Hai dan Assalamualaikum.
Entry ini merupakan sambungan daripada trip Short Vacation ke Resorts World Kijal, Terengganu. Terima kasih kepada Resorts World Genting kerana sudi menjemput saya untuk ke trip pendidikan tentang penyu ni.
Dikawasan Pantai Timur Malaysia, ada masa dan bulan yang
tertentu untuk penyu naik kedarat untuk bertelur. Disebabkan penyu merupakan haiwan terancam, maka kerajaan
meletakkan usaha yang tinggi untuk menjaga haiwan ini daripada terancam.
Sayangnya sekarang
pun dah tak banyak jenis spesis penyu yang ada. Dulu di pantai Terengganu, sekurang-kurangnya ada 2 jenis spesis penyu yang
akan naik bertelur iaitu spesis Penyu Hijau (Chelonia Mydas) dan yang
semakin jarang dijumpai, Penyu Karah (Eretmochelys Imbricate).
Menariknya
di Resorts World Kijal, mereka ada pekej untuk korang yang nak belajar
dan yang nak tahu tentang proses penyu bertepur sampai ke proses penyu
menetas. Lagi awesome, mereka memang ada pusat penetasan penyu tau.
Selalunya musim untuk penyu betina naik untuk bertelur adalah daripada
Mei-Julai dan untuk telur menetas mengambil masa dalam lebih kurang 3
bulan. Ada je kadang-kadang penyu tu naik walaupun bukan musim dia, tergantung lah kat dia kan.
Telur-telur yang dikutip di pantai tadi akan ditanam semula di tapak ini untuk mengelakkan daripada orang ambil untuk dimakan atau takut telur tadi itu rosak sebab kena pijak dengan orang. Ye lah, mana lah orang nak tahu telur penyu tu kat mana.
Tahu tak, setiap kali ibu penyu ni nak cari port untuk bertelur, dia dah set jantina anak dia nanti.
Contohnya: kalau penyu itu bertelur dibawah pokok (kawasan redup), maka jantina telur akan jadi jantan, dan kalau penyu tu bertelur dikawasan tiada teduh (kawasan panas), maka jantina penyu yang akan menetas adalah betina.

Memang Resorts World Kijal bekerjasama dengan Pejabat Perikanan
Negeri Terengganu untuk program pemuliharaan penyu dan telur penyu.
Pantai dibersihkan secara berkala untuk persediaan pantai yang bersih
dan selamat untuk penyu dan juga untuk kita beraktiviti.
Macam di Resorts World Kijal sendiri, pantai mereka yang sepanjang 7.6 KM ini terkenal dengan pantai penyu bertelur. Setiap tahun mesti akan ada penyu yang naik dan bertelur. Telur ini akan dikutip oleh ranger dan disimpan di tapak pemulihan.

Ditapak ini, telur yang dikutip tadi akan ditanam semula dikawasan yang telah dirancang. Kena balance ya untuk jantina jantan dan betina. Selepas ditanam semua, mereka akan label dan pantau bila telur itu akan menetas.
Dulu ada kes, sebabkan banyak sangat penyu betina, maka musim itu, penyu betina naik untuk bertelur macam biasa. Tapi telur tu tak jadi sebab takada sperma penyu jantan. Telur penyu tu jadi telur mati, sayanglah kan.
Merasa lah juga pengalaman pertama kali pegang telur penyu dan tanam telur penyu.

Lepas menetas tu, deorang akan tolong baby penyu tu untuk keluar daripada pasir dan masukkan deorang kedalam bekas berisi air laut. Tak lama lepas tu, telur anak penyu tadi akan dilepaskan ke laut. Penting untuk lepaskan anak penyu ini secepat mungkin.
Menariknya, selalunya penyu betina yang 'lahir' dari pantai mereka, masa deorang nak bertelur nanti, deorang akan tahu untuk pulang bertelur di tempat asal mereka. Bagus jugak deorang ni tak lupa asal usul. Dari situlah kerajaan dapat buat usaha pemuliharaan penyu.
Anak penyu ini perlu dilepaskan cepat sebab masa mula menetas deorang masih lagi excited. Masa pegang pun bleh tahu mereka tak sabar nak pulang kelaut. Sampaikan saya yang pegang baby penyu ni pun sekali tak sabar nak lepaskan.
Selalunya, mereka bersemangat nak berjalan tu dalam 10-15 minit je. Sebab tu disarankan untuk lepaskan cepat. Dah kalau pegang lama-lama, penat lah deorang. Baby penyu pun tak sabar sebab dengar bunyi ombak. Dari situlah dia tahu kemana yang mereka nak pergi.
Seronok tengok anak penyu ni excited nak mulakan hidup baru mereka di laut.Tapi sayang sangat sebab dalam 1000 anak penyu selepas menetas yang dilepaskan di laut, tak sampai 10% yang akan hidup lebih seminggu sebab haiwan pemangsa.
Ini sebab, dalam minggu pertama anak penyu ni, deorang suka lepak-lepak di atas permukaan laut. Bila atas tu, selalu kena makan dengan burung Helang lah. Lepas tu dalam air pulak kena makan dengan ikan yang lebih besar.

Berlumba-lumba mereka untuk kelaut. |
Selain daripada penyu, aktiviti konservasi yang ada dikawasan Resorts World Kijal adalah proses penanaman pokok kelapa. Memang macam biasa aje nampak pokok kelapa ni, tapi pernah tak korang tahu macam mana nak tanam pokok ni.
Rupanya senang sangat nak tanam pokok kelapa. Boleh kata semua jenis kelapa pakai cara yang sama. Tak payah potong apa sebab benih dia adalah daripada kelapa tua sendiri. Tanam je.
Rupanya senang sangat nak tanam pokok kelapa. Boleh kata semua jenis kelapa pakai cara yang sama. Tak payah potong apa sebab benih dia adalah daripada kelapa tua sendiri. Tanam je.
Kalau nak lagi feeling di kampung dan nak tengok kehidupan nelayan, boleh jalan-jalan ke Kampung Telunjuk. Dalam 10 minit je daripada Resorts World Kijal ni. Kat sini kalau korang nak beli seafood macam ikan je apa murah sangat.
Di kampung ni juga dapat lihat proses konservasi tanaman pokok Rhu (Casuarina Equisetifolia), Pokok rhu yang hanya tumbuh dengan baik di kawasan pantai berpasir. Antara fungsi pokok Rhu adalah sebagai benteng semulajadi yang berbahaya seperti ombak besar dan tiupan angin kencang.
Untuk korang yang nak tahu tentang harga dan pakej yang kami ambil semasa ke Resorts World Kijal sekali dengan lawatan tengok penyu (ikut musim), kat bawah ada harga dia. Ataupun korang boleh je telefon mereka untuk info lanjut.
Aktiviti pelepasan telur penyu ataupun penanaman telur penyu dengan harga (RM49/sesi), atau pergi melihat penyu di waktu malam (RM70 seorang) bertempat di resort atau di Sanktuari Penyu Ma Daerah Kerteh atau Pantai Teluk Mak Nik Kuala Kemaman, kenderaan disediakan.

Pakej Penyu Laut 3hari 2malam (RM682 sebilik/semalam untuk 2 orang, sah untuk lawatan dari 1-30 September 2018), di mana mereka boleh frolik di pantai di siang hari dan terus berjaga-jaga demi penyu di waktu malam.
Tekan link untuk baca: Short Vacation ke Resorts World Kijal, Terengganu.
Resorts World Kijal
KM28, Jalan Kemaman-Dungun,
24100 Kijal, Kemaman, Terengganu
Contact: 09-8641188
Website: www.rwkijal.com
Till then,
20 Comments
penyu pun di ambang kepupusan, kan. alahai...
masih ada kot jual telur penyu di pasar payang. patut nyer diharamkan aje penjualannya.
cute! kalau la boleh aida pegang, bwk anak-anak.
baru la anak-anak tahu nilai menjaga alam sekitar demi spesis sebegini utk hidup.
Meh visit blog: www.syazaredzuu.com
Sebab tu la kena banned makan telor penyu kan..kesian diorg makin pupus...and langkah mhharamkan straw tu pun bgus