Hai dan Assalamualaikum korang.
👍 Bubur Ayam RM 8.90
Till then,
Selalu jugak saya lepak di area Cyberjaya, tapi macam susah je nak jumpa restoran makanan yang kena dengan selera Melayu. Kalau ada pun kebanyakannya mahal semacam je dan rasa belum tentu sedap dan kena dengan tekak.
Haritu lepas jenjalan kat Pusat Membeli Belah Dpulze, Cyberjaya, terjumpa sebuah restoran makanan yang kecik je macam kopitiam tapi unik namanya. Restoran Mangkuk Ayam yang baru sahaja dibuka di tingkat P1, Dpulze.
Unik tak nama restoran makanan ni? Jangan fikir nama lain ya sebab Restoran Mangkuk ayam ini diambil dari rupa mangkuk dan pingan yang dipakai untuk dihidangkan kepada pelanggan deorang. Kreatif betul, padahal pernah je saya nampak mangkuk ni.
Suka dengan dekorasi restoran ini. Walaupun kecil, tapi mereka gunakan semua ruang untuk hias kedai supaya restoran ni nampak besar dan unik. Siapa sangka pingan mangkuk pun boleh buat sebagai hiasa, lawa pulak tu.
Banyak menu makanan Asian Fusion terutamanya makanan yang popular di Malaysia dihidangkan disini. Sesuai sangat lah sebab kawasa Cyberjaya ramai orang luar Malaysia yang duduk. Boleh deorang rasa macam mana makanan Malaysia.
Pasal Halal, jangan risau. InshaAllah makanan dan sumber daging/ ayam yang mereka dapat adalah Halal. Restoran Mangkuk Ayam pun faham kehendak utama warga Islam di Malaysia. Bagus ni.
Harga set combo di Restoran Mangkuk Ayam |
Ada banyak menu yang mereka hidangkan dan harga pun murah dan
berpatutan. Korang boleh pilih set makanan secara Ala Carte atau Combo.
Kalau korang tengok harga combo dia sangatlah murah dahla siap percuma
air bandung atau teh o ais limau.
Paling best lagi sebab set kombo ni korang boleh pesan pada bila-bila masa, sepanjan hari. Jadi boleh la nak pesan masa makan tengah hari atau makan malam. Harga kombo pun tak sampai RM16 pun!
Menu Utama
👍 Bubur Ayam RM 8.90
Antara menu sedap yang paling korang kena cuba adalah bubur ayam ni. Saya memang suka makan bubur, tapi bubur kat sini rasa lain daripada yang lain. Bubur yang dihidangkan tak dicampur dengan inti dia tetapi dihidangkan secara asingan dengan telur masin, kacang, ikan bilis, sambal dan asam.
Kalau pesan bubur ni, memang boleh kongsi 2 orang sebab diberikan dalam mangkuk besar. Recommended untuk korang cuba, menu ini kalau pesan dengan kombo hanya RM11.90 sahaja.
Nasi Daging Rendang RM13.90
Antara menu nasi yang suami saya suka. Susah betul nak jumpa restoran makanan yang boleh masak rendang dengan baik dan sedap. Lepas tu rendang dia pun berkuah dan tak kering. Sesuai sangat makan dengan nasi.
Didatangkan sekali dengan bebola ikan, in case daging rendang tu tak cukup. Nak lagi unik, boleh campurkan dengan sambal dan ikan bilis. Kena cuba, baru tahu.
Didatangkan sekali dengan bebola ikan, in case daging rendang tu tak cukup. Nak lagi unik, boleh campurkan dengan sambal dan ikan bilis. Kena cuba, baru tahu.
Kuey Teow Sup Ayam RM11.90
Setiap jenis mee yang dihidangkan, akan didatangkan sekali dengan cili potong. Yang suka pedas bileh lah campurkan sekali sebab kuey teow sup ayam ni tak pedas. Tak pedas pun masih sedap tau sebab sup dia sedap.
Dahla isi kat dalam menu ni tak kedekut. Tengok mangkuk saya penuh dengan isi bebola ikan, tofu kering, cebisan ayam dan kerang pun ada. Tambah dengan kicap cili, bila makan lagi terangkat.
Dahla isi kat dalam menu ni tak kedekut. Tengok mangkuk saya penuh dengan isi bebola ikan, tofu kering, cebisan ayam dan kerang pun ada. Tambah dengan kicap cili, bila makan lagi terangkat.
👍👍 Asam Laksa RM11.90
Asam laksa ni pun saya recommend untuk korang cuba. Antara banyak menu yang saya cuba, ini merupakan menu yang paling saya suka. Jarang saya makan asam laksa sebab selalu saya makan macam masam sangat, tapi yang ni lain.
Asam laksa ni masih lagi masam sikit sebab asam, tapi takde lah masam sangat. Sesuai la untuk siapa yang tak suka masam tu. Dahla laksa dia lembut, tak kedekut pun kuah dan makanan dalam dia. Ada cebisan ikan sebagai penambah rasa.

Mee Kari RM11.90
Mee kari pun antara menu hot kat sini. Orang suka sebab kuah kari dia yang kick dan pedas. Saya suka dengan mee dia yang kenyal dan lembut, senang nak kunyah dan tak rasa tepung semata-mata. Memang mee pun terasa kuah kari tu.
Macam biasa, dalam menu ini turut dihidangkan sekali dengan taufu kering/ goreng, kerang, bebola ikan, cebisan ayam dan sayuran. Makan macam ni pun keyang sangat.
Macam biasa, dalam menu ini turut dihidangkan sekali dengan taufu kering/ goreng, kerang, bebola ikan, cebisan ayam dan sayuran. Makan macam ni pun keyang sangat.
Pecal Sayur RM7.90
👍 Taufu Sumbat RM7.90
Kari Bebola Ikan RM7.90
Ini menu rare. Sesuai makan macam tu sahaja atau makan dengan nasi. Unik bebola ikan kat sini sebab bentuk macam telur ayam. Ada juga set nasi yang didatangkan sekali dengan bebola ni.
Yang saya suka pasal bebola ni sebab dia home-made. Bila homemade, memang banyak isi ikan daripada tepung. Sedap dan lembut sangat, kunyah sekali pun dan boleh meletup dalam mulut sebab lembut.
👍 Mee Rojak Sotong RM11.90
Ni pun menu hot yang ada di Restoran Mangkuk Ayam. Sotong pun sedap, fresh dan tak bau hanyir. Pandaila chef yang masak tu. Dahla kuah rojak dia pun sedap. Pekat dengan kacang dan bahan, tak cair pun. Cuba lah!
Dihidangkan sekali dengan mee, menu yang simple ni pun boleh buatkan kita kenyang tanpa pesan makanan berat. Makan mee rojak sotong petang-petang lepas balik kerja lagi best. In case korang tak suka sotong, ada juga mee rojak ayam.

Rojak Biasa RM7.90
👍 Rojak Buah RM7.90
Memang saya suka rojak buah, dan Restoran Mangkuk Ayam pulak hidangkan rojak buah taraf 5 bintang. Selain daripada menggunakan buah potong yang sedap, sos rojak dengan resepi khas chef yang buat rojak buah ni sedap.
Sos dia yang pedas-pedas dan manis sesuai sangat dengan tekak saya. In case korang nak lagi pedas, boleh minta extra pedas. Tapi saya jamin ni kegemaran saya disini. Saya sorang je boleh habiskan satu mangkuk sambil berborak.

Lai Chee Kang RM6.90
Antara pencuci mulut yang sedap kat sini yang korang boleh cuba adalah lai chee kang. Sedap sebab tak terlalu manis dan boleh rasa semua benda yang ada dalam ni. Isi pun tak kedekut.
Overall saya puas hati makan kat sini. Disebabkan Restoran Mangkuk Ayam berada didalam pusat membeli belah, maka senang nak nak datang dan tiada masalah parking. Bonus, harga pun murah untuk satu hidangan makanan yang besar.
Waktu Operasi : 10AM-10PM (Setiap hari)
Restoran Mangkuk Ayam
Lot P10, Tingkat P1, Dpluze Shopping Centre, Cyberjaya
Contact: 03-8322 5656
Facebook: www.facebook.com/Mangkukayam
Lot P10, Tingkat P1, Dpluze Shopping Centre, Cyberjaya
Contact: 03-8322 5656
Facebook: www.facebook.com/Mangkukayam
Till then,
21 Comments
Nanti nak cuba gak lah makanan kat sini, tengok gambar je pun dah menaikkan selera n nampak sedap
menarik perhatian pelanggan utk masuk dan makan, kan.
semua makanan tu. hmmmm wajib sedap la kot kan. presentation nyer pun menarik.
harga is affordable. standard la harga gitu. jgn lebih mahal dari tu lah.
Menu yang simple. Tapi tak jemu dimakan, kan?
Harga pun okay..