Swanicoco Jenama Lipstick Paling Hot di Korea

Hai beautiful!

Pernah dengar tentang jenama yang tengah Hot di Korea pada tahun 2018, Swanicoco? Dah lama saya usha jenama ni, teringin nak cuba produk deorang sebab dengar banyak review best daripada beauty blogger dan vloggger.

Lepas dan cari-cari, rupanya Swanicoco memang tengah nak expandkan jenama mereka ke Malaysia dengan bantuan daripada 50grams. Ya, company yang jual bunga tu! 50grams merupakan syarikat luar yang pertama yang akan melancarkan koleksi terbaru mereka ini.

Kalau orang Malaysia yang nak beli, koleksi 50Gram x SWANICOCO, korang hanya boleh beli Show the Velvet Lipstick dari laman web 50grams sahaja.

 

Akan ada 3 warna yang diperkenalkan. Warna-warna ini bukan sahaja terang dan menawan dengan warna yang cantik, tapi juga merupakan produk hasil daripada Nature Bio Cosmetics yang bermaksud produk ini bebas bahan kimia.

Itu yang bestnya produk daripada Swanicoco. Produk mereka memang diperbuat daripada tumbuhan semulajadi dari Korea dan beberapa bahan dari negara lain termasuklah Eropah dan Perancis. Ada juga beberapa bahan organik dari Amerika dan Australia.

Selalunya bahan dalam produk Swanicoco merupakan daripada tumbuhan, bijirin, buahan, sayuran dan herba dari Korea yang diambil extractnya daripada proses bio-fermentasi.


Sebab itu Swanicoco berani cakap yang produk mereka adalah selamat dan dapat memberi kesan yang positif kepada Epidermal Growth Factor (EGF), Fibroblast Growth Factor (FGF), dan protein peptides. Semua ni penting untuk orang yang ada masalah kulit.

Untuk koleksi terbaru 50Gram x SWANICOCO, mereka telah melancarkan koleksi lipstick Show the Velvet Lipstick. Kandungan utama lipstick ini adalah minyak semulajadi dan carnuba wax yang diambil dari pokok carnuba.



Kod warna: Juliet Red

Saya minat betul dengan warna lipstick yang saya dapat ni. Walaupun lipstick ni nampak macam terang dan meriah betul warna dia, jangan risau sebab banyak cara korang boleh pakai lipstick ni.

Antaranya adalah, korang boleh pakai sebagai lipstick (Duhh, of course!). Selain itu, boleh juga jadikan sebagai blusher. Serious cantik warna ini dijadikan blusher. Nampak natural je. Kalau nak extreme lagi, boleh digunakan sebagai eye shadow. Dah jadi lipstick 3-dalam-1.

Bestnya tentang lipstick Swanicoco Show the Velvet Lipstick sebab tekstur dia yang melembapkan dan tahan lama walaupun kita tak apply terang-terang. Kadang-kadang saya apply ikut method 'ombre', pun boleh tahan lama.



Kandungan lipstick yang dihasilkan daripada bahan semulajadi pun membantu untuk merawat masalah bibir kering. Lipstick ini mengandungi bahan penapaian (fermented) dan bukan air biasa yang mampu menyihatkan kulit/ bibir.

Yang paling saya suka tentang koleksi 50Gram x SWANICOCO adalah sebab lipstick ni bau dia wangi sangat. Tak tipu memang bau macam mawar, dan bau tu sedap tak macam bau kimia. Dahla tahan lama kalau pakai, ada UV protection pulak tu.

Kandungan: Octyldodecanol, Isononyl Isononanoate, Silica, Ricinus Communis (Castor) Seed Oil, Isoeicosane, Ozokerite, Ethylhexyl Palmitate, Microcrystalline Wax, Paraffin, Phenyl Trimethicone, Caprylic/Capric Triglyceride, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Polyhydroxystearic Acid, Kaolin, Tocopheryl Acetate, Caprylyl Glycol, Argania Spinosa Kernel Oil, Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl
Hydroxyhydrocinnamate, Hexylene Glycol, Fragrance, Phenoxyethanol, Ci 15850, Ci 45410, Ci 15985, Ci 19140, Ci 15850.

 

Sesuai dengan nama 'Swanicoco', ada swan di depan tu. Warna ni lembut dan sejuk je mata bila tengok. Kat bawah saya sertakan gambar setelah memakai lipstick dan swap test. Boleh nampak kesan susah nak hilang walaupun saya lap dalam 2-3 kali.

So tak payah risau kalau lipstick tu hilang, sebab bibir korang sure akan nampak merah-merah natural gitu. Lagi satu, walaupun susah nak hilang, tapi senang je nak cuci lipstick ni.


50Gram x SWANICOCO

Harga: RM88.85

Boleh beli di link: Beli lipstick paling hot di Korea.
atau link: 50gram.com.my/product-category/swanicoco/


With love,

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Lst belajar kimia ni form 5... Terbelit laa leya nak menyebut kandungan bahan yg ada dalam lipstick ni.. Haha... Ape² pun memang menarik lipstick ni.. Warna yg terang pasti kelihatan lebih yakin kepada si pemakai..😁

FOLLOWERS