Assalamualaikum dan hai korang,
Finally, dapat juga makan makan steamboat dan shellout di D Aura Cafe di Seri Kembangan. Dah lama sebenarnya plan nak makan kat sini, tetiba haritu jadi pulak nak double date dengan pasangan blogger Leya dan Otomen.
Saya memang suka makan steamboat, terutamanya grill. Susah nak jumpa restoran yang hidang set steamboat dengan grill yang harga dia murah macam ni. Kalau ada pun, mesti deorang hidangkan asing-asing, tak dalam set.
Saya memang suka makan steamboat, terutamanya grill. Susah nak jumpa restoran yang hidang set steamboat dengan grill yang harga dia murah macam ni. Kalau ada pun, mesti deorang hidangkan asing-asing, tak dalam set.
Kafe D Aura yang terletak di Putra Walk, Seri Kembangan terkenal dengan menu masakan yang sedap-sedap. Suka dengan dekorasi dalaman kafe ni, sebab nampak ceria dengan pilihan warna dia dan deko yang menarik.
Deko dinding dia comel-comel, jadi nak ambil gambar pun tak nampak kosong. Lepas tu, kafe pun bertutup dan berhawa dingin, nak lepak lama pun tak kisah sebab tak akan ada orang merokok macam kat mamak.
Baru-baru ini, D Aura Kafe telah memperkenalkan 3 menu hidangan terbaru disini. 3 menu itu adalah Steamboat, Grill dan Shellout. Amacam? Terliur tak dengar kombinasi 3 menu hidangan ni?
Dan yang paling syok sekali, harga dia memang murah sangat dan dengan portion makanan yang banyak, satu hidangan boleh kongsi dalam 2-3 orang, tergantung kepada banyak mana korang makan. Sesuai sangat nak dating dengan pasangan atau bawa kumpulan.
Steamboat RM18
Steamboat & Grill RM28.00
Jenis yang nak makan steamboat je, boleh order steamboat je. Tapi sebab beza RM10 je, baik ambil sekali dengan grill. Macam haritu kami ambil dua-dua sebab harga berbaloi, makan satu set 2 orang pun banyak juga.
Steamboat dia sedap sebab kuah dia key. Kami pilih kuah tom yam sebab memang fav yang itu. Kuah ini dimasak khas oleh chef D Aura Cafe, home-cooked punya. Campak mee dalam tu, memang berebut-rebut nak makan sebab sedap.
Untuk seleksi makanan untuk steamboat dan grill, ada banyak tau. Ada banyak makanan laut macam ikan, udang, ketam, sotong, kupang, kerang dan juga makanan lain seperti kek ikan, sosej, telur, kepingan ikan kering dan sayuran.
Grill pula, boleh je campak menu tadi tu dalam grill. Ikut selera korang lah suka makanan dalam steamboat atau grill. Ada ikan, ayam dan daging yang boleh korang grill. Jujur cakap, daging dia nipis dan sedap gila dengan marinate dia.
Recommended untuk korang cuba grill ni. Didatangkan dengan sos istimewa untuk makan dengan makanan yang dah masak, pedas tapi memang sedap. Layan betul makan kat sini.
Shellout RM18.00
Menu yang wajib cuba adalah shellout. Walaupun jharga dia tak sampai 20 ringgit, tapi postion dia memang banyak dan tak kedekut. Olah kah dalam tu ada paling kurang 2 ekor ketam dengan banyak kerangnya lagi.
Shellout yang tak kedekut dengan banyak 'inti', ada: Ketam, udang, sotong, lala, kerang hijau, kerang buluh, remis, kerang bulu dan beberapa lagi jenis kerang, jagung, brokoli siap dengan sos shellout yang dimasak sendiri oleh chef kat sini. Wajib cuba.
Sos dia key dalam hidangan ini sebab paling rare yang pernah saya rasa. Rasa macam kari sikit, pedas tapi masih sedap makan dengan hidangan laut ni. Nak terangkan dalam perkataan sisah, jadi baik korang datang kesini dan cuba sendiri.
Overall, puas hati dengan servis dan menu makanan di D Aura Cafe. Satu lokasi yang sesuai untuk diadakan macam-macam. Sesuai nak buat majlis besar, ataupun perjumpaan kecil. Nak bawa keluarga datang makan pun sesuai sebab space besar dan harga pun tak mahal.
Berbaloi lah datang sini.
Waktu operasi: Setiap hari jam 1PM-11PM (Isnin tutup)
D Aura Cafe
C-6-G, Putra Walk, Jalan PP25, Taman Pinggiran Putra,
Seksyen 2, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Seksyen 2, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Contact: 01110923832
With love,
20 Comments
Salam kenal taw. Meh follow blog SR:
www.syazaredzuu.com
Macam Mana Nak Dapat Duit Dari Blog Tanpa Perlu Menjual