Destinasi & Aktiviti Menarik di Banyuwangi

Hai dan Assalamualaikum,

Sebelum akhir tahun lepas, saya sempat ikut rombongan FAM Trip ke Banyuwangi. Terima kasih kepada Heritage One Stop Travel sebab membawa saya bersama di dalam trip ini. Kalau korang berminat untuk melawat Banyuwangi, contact mereka ada kat bawah. 

Banyuwangi dalam bahasa Jawa, membawa maksud "air wangi". Berkeluasan 5,800 kilometer persegi yang terletak di timur Jawa. Walaupun Banyuwangi tak se-popular pulau lain yang yang ada di Indonesia, tapi ia menawarkan banyak tarikan menarik.

Banyuwangi terkenal dengan permandangan alam semula jadi, seni, budaya adat, tradisi dan kopi! 



Flght QG0515, merupakan trip pertama syarikat penerbangan milik Citilink ke Banyuwangi. Pertama kali saya naik flight Citilink. Alhamdulilah selamat pergi dan pulang. Perjalanan dari KLIA ke Lapangan Terbang Blimbingsari mengambil masa 2 jam.

Flight Citilink ni seronok juga sebab ada makan percuma dengan setiap pembelian tiket. Makanan tempatan rakyat Indonesia, yang sedap dan masuk tekak orang Melayu saya ni. 



Hotel Sahid Osing

Sampai je di Banyuwangi, kami terus dibawa untuk check in ke hotel. Hotel 4 bintang ini terletak hanya 1 jam 30 minit dari lapangan terbang dan dekat dengan kebanyakan lokasi menarik.

Dah duduk sini, senang nak pergi buat aktiviti laut/ pulau, nak panjat gunung, nak tengok keindahan alam di sini atau nak membeli belah semua dekat je dengan pekan Banywangi. Hotel pun cantik dan selesa, serta lengkap dengan kemudahan asas.




Makanan Tempatan

Orang cakap, rugi kalau melancong tapi tak mencuba makanan tempatan. Tak susah nak cari makanan Halal disini sebab memang majoriti masyarakat di Banyuwangi adalah beragama Islam. Makanan harian kat sini pun nasi, lagi mudah nak jumpa.

Antara kedai makan yang korang boleh cuba disini adalah Waroeng Bik Ati 1, Sego Tempong Mbok Wah dan Restoran Aamdani. Wajib cuba ayam goreng dengan bakso. Memang sedap. Harga makanan pun boleh tahan, tiada yang sampai IDR100,000.




Kopi Lego

Banyuwangi terkenal dengan antara hasil biji kopi yang terbaik di dunia. Sejarah kopi di sini bermula dari tahun 1696 yang dimana pada masa tu, orang Belanda yang memula bawa masuk biji kopi jenis Arabica ke sini. 

Perkampungan sini banyak pokok kopi, malah siap ada ladang kopi yang besar sampai boleh buat kilang kopi. Saya dapat menyaksikan macam mana biji kopi dipilih, dipetik serta dipanggang secara manual dengan tenaga kerja manusia.



Di Banyuwangi, secawan kopi akan dihidangkan bersama dengan kacang panggang-rebus dan pisang rebus. Ada juga hidangan kopi luak. Kopi luak merupakan hasil biji kopi yang diambil daripada najis musang yang liar yang hanya makan tumbuhan.

Saya tak cuba pun kopi luak. Hanya cuba kopi tempatan dengan hidangan tempatan je pun dan cukup puas hati dan sedap. Jadi, tak boleh nak komen tentang rasa kopi luak.


Biji kopi luak daripada najis musang :D

Pengalaman Memerah Susu Kambing

Di Kopi Lego juga ada kandang kambing. Menariknya, orang yang datang boleh merasa pengalaman memerah susu kambing dengan bayaran yang tertentu. Lepas perah susu tu, boleh terus minum. Kalau dapat campur dengan kopi tadi lagi sedap.

Saya sendiri tak melepaskan peluang untuk belajar cara memerah susu kambing. Teknik dia hampir sama dengan cara perahan susu lembu, tapi susu kambing lebih susah sikit sebab kalau salah perah maka tak keluar susu tu.

Untuk kekalkan sterile susu, puting kambing tak boleh terkena dengan botol perahan. Tips: Jangan takut kalau kambing tu sakit, sebab kalau tak perah susu mereka, nanti deorang lagi sakit. Macam ibu menyusu juga eh rupanya.




Wana Wisata Sumber Manis

Wana Wisata Sumber Manis merupakan satu lokasi pelancongan yang baru. Terkenal dengan pokok pines yang banyak, menjadikan lokasi satu lokasi pilihan mereka yang kaki bergambar atau yang suka dengan aktiviti semula jadi.

Antara aktiviti menarik kat sini adalah rumah pokok, flying fox, berkhemah dan menaiki ATV. Masa saya pergi haritu, siap ada artis yang datang untuk melukis kecantikan tempat ni.



Bangsring Underwater Banyuwangi

Peminat laut sure akan ke salah satu pulau atau pantai yang ada di Banyuwangi. Disebabkan lokasi yang terletak di Laut Hindi, maka aktiviti laut kat sini memang banyak dan seronok. Antara aktiviti yang hot kat sini adalah: Pembiakan terumbu karang dan udang karang.

Bangsring Underwater Banyuwangi merupakan satu pantai yang ada macam-macam aktiviti laut dan juga akses ke Pulau Tabuhan. Abang bot tu cakap, kalau nak ke Bali pun dekat je naik bot 2 jam dah sampai dari sini.



Memang ramai orang datang kesini untuk berkelah, mandi laut dan aktiviti pantai. Air laut kat sini takde lah bersih sangat, tapi permandangan kat sini dengan angin dan ombak Laut Hindi yang kuat memang feeling habis.



Rumah Apung Bangsring

Dari pantai, korang boleh nampak Rumah Apung Bangsring ni. Boleh je nak berenang sendiri kalau larat. Tapi kalau tak larat, sila lah bayar IDR10,000 untuk bot bawa korang pegi situ.

Saya ingatkan ada apa kat sini, rupanya ada kolam ikan yu yang dibela. Seronok belajar benda baru sebab rumah apung ini merupakan tapak apungan yang dibina untuk menyokong pembiakan dan pembenihan terumbu karang, spesis ikan dan udang karang.

Jenis yang suka thrill, boleh la masuk berenang dan bergambar bersama dengan anak ikan yu kat situ dengan bayaran IDR100,000 sahaja. Unlimited gambar siap dengan video korang menjerit dalam air dia kasi nanti.



Pulau Tabuhan

Ada banyak agen yang jual pakej bot laut. Korang boleh ambil pakej yang bawa korang ke Pulau Tabuhan sahaja, atau bayaran yang lain untuk pakej snorkeling. Ikut la korang nak yang mana satu. Selalunya orang ke pulau tu sebab nak tengok permandangan dan layan perasaan.

Dari jauh, nampak Pulau Tabuhan ni macam kosong tak ada apa-apa pun. Dah dekat, nampak pasir putih dengan air yang jernih. Nampak anak-anak ikan yang berenang di gigi air. Duduk chill, boleh feel angin sampai dengar bunyi yang berhembus macam lagu. Tenang je.

Angin yang kuat di Pulau Tabuhan menyebabkan pulau ini menjadi kegemaran untuk aktiviti angin seperti kiteboarding dan windsurfing. Dulu pulau ni pernah menjadi lokasi pertandingan kitesurfing antarabangsa tau!





Snorkeling di Pulau Tabuhan

Jenis saya travel, dah pergi laut, wajiblah untuk mandi laut kan sebab tu saya ambil pakej bot dengan snorkeling. (Lepas dah mandi basah, baru teringat terlupa bawa baju extra).

Seronok snorkeling kat sini sebab banyak ikan. Ikan pulak jenis yang berkumpulan punya. Tips: Kalau snorkeling, duduk diam-diam tengok dalam air then boleh nampak kumpulan ikan yang akan bergerak ikut ombak laut. Memukau minda sungguh.

Hati-hati tau nak snorkeling kat sini. Walaupun pandai berenang, lebih baik pakai jaket keselamatan sebab ombak kat sini memang kuat. Saya baru turun bot je pun dan tetiba jauh. Nak berenang balik pun penat sebab ombak kuat.



Shopping di Osingdeles Pusat Oleh-Oleh

Osingdeles merupakan satu pusat membeli belah yang boleh tahan popular kat Banyuwangi. Kalau tanya orang tempatan kat mana nak beli cenderahati, kebanyakan mereka akan recommend tempat ni sebab macam-macam benda boleh jumpa.

Apa yang korang nak beli, mesti akan ada kat sini. Ada keychain, magnet, tshirt even produk makanan tempatan macam kerepek dan dan kek pun ada. Yang mencari kain batik atau baju batik, design dan harga yang mereka tawarkan pun not bad. Cuma tak boleh tawar-menawar je.




Overall, puas hati dengan trip Banyuwangi kalini. Jenis saya yang suka tengok alam semula jadi, memang seronok. Rasa macam taknak balik je.

Kalau tanya samada yang akan datang tak lagi nanti? InshaAllah kalau ada kesempatan saya akan datang lagi. Next time, nak cuba hiking Ijen Crater untuk tengok Blue Fire pulak. Sayang trip kalini tak sempat nak naik.

Teringin nak ke Banyuwangi? Saya recommend pergi dengan Heritage One Stop Travel sebab servis deorang best dengan harga yang berpatutan.


Facebook Heritage One Stop Travel:
www.facebook.com/HOSTravel



With love,

Post a Comment

16 Comments

ni first time dengar nama tempat ni.. bagusla a new exposure untuk yang berminat..
Murni Alysa said…
Wah banyaknya tempat menarik yag korang pergi..semua aktiviti menarik..memang puas hati kalau dapat mcm ni
Kopi Lego, teringin nak rasa jugak. Tak pernah pergi tempat ni jugak. Tempat pelancongan ni nampak semulajadi dan relax, ada peluang nnt nak plan jugak utk famili trip. Ok, noted on Heritage One Stop Travel.
Cantik tempatnya.. suka tengok air laut, aktiviti pulau macam nih memang rasa teringin pergi ke sana.. banyaknye list kita nak pergi nih ha ha ha harap one day dapat pergi
Airah Syahirah said…
bestnya pergi travel buat macam2 aktiviti. airah suka sangat baca travel blog macam ni.nanti share lagi tau.dakan airah ada rezeki nak travel jugak
Nadia Johari said…
syoknya tengok aktiviti zayani..macam-macam ..jeles pulak kita tengok..dari kopi, perah susu kambing, masuk dalam air tu best..bilahla dapt rasa ni
mrsliez said…
Baru tahu nama tempat ni. Banyak jugak tempat2 yg tak kita tahu di Indonesia.. bila tgk Zayani pergi sana, banyak betul aktiviti2 yang best. Tapi klau g berkumpulan baru best..
Mawardi yunus said…
Wah part dapat perah susu kambing tu best. Pengalaman menarik tu.
Huda Halid said…
Seronok yer yani dapat join trip macam ni. Huda pun suka nature, banyak aktiviti menarik dapat di lakukan di sini. Boleh masuk bucket list nak bawa family jalan2 sini nanti.
Syamimi Saad said…
Waaa.. Bestnya pergi satu tempat tu, tapi boleh buat banyak aktiviti. Sampai penuh masa dibuatnya. Memang happening la kan. Lagi lagi kalau ada geng sekali. Memang layan je la..
Māmy Syu said…
Dalam banyak banyak tarikan di Banyuwangi ni I paling tertarik yang last tu. Kain batik nya ohh~ Cantik cantik. Corak kain batik seberang memang unik patern nya berbanding kain batik tempatan
Kayathre said…
First time dengar tempat ni. Nampak menarik. Maybe saya boleh plan my next cuti ke sana.
Hanny Abdullh said…
First time jugak dengar tempat ni. Boleh lah masukkan dlm wishlist travel sis nanti. Syiok pergi tempat2 macam ni..maklumlah sis ni suka suasana laut
Tekkaus said…
Seems like a real awesome getaway for family and friends right? I wish I could go there as well one day. I wanna try those roasted coffee. :)
Mimie said…
Bestnya pergi Bayuwangi. Macam macam aktiviti boleh buat dekat sana ya. Sekali sekala tenangkan diri pergi melawat temoat temoat macam ni memang best kan .
Sunshine Kelly said…
Oh yes! I have been to Banyunwangi, the beach is the best part. I kind of like Indonesia food too.

FOLLOWERS