Belajar Cara Pakai Fake Eyelash dengan Dolly Wink

Hello Beautiful!

Akhir tahun lepas saya sempat sertai Butterfly Christmas Party yang dianjurkan oleh The Butterfly Project Malaysia dengan Dolly Wink Malaysia. Terima kasih Dolly Wink sponsor kami punya Butterfly Christmas Party :) 

Party terakhir tahun 2019 ini diadakan di KAKIYUKI, 163 Mont Kiara dengan tema Kawaii Japan Xmas. Sesuai sangat tema Comel Jepun macam ni sebab lokasi pun di KAKIYUKI. Ramai lah Butterfly yang dress up comel-comel.

Butterfly Christmas Party
Tarikh: 7th Dec (Sat)
Tema: Kawaii Jap Xmas
Lokasi: KAKIYUKI, 163 Mont Kiara



Ini merupakan kali pertama saya ke KAKIYUKI. Selama harini nampak dari luar je, memang comel dan lawa dekorasi cafe ni, cuma tak ada kesempatan nak masuk dan cuma menu dia. Thanks Butterfly Project Malaysia sebab buat kat sini.

Saya suka la deko cafe yang comel dan insta-worthy macam ni Konsep dia macam dalam taman, siap ada replika pokok besar lagi kat sini. Selain daripada nak bergambar dengan menu yang kita order, mesti lah nak ada gambar kita kan, OOTD ke.



Dah lama sebenarnya saya teringin nak rasa Kakigori atau shaved ice cream Jepun yang popular ni.  Ramai cakap sedap dan rasa lain daripada ABC yang selalu kita makan dan porsi dia pun besar. Satu boleh kongsi dalam 2-3 orang.

Ada dalam 10 pilihan untuk Kakigori. Ada yang campur buah-buahan, ada kacang, coklat dan banyak lagi. Harga setiap tu tak sama. Meja kami haritu ada 4 orang, kami order 2 Kakigori sebab nak rasa perisa yang berbeza. Kami cuba Watermelon Kiss (RM17) dan Black Forest S'mores (RM23).

Sukanya saya dengan dua-dua Kakigori ni sebab dua ni ada rasa yang sangat berbeza. Satu dia lebih plain tapi penuh dengan buah, satu lagi sedap gila sebab ada coklat and saya memang gila coklat!



Lagi best, gathering kalini juga ditaja khas oleh Dolly Wink! Wohoo! ^_^. Penuh beg dengan goodies daripada Dolly Wink, ada barang makeup hot mereka seperti eyeliner dan paling excited, Koji Honpo Dolly Wink Easy Lash yang terbaru tu!

Mestilah ada eye lash sebab party ini merupakan eye lash party. Jujur cakap, saya tak pernah pakai falsies (bulu mata palsu), sendiri seumur hidup sebab tak tahu macam mana nak pakai. Satu masa yang saya pernah pakai adalah masa majlis sanding kahwin, 5 tahun lepas.

Alasan saya tak pakai walaupun saya makeup mata ada eyeliner dan eyeshadow, adalah sebab saya tak tahu. Pernah juga cuba, tapi serious macam susah je nak pakai.


Dolly Wink Easy Lash didatangkan dalam pelbagai pilihan, tergantung keperluan dan style korang nak pakai dia. Ada yang khas untuk nampak panjang, ada untuk nampak banyak dan tebal, dan ada juga yang simple nampak ayu macam tu.

Senang cakap, ada dalam 16 pilihan yang korang boleh pilih. Satu kotak yang berharga RM29.90 didatangkan sekali dengan sepasang fake eyelash, gam bulu mata dan kertas arahan. Bestnya, dengan kualiti Dolly Wink ni, fake eyelash ni boleh pakai banyak kali.



Kat party ini, saya tak lepaskan peluang untuk belajar cara macam mana nak pakai fake eyelash/ falsies ni. Sukanya dengan makeup style orang Jepun sebab simple tapi nampak fresh dan natural. Sesuai sangat untuk pakai sehari-harian.

Jujur cakap, masa memula nak pakai tu pening juga nak pakai dia. Nasib baik saya duduk semeja dengan orang yang pandai pakai falsies, dan bila deorang tunjuk dan ajar, dan bila saya cuba, "Eh, senang je rupanya".



Jujur cakap, mudahnya belajar pakai bulu mata palsu Dolly Wink Easy Lash. Bila pakai tu, nampak lebih ayu lah muka saya daripada biasa dan tak rasa berat pun. Makeup masih lagi nampak simple dan yang bestnya Dolly Wink Easy Lash ni dia tak tebal. Dah macam bulu mata real kita.

So sekarang ni, saya kalau pergi event, memang dah selalu juga pakai falsie sebab dah terer dan senang pakai Dolly Wink Easy Lash ni. Paling penting, husband pun suka sebab nampak lawa dia cakap <3 .="" br="">


Untuk newbie macam saya, saya rasa pemilihan jenama dan jenis fake eyelash memaninkan peranan. Masa saya nak cuba dulu, mana saya tahu ada jenis panjangkan la, atau yang tebalkan untuk efek dramatik tu, sebab saya pun tak pakai maskara.

Thanks Dolly Wink sebab create falsie yang mudah untuk newbie macam saya pakai. Serious korang kena cuba pakai Dolly Wink Easy Lash, baru korang tahu eyelash ni macam mana ringan dan lembut.


Harga sepasang Dolly Wink Easy Lash: RM29.90

Berminat nak cuba Dolly Wink Easy Lash? Korang boleh dapatkan secara dalam talian di www.4allbeauty.com atau aplikasi 4AllBeauty atau di mana-mana cawangan Sasa.

Nak lagi diskaun? Download aplikasi untuk dapatkan:
1) Diskaun RM10 untuk pembelian pertama dalam talian,
2) Baucar Hari Lahir,
3) Promosi eksklusif dalam aplikasi.

Facebook: www.facebook.com/DollywinkMalaysia
Instagram: www.instagram.com/kojihonpomy

With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS