Hai dan Assalamualaikum semua,
Hotel Deivan
Pantai Air Manis
Batu Malin Kundang
Masjid Raya Sumbar
Pantai Pasir Jambak
Jambatan Siti Nurbaya
Rumah Makan Muaro Baru
Pulau Pieh merupakan sebuah pulau yang terletak kira-kira 45 minit dari tanah besar Padang yang berkeluasan 39,000 hektar. Pulau ini sebenarnya pulau milik persendirian, tapi sekarang pulau ini sudah menjadi milik kerajaan.
Menariknya disini, kalau korang bernasib baik dan kena waktu dia, korang boleh jumpa penyu dan ikan lumba-lumba dalam perjalanan ke Pulau Pieh.
Baca lagi: Jumpa Penyu & Dolphin di Pulau Pieh, Padang.
Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim
Silungkang Pandai Sikek Nelvi
With love,
Terima kasih pihak ASPPI Padang dan Padang Tourism dibawah jemputan Heritage One Stop Travel sebab menjemput saya mengikuti FAM Trip ke Padang. Matlamat trip ke Padang ini adalah untuk memperkenalkan produk pelancongan yang baru yang ada di Padang.
Padang yang juga dikenali sebagai Minangkabau memang dekat dengan sangat Malaysia. Kalau naik kapal terbang, dalam 1 jam dah sampai sana.
Padang yang juga dikenali sebagai Minangkabau memang dekat dengan sangat Malaysia. Kalau naik kapal terbang, dalam 1 jam dah sampai sana.
Tahu
tak korang, secara geografik, Minangkabau terdiri daripada bahagian
Sumatera Barat, separuh daratan Riau, bahagian utara Bengkulu, bahagian
barat Jambi, pantai barat Sumatera Utara, barat daya Aceh, dan Negeri
Sembilan kat Malaysia.
Dari Kuala Lumpur nak ke Padang, Indonesia hanyalah mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan menaiki pesawat dari KLIA ke Bandar Udara Internasional Minangkabau. Lapangan terbang di Padang ni takde la besar sangat, tapi cantik.
Cantik sebab design kat dalam dia ada elemen Minangkabau.
Hotel Deivan ni dekat je dengan airport, dalam 20-30 minit dah sampai. Sebuah hotel kecil yang selesa, dan lengkap dengan kelengkapan asas seperti tuala, barang mandi, air panas, wifi dan paling penting bagi saya, seterika.
Hotel ini turut menyediakan sarapan pagi kepada orang yang menginap kat sini. Menu sarapan pun boleh tahan masuk tekak Malaysia ni. Ada nasi, mee, kuih dan buah-buahan.
Pantai Air Manis sebab orang suka datang untuk buat aktiviti laut dan layan matahari terbenam. Nak mandi kat sini saya rasa macam tak sesuai sebab pantai dia besar dan kawasan ni penuh dengan aktiviti ATV.
Nak naik ATV kena bayar dalam Rp 100,000. Selain daripada ATV dan aktiviti lain, korang juga boleh duduk chill minum air kelapa di khemah yang telah disediakan secara percuma sambil menghadap laut.
Batu Malin Kundang
Salah satu sebab lain orang datang ke Pantai Air Manis juga adalah kerana nak tengok batu malin kundang. Kisan malin kundang ni lebih kurang sama dengan kisah teladan si tanggang kalau kat Malaysia, yang dimana orang disumpah menjadi batu.
Kisah teladan malin kundang ini berasal dari Sumatera Barat. Boleh jumpa banyak tinggalan batu yang seolah-olah menyerupai manusia dan kapal. Tak tahu lah samada ni betul malin kundang atau itu hanyalah kisah dongeng saja, tapi scary jugak lah.
So adik-adik, kalau taknak jadi batu, jangan derhaka kepada ibu bapa ye.
Masjid Raya Sumbar
Masjid Raya Sumbar merupakan masjid yang terbesar di Padang. Juga dikenali dengan nama Masjid Mahligai Minang sebab rupa dan senibina Minang, merupakan sebuah masjid yang dibangunkan pada 21 Disember 2017.
Unik sangat. Saya lihat senibina masjid ini yang tidak hanya ada kubah seperti masjid lain, tapi mengekalkan senibina Minangkabau. Even kebanyakan banggunan dan rumah kat Padang pun rekabentuk dia macam kapal Minangkabau ni.
Pantai Pasir Jambak
Untuk datang kesini, korang kena masuk kedalam sebab tak terletak ditepi jalan. Pantai ini pun baru nak popular dalam kalangan pelancong sebab adanya pokok-pokok rhu pantai yang merimbun. Satu spot untuk bergambar yang cantik!
Nak berkelah dan mandi pantai pun sangat sesuai kat sini. Saya suka sebab lokasi ni tak ramai orang dan mendamaikan. Boleh duduk atas pondok yang dibina, kalau ada masa yang lama haritu, nak duduk sampai malam pun takpe.
Siti Nurbaya merupakan sebuah kisah lagenda yang sangat terkenal di Sumatra Barat. Cerita tentang kisah cinta yang tidak berkesampaian sebab Siti Nurbaya telah dikahwinkan secara paksa dengan Datuk Maringgih untuk melangsaikan hutang keluarga dia.
Makan Siti Nurbaya sebenarnya terletak di Gunung Padang. Tapi sebab orang Padang suka dengan tradiri dan sejarah mereka, maka jambatan ini dinamakan sempena dengan nama beliau.
Jambatan ni sebenarnya merupakan laluan utama yang nak ke Kota Lama - Kota Baru Padang, boleh dilalui oleh kenderaan dan juga pejalan kaki.
Rumah Makan Muaro Baru
Nak makan kat Rumah Makan Muaro Baru kena request tau sebab tak ramai pelancong yang datang kesini. Terletak di tepi laut, menjadikan kedai makan ni popular dalam kalangan orang tempatan. Seronok makan tengah hari di tepi laut, dengan angin laut.
Itu belum lagi saya cakap pasal lauk dia yang sedap. Di Padang, masak lomak cili api tu dipanggil gulei. Tapi takde la pedas yang macam kat Malaysia. Lepas tu, kat sini apa-apa menu wajib makan dengan keropok jengkol, rasa pahit-pahit.
Jujur cakap, makanan Padang kat kedai ni antara terbaik yang pernah saya makan. Korang patut cuba ikan bakar berempah dia. Rempah dia rasa macam rempah ayam percik tapi lagi sedap dan pedas. Sambal cili tak payah cakap la, ada macam-macam jenis.
Taman Wisata Perairan: Pulau Pieh
Pulau Pieh merupakan sebuah pulau yang terletak kira-kira 45 minit dari tanah besar Padang yang berkeluasan 39,000 hektar. Pulau ini sebenarnya pulau milik persendirian, tapi sekarang pulau ini sudah menjadi milik kerajaan.
Menariknya disini, kalau korang bernasib baik dan kena waktu dia, korang boleh jumpa penyu dan ikan lumba-lumba dalam perjalanan ke Pulau Pieh.
Baca lagi: Jumpa Penyu & Dolphin di Pulau Pieh, Padang.
Kampung Budaya Limau Manis
Bertuah sangat sebab malam sebelum balik esoknya, kami dibawa untuk makan malam di Kampung Budaya Limau Manis. kampung budaya Limau Manis merupakan satu tempat yang menunjukkan tradisi kesenian dan kebudayaan orang Padang.
Selain daripada dapat makan malam, korang juga akan disajikan dengan persembahan tradisi masyarakat Minang Padang. Ada persembahan Tari Buai, Tari Sampan dan Gendang Tambua Danau Malinjau dan alat muzik tradisi orang Minang.
Rugi pula kalau datang ke Padang tapi tak mencuba menu makanan tradisi dan makan style orang tempatan Minagkabau. Maka, kami diberi peluang untuk merasa sendiri pengalaman makan sambil melihat persembahan Minangkabau.
Makanan semua sedap dan tak sama macam makanan orang Minang di Malaysia. Lauk kat sini lebih pedas dan banyak sebab ada campuran masakan Padang dan Minang.
Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim
Padang memang terkenal dengan keropok ubi deorang. Kalau tanya ke orang tempatan kat sini kat mana nak beli keropok yang sedap dan murah, ramai akan sarankan untuk datang ke Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim.
Ada banyak jenis kerepek, keropok, kek dan makanan tradisi orang Padang disini yang fresh keluar dari kilang. Korang juga berpeluang untuk lihat sendiri proses bagaimana mereka membuat keropok. Kalau lagi bernasib baik, dapat la merasa kerepek panas-panas.
Rambang mata dan perut saya kat kedai ni sebab saya peminat kerepek. Ada kerepek ubi, kentang, pisang, tepung yang macam-macam rasa. Nak tau rasa apa, boleh rasa tester dia.
Silungkang Pandai Sikek Nelvi
Disebabkan Indonesia terkenal dengan produk kain yang murah, maka macam rugi pula kalau tak beli produk kain dia. Kedai Silungkang Pandai Sikek Nelvi banyak menjual barangan yang berasaskan kain songket, sutera dan batik.
Harga kain dan barangan kat sini pun tak semahal kalau korang membeli kain di Bandung. Cuma yang tak best sebab tak dapat tawar menawar kalau beli banyak sebab harga dah tetap.
Saya puji usaha yang diusahakan oleh pihak ASPPI Padang dan Padang Tourism dalam membangunkan industri pelancongan di Padang. Tak sangka Padang ni sebenarnya best dan menarik. Kalau tak percaya, korang boleh datang dan rasa sendiri.
Teringin nak ke Padang? Saya recommend pergi dengan Heritage One Stop Travel sebab mereka tawarkan harga pakej premium dengan harga yang berpatutan.
Facebook Heritage One Stop Travel:
www.facebook.com/HOSTravel
www.facebook.com/HOSTravel
With love,
20 Comments
Rugi kalau tak jelajah habis habisan kan bila dah ke sana.
wah beruntung lah. travel melihat negara org.
nice view and makanan nyer.
makanan padang semua sedap2.
I have not visited Padang before. But I do like Indonesia. Maybe I should visit it next time. bring the family together too hehehe. TQ for sharing