3 Hari 2 Malam di Padang, Indonesia

Hai dan Assalamualaikum semua,

Terima kasih pihak ASPPI Padang dan Padang Tourism dibawah jemputan Heritage One Stop Travel sebab menjemput saya mengikuti FAM Trip ke Padang. Matlamat trip ke Padang ini adalah untuk memperkenalkan produk pelancongan yang baru yang ada di Padang.

Padang yang juga dikenali sebagai Minangkabau memang dekat dengan sangat Malaysia. Kalau naik kapal terbang, dalam 1 jam dah sampai sana.

Tahu tak korang, secara geografik, Minangkabau terdiri daripada bahagian Sumatera Barat, separuh daratan Riau, bahagian utara Bengkulu, bahagian barat Jambi, pantai barat Sumatera Utara, barat daya Aceh, dan Negeri Sembilan kat Malaysia.


Dari Kuala Lumpur nak ke Padang, Indonesia hanyalah mengambil masa lebih kurang 1 jam dengan menaiki pesawat dari KLIA ke Bandar Udara Internasional Minangkabau. Lapangan terbang di Padang ni takde la besar sangat, tapi cantik.

Cantik sebab design kat dalam dia ada elemen Minangkabau.


Hotel Deivan

Hotel Deivan ni dekat je dengan airport, dalam 20-30 minit dah sampai. Sebuah hotel kecil yang selesa, dan lengkap dengan kelengkapan asas seperti tuala, barang mandi, air panas, wifi dan paling penting bagi saya, seterika.

Hotel ini turut menyediakan sarapan pagi kepada orang yang menginap kat sini. Menu sarapan pun boleh tahan masuk tekak Malaysia ni. Ada nasi, mee, kuih dan buah-buahan.



Pantai Air Manis

Pantai Air Manis sebab orang suka datang untuk buat aktiviti laut dan layan matahari terbenam. Nak mandi kat sini saya rasa macam tak sesuai sebab pantai dia besar dan kawasan ni penuh dengan aktiviti ATV.

Nak naik ATV kena bayar dalam Rp 100,000. Selain daripada ATV dan aktiviti lain, korang juga boleh duduk chill minum air kelapa di khemah yang telah disediakan secara percuma sambil menghadap laut.




Batu Malin Kundang

Salah satu sebab lain orang datang ke Pantai Air Manis juga adalah kerana nak tengok batu malin kundang. Kisan malin kundang ni lebih kurang sama dengan kisah teladan si tanggang kalau kat Malaysia, yang dimana orang disumpah menjadi batu.

Kisah teladan malin kundang ini berasal dari Sumatera Barat. Boleh jumpa banyak tinggalan batu yang seolah-olah menyerupai manusia dan kapal. Tak tahu lah samada ni betul malin kundang atau itu hanyalah kisah dongeng saja, tapi scary jugak lah.

So adik-adik, kalau taknak jadi batu, jangan derhaka kepada ibu bapa ye.



Masjid Raya Sumbar

Masjid Raya Sumbar merupakan masjid yang terbesar di Padang. Juga dikenali dengan nama Masjid Mahligai Minang sebab rupa dan senibina Minang, merupakan sebuah masjid yang dibangunkan pada 21 Disember 2017.

Unik sangat. Saya lihat senibina masjid ini yang tidak hanya ada kubah seperti masjid lain, tapi mengekalkan senibina Minangkabau. Even kebanyakan banggunan dan rumah kat Padang pun rekabentuk dia macam kapal Minangkabau ni.




Pantai Pasir Jambak

Untuk datang kesini, korang kena masuk kedalam sebab tak terletak ditepi jalan. Pantai ini pun baru nak popular dalam kalangan pelancong sebab adanya pokok-pokok rhu pantai yang merimbun. Satu spot untuk bergambar yang cantik!

Nak berkelah dan mandi pantai pun sangat sesuai kat sini. Saya suka sebab lokasi ni tak ramai orang dan mendamaikan. Boleh duduk atas pondok yang dibina, kalau ada masa yang lama haritu, nak duduk sampai malam pun takpe.




Jambatan Siti Nurbaya

Siti Nurbaya merupakan sebuah kisah lagenda yang sangat terkenal di Sumatra Barat. Cerita tentang kisah cinta yang tidak berkesampaian sebab Siti Nurbaya telah dikahwinkan secara paksa dengan Datuk Maringgih untuk melangsaikan hutang keluarga dia.

Makan Siti Nurbaya sebenarnya terletak di Gunung Padang. Tapi sebab orang Padang suka dengan tradiri dan sejarah mereka, maka jambatan ini dinamakan sempena dengan nama beliau.

Jambatan ni sebenarnya merupakan laluan utama yang nak ke Kota Lama - Kota Baru Padang, boleh dilalui oleh kenderaan dan juga pejalan kaki.



Rumah Makan Muaro Baru

Nak makan kat Rumah Makan Muaro Baru kena request tau sebab tak ramai pelancong yang datang kesini. Terletak di tepi laut, menjadikan kedai makan ni popular dalam kalangan orang tempatan. Seronok makan tengah hari di tepi laut, dengan angin laut.

Itu belum lagi saya cakap pasal lauk dia yang sedap. Di Padang, masak lomak cili api tu dipanggil gulei. Tapi takde la pedas yang macam kat Malaysia. Lepas tu, kat sini apa-apa menu wajib makan dengan keropok jengkol, rasa pahit-pahit.

Jujur cakap, makanan Padang kat kedai ni antara terbaik yang pernah saya makan. Korang patut cuba ikan bakar berempah dia. Rempah dia rasa macam rempah ayam percik tapi lagi sedap dan pedas. Sambal cili tak payah cakap la, ada macam-macam jenis.



Taman Wisata Perairan: Pulau Pieh

Pulau Pieh merupakan sebuah pulau yang terletak kira-kira 45 minit dari tanah besar Padang yang berkeluasan 39,000 hektar. Pulau ini sebenarnya pulau milik persendirian, tapi sekarang pulau ini sudah menjadi milik kerajaan.

Menariknya disini, kalau korang bernasib baik dan kena waktu dia, korang boleh jumpa penyu dan ikan lumba-lumba dalam perjalanan ke Pulau Pieh.

Baca lagi: Jumpa Penyu & Dolphin di Pulau Pieh, Padang.



Kampung Budaya Limau Manis

Bertuah sangat sebab malam sebelum balik esoknya, kami dibawa untuk makan malam di Kampung Budaya Limau Manis. kampung budaya Limau Manis merupakan satu tempat yang menunjukkan tradisi kesenian dan kebudayaan orang Padang.

Selain daripada dapat makan malam, korang juga akan disajikan dengan persembahan tradisi masyarakat Minang Padang. Ada persembahan Tari Buai, Tari Sampan dan Gendang Tambua Danau Malinjau dan alat muzik tradisi orang Minang.





Rugi pula kalau datang ke Padang tapi tak mencuba menu makanan tradisi dan makan style orang tempatan Minagkabau. Maka, kami diberi peluang untuk merasa sendiri pengalaman makan sambil melihat persembahan Minangkabau.

Makanan semua sedap dan tak sama macam makanan orang Minang di Malaysia. Lauk kat sini lebih pedas dan banyak sebab ada campuran masakan Padang dan Minang.



Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim

Padang memang terkenal dengan keropok ubi deorang. Kalau tanya ke orang tempatan kat sini kat mana nak beli keropok yang sedap dan murah, ramai akan sarankan untuk datang ke Pusat Oleh-Oleh Ummi Aufa Hakim.

Ada banyak jenis kerepek, keropok, kek dan makanan tradisi orang Padang disini yang fresh keluar dari kilang. Korang juga berpeluang untuk lihat sendiri proses bagaimana mereka membuat keropok. Kalau lagi bernasib baik, dapat la merasa kerepek panas-panas.

Rambang mata dan perut saya kat kedai ni sebab saya peminat kerepek. Ada kerepek ubi, kentang, pisang, tepung yang macam-macam rasa. Nak tau rasa apa, boleh rasa tester dia.



Silungkang Pandai Sikek Nelvi

Disebabkan Indonesia terkenal dengan produk kain yang murah, maka macam rugi pula kalau tak beli produk kain dia. Kedai Silungkang Pandai Sikek Nelvi banyak menjual barangan yang berasaskan kain songket, sutera dan batik.

Harga kain dan barangan kat sini pun tak semahal kalau korang membeli kain di Bandung. Cuma yang tak best sebab tak dapat tawar menawar kalau beli banyak sebab harga dah tetap.


Saya puji usaha yang diusahakan oleh pihak ASPPI Padang dan Padang Tourism dalam membangunkan industri pelancongan di Padang. Tak sangka Padang ni sebenarnya best dan menarik. Kalau tak percaya, korang boleh datang dan rasa sendiri.


Teringin nak ke Padang? Saya recommend pergi dengan Heritage One Stop Travel sebab mereka tawarkan harga pakej premium dengan harga yang berpatutan.


Facebook Heritage One Stop Travel:
www.facebook.com/HOSTravel


With love,

Post a Comment

20 Comments

Faeez Azmi said…
Sangat berinformasi dan terperinci! Best write up..
Syamimi Saad said…
Seronoknya berjalan di tempat orang. Dapat tengok keindahan di sana. Air pantainya juga cantik. Warna hijau macam tu..
Rugi kalau tak jelajah habis habisan kan bila dah ke sana.
looks like a great place to visit. Have not been to Indonesia for many years now, I have been so busy with kids. Time to make a travel list, this must go need inform dear of this place.
Illya LeYa said…
Yeah... Lama dah leya tak balik kampung.. Dan makin banyak tempat menarik yg tak dikunjungi. Ok..next.. Nak ajak family balik kampung laa..hee..
Mawardi yunus said…
Teringin nak ke sini. Belom pernah berpeluang lagi nak ke sini. Insyaallah ada rezeki airasia tambang murah nanti nak p la
Keyk Hu said…
Menarik sangat tempat ni sebab banyak aktiviti. Belum pernah lagi jejakkan kaki ke padang. Makanan sini mesti best2 kan. 😍
khai artzfar said…
uish cantiknya masjid dia! unik betul! dah lama teringin nak ke Padang nak cuba makanan dia. kalau dah tempat lain ada nasi padang , mestilah kena cuba yang asli kan? heheeh
AlongMurni said…
Bestnya.. AM xpenah lg sampai d sini. InsyaAllah kalu nak ke sini, AM rujuk entri zayani sbb penuh info dgn maklumat tempat n makanan menarik d padang ni..
adianiez AIDA said…
oh gi dgn kawan2 utk review ye, zayani.
wah beruntung lah. travel melihat negara org.
nice view and makanan nyer.
makanan padang semua sedap2.
Suria Amanda said…
Terima kasih atas perkongsian, banyak bnfo yang Zayani sertakan..bestnya dapat jalan-jalan macam ni kan..Padang antara destinasi pelancongan terbaik di Indonesia
seronoknya dapat pergi Padang. Boleh tahan cantik pantai kat sana. Ada rezeki nak jugak pergi berjalan ke sana. Orang kata jauh berjalan banyak pengalaman kan
Lin Liena said…
seronoknya sis dapat jenjalan travel...pemandangan semua cantik-cantik...makanan pulak nampak sedap...teringin juga nak kesini nanti...
Kayathre said…
Saya pernah pergi padang once. Saya paling suka makanan di sana. Sangat sedap.
Cantik nya amoi :)
I have not visited Padang before. But I do like Indonesia. Maybe I should visit it next time. bring the family together too hehehe. TQ for sharing
dalam banyak2 gambar paling tempting dengan gambar sambal hijau alohhhh kenapa nampak sedap giler hahahahah..suka pegi negara orang sebab banyak kita belajar benda yang baru kat situ
Nadia Johari said…
seronoknya tengok..macam-macam tempat awak pergi ye...tempat malin kundang tu tengok macam real je batu tu kalau org betul..hurmm..pantai tu cantik betul..best juga padang ni ye
Rawlins GLAM said…
Banyaknya lokasi menarik untuk dilawat. Oo... rupanya Malin Kundang serupa kisah si Tanggang ye. Next bawa Rawlins please.
Emi said…
oh kisah malin kundang tu berasal dari padang indonesia la rupanya. Baru tahu. ingat itu kisah dongeng yang tak tahu dari mana hujung pangkal je. rupanya ada betul batu tu
Tak berani derhaka dgn ibubapa. Wajib hormat dan sayang Ibubapa sebaik yg mungkin.
SlumberLady said…
Banyaknya tempat menarik di Padang. Yg batu malin kundang tu macam scary pula.

FOLLOWERS