penipu (cheat card yang akan ajar pemain macam mana untuk tipu), 22 kad Deed, 1 paket duit Monopoly, 16 kad peluang, 16 kad peluang menipu, 16 hotel, 2 dadu, 1 trey bank, 1 peraturan permainan.

  
Monopoly Cheaters Edition boleh didapati di kebanyakan pasaraya besar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hasbro.com/en.my

Harga set Monopoly Cheaters Edition: RM103.70


With love,

Post a Comment

2 Comments

Cuya said…
macam2 game sekarang ni...nak ajar menipulak dia ..biasa dia ya..XD
Illya LeYa said…
Memang menarik... Jom gi beli papan monopoly ni.. Pastu kita main ramai-ramai..

FOLLOWERS