Promosi Kasut Sekolah Kesihatan Daripada Sunfeet

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Cuti akhir tahun sekolah dah datang. Mesti ibubapa ramai tengah rancang nak beli barang keperluan sekolah anak untuk tahun depan kan? Apa kata cuba usha kasut sekolah dari Sunfeet International Rehabilitation Centre?

Tahu tak ibubapa, pentingnya pemilihan kasut untuk anak-anak? Ye lah, mereka kan sedang membesar, kalau tak dapat sokongan dari tapak kasut yang bagus, kan senang sakit nanti masa dah besar. Ingat kaki tak penting ke.

Tanda awal nak tahu kasu tu tak sesuai untuk anak adalah apabila deorang mengadu yang mereka ada sakit kaki, pinggang atau cepat lenguh kaki. Itu adalah tanda awal pemilihan kasut yang tidak betul.



Kenapa Sunfeet International Rehabilitation Centre?

Sunfeet International Rehabilitation Centre telah diasaskan sejak dari tahun 1978 lagi dan memang terkenal dengan klinik kesihatan kaki, terutamanya dengan masalah musculo-skeletal dan kecacatan fizikal dan kini diuruskan oleh Dr Edmund.

Menariknya di Sunfeet, bukan sahaja mereka menawarkan servis semakan analisa kaki secara PERCUMA, malah mereka turut menawarkan pelbagai koleksi kasut kesihatan untuk mereka yang ada masalah kaki dan tulang belakang.



Koleksi Kasut Sekolah di Sunfeet International Rehabilitation Centre

Penting sebagai ibubapa untuk menjaga kesihatan kaki anak sejak dari kecil. Antara tips yang saya dapat daripada Dr Edmund adalah: Elakkan postur yang tidak baik, senaman yang sesuai, pemakaian kasut & tapak kasut yang sesuai dan buat pemeriksaan dengan kerap.

Kelebihan kasut sekolah di Sunfeet adalah, Dr Edmund tahu kanak-kanak perlukan sokongan di kasut untuk membesar. Bayangkan kalau kasut tak betul, mesti sakit dan susah kaki nak membesar. So akan jadi masalah lain seperti sakit lutut dan tulang belakang.

Kasut sekolah sokongan kesihatan kaki di Sunfeet dijual dengan harga yang sangat berpatutan. Siapa tak sayang anak. Apa salahnya nak keluarkan duit mahal sikit untuk dapatkan kasut yang betul-betul bagus untuk anak sendiri.





Promosi Back to School

Sempena dengan cuti sekolah dan tahun baru persekolahan tahun depan (2019), Sunfeet International Rehabilitation Centre telah mengeluarkan koleksi kasut sekolah dengan sokongan yang terbaru yang direka khas oleh Dr Edmund sendiri.

Ada banyak design untuk koleksi ini sesuai untuk dipakai oleh anak yang dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Koleksi termasuklah dari yang berwarna putih dan hitam.


Waktu operasi:
 Buka setiap hari, 7 hari seminggu
Masa: 10AM- 7PM

Sunfeet International Rehabilitation Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 013-5283939/ 013-9122939

Website: www.sunfeet.com.my
Facebook: www.facebook.com/sunfeetinternational

Post a Comment

1 Comments

emarieys said…
Bagi kasut yang salah, tanpa sedar anak akan alami masalah pembentukan kaki satu hari nanti.

FOLLOWERS