Review Menu di Santan Bersama AirAsia Travel Buddies

Hai korang,

Ramai tahu yang saya merupakan seorang Travel Blogger dibawah AirAsia Travel Buddies.

Dalam awal tahun haritu, AirAsia ada menjemput kami blogger untuk makan malam sempena dengan tahun baru di restoran Santan, Mid Valley. Ini merupakan kali pertama saya ke restoran ni sejak dibuka pada Disember 2019 yang lepas.

Excited juga bila menu dalam in-flight AirAsia dah boleh dapat selain daripada dari atas awan. Saya punya personal fav adalah Nasi Lemak dan Nasi Briyani deorang. Kalau naik AirAsia sure pesan antara dua ni. RM10 je pre-booked meal.


Restoran Santan ASEAN terletak di tingkat 1, Mid Valley. Nak cari lokasi dia pun tak susah sebab terletak di Centre Court dan kedudukan restoran ini pun mudah nak jumpa dan strategik.

Masuk je didalam restoran ni, dah nampak konsep restoran yang moden. Sistem pesanan pun pakai kiosk, jadi tak perlu nak beratur macam kay kaunter biasa. Pesan je apa yang korang nak dan bayar dengan wang tunai atau dengan kad.

Kalau tak tahu macam mana nak gunakan kiosk, jangan risau sebab kaunter biasa pun ada buka juga., tapi hanya penggunaan tunai sahaja. Lepas dah order dan bayar, tunggu nombor korang dipanggil, dan ambil makanan. 





Secara keseluruhan, proses nak membeli makanan adalah mudah, dan pantas. Bawah 10 minit dah boleh siap dan makan. Jadi yang tengah lapar tu takde la kena tunggu makanan sampai perut masuk angin. Saya faham perasaan bila tengah lapar, dan makanan sampai lambat.

Disebabkan saya datang atas jemputan dari Kelab AirAsia Travel Buddies untuk makan malam, maka kami dijamukan dengan beberapa menu untuk kami cuba dan review. Senang kata menu yang kami cuba ini merupakan antara yang pilihan hot la disini.


Packaging Makanan:

Saya suka dengan packaging makanan di Restoran Santan ASEAN sebab mesra alam. Mereka pakai kotak kertas, instead of bekas plastik. Sebab konsep makanan di restoran ini diambil dari in-flight meal, sebab tu mereka tak hidangkan siatas pinggan.

Okay juga la, senang orang beli nak tapau bawak balik makan dirumah. Porsi makanan pun lebih banyak daripada yang in-flight meal, tapi harga sama. Tak silap saya kalau korang tempah didalam website Santan, dan datang pickup jadi murah sikit.


Pak Nasser's Nasi Lemak (RM12)

Siapa yang tak suka dengan nasi lemak AirAsia kan? Ramai orang ingat nasi lemak ni Pak Nasser yang buat, tapi sebenarnya itu merupakan nama yang digunakan oleh syarikat Santan untuk naikkan lagi branding nasi lemak mereka.

Porsi nasi lemak, tak kisah samada di restoran atau in-flight meal memang banyak. Kenyang la seorang dewasa makan, unless korang punya selera makan besar macam suami saya. Haha. 

Saya suka dengan kombinasi nasi yang berlemak, sambal dan ayam rendang dia. Rasa sambal di restoran sedikit berbeza dengan yang atas kapal terbang, sebab sambal ni tak pedas sangat macam yang in-flight meal punya.


Nasi Padang Beef Rendang (RM12)

Nasi padang bukanlah menu makanan yang saya suka, tapi tak sangka sedap juga nasi padang di restoran Santan ni. Kombinasi makanan yang disediakan didalam set nasi padang dia yang membuatkan menu ini sedap dan menjadi pilihan ramai.

Dalam nasi padang ni ada nasi putih, sayur rebus, sambal ikan bilis, rendang daging dan sambal hijau. Nak ingatkan kat korang yang menu dalam meal ni pedas, terutamanya sambal hijau dia. Rendang daging dia pedas huga, tapi sedap gila.

Makan satu suap dengan menu ni sure jatuh cinta dengan rasa dia. Siapa yang suka pedas dan nak makan makanan Indonesia, saya recommend cuba Nasi Padang Beef Rendang.


Grilled Chicken Inasal Garlic Rice (RM12)

Tak silap saya, menu ni selalu habis cepat sebab popular dan pilihan ramai. Ayam Inasal merupakan salah satu menu yang popular di negara Filipina. Yang membuatkan sedap dalam menu ini adalah ayam dia yang dah marinate tu.

Ayam Inasal merupakan ayam yang di campur dengan limau kasturi, lada, cuka kelapa dan serbuk annatto, dan dibakar. Secara tradisi dia, dibakar di atas arang, baru sedap. Ayam ini kemudiannya dihidang bersama dengan nasi bawang putih. 


Mee Goreng with Ayam Goreng (RM12)

Dalam banyak-banyak menu yang ada di Restoran Santan di Mid Valley, suami saya paling suka dengan mee goreng ni. Kata dia mee goreng kat sini lagi sedap daripada mamak port kami selalu lepak. Rasa dia padu jugak la.

Ditambah lagi dengan ayam goreng berempah, lagi padu nak makan. Walaupun menu mee, tapi kenyang juga la makan. Saya paling suka sebab mee goreng ini tidak terlalu berminyak. B?arulah healthy sikit lkan.


Fried Chicken with Nam Prik Mayo (RM10)

Ayam goreng ni biasa je macam ayam goreng bersalut tepung, tapi sos Nam Prik Mayo dia yang buat kan menu ini lagi sedap. Sos Nam Prik merupakan menu yang popular di negara Thailand.

Sos Nam Prik Mayo merupakan sos yang dicampurkan dengan sos cili pedas Thai. Yang buatkan sos ni sedap adalah sebab ramuan didalam sos ini, iaitu cili segar atau kering, bawang putih, bawang merah, jus kapur dan paste ikan atau udang.

Jadi bila cicahkan ayam goreng tepung yang ada rasa masin-masin sikit dengan sos Thai ni, baru rasa dia umphh! Nampak putih macam sos bawang putih, tapi pedas dan sedap. 


Onde-Onde Cake & Burnt Cheese Cake

Selalunya korang dengar pasal betapa sedapnya Burnt Cheese Cake saja kan, tapi sebenarnya Santan ada lagi satu kek yang kurang popular tapi sedap, iaitu Kek Onde-Onde.

Onde-onde, yang juga dikenali sebagai buah melaka selalunya diperbuat daripada tepung beras pulut, gula melaka, kepala muda parut dan daun pandan. Dan bayangkan semua ni jadi kek. Rasa kek onde-onde ni sedap betul, dan rasa dia sebijik macam makan kuih onde-onde.

Burnt Cheesecake jangan cakap la, rasa dia sedap, sesuai untuk orang yang tak suka sangat dengan rasa masam keju macam saya sebab rasa keju dia tak kuat. Cheesecake ni lembut, sampai bila masuk je mulut terus cair dan hilang.


Lepas dah kenyang makan semua, kami ada permainan didalam kumpulan. Game ni mudah je, dalam kumpulan, cari seorang wakil untuk buat balik satu menu yang dipilih, tapi dengan mata tertutup. Dalam team saya, sayalah wakilnya.

Menu yang kami kena buat balik adalah Nasi Padang Beef Rendang. Phew, nasib baik mudah je nak letakkan bahan dalam menu tu. Punyalah bising masa sesi tu, seriously tak dengar pun siapa yang cakap sebab semua jerit kat wakil masing-masing.



And tadaa! Siap juga dalam masa yang diberikan. Game ni ada hadiah dia, kami nak kejar la Big Point atau tiket penerbangan percuma. Tengok ni, inshaAllah ada peluang nak menang.

Hasil ini diadili oleh chef yang buat makanan ni sendiri. Beliau tengok dari segi kekemasan, porsi makanan, posisi letak makanan dan kalau katakan ada yang lebih kurang sama dan beliau pening nak pilih, dia akan judge pakai pemberat.


Dan, Alhamdullilah! Team kami dapat nombur 2! Wohoooo. Rezeki dapat tiket penerbangan ke mana-mana lokasi domestik.Yang juara seronok la sebab dapat tiket penerbangan ke mana-mana lokasi antarabangsa.

Takpe, rezeki saya dapat domestik pun dah seronok. Boleh la plan nak re-visit Kota Kinabalu atau Tawau. Pilih Sabah atau Sarawak berbaloi juga la rasa. Nak beli sendiri tiket dekat RM400 jugalah untuk pergi balik.



Overall, seronok sangat gathering kalini. Dapat jumpa dengan ramai orang baru. Rasa kerdil je diri saya bila dapat kumpulan dengan aweks-aweks lawa dan instafemes, tapi deorang sangat sporting, tak sombong dan ramah.

Jemput juga visit IG saya dan kawan dalam team saya untuk tengok apa lagi aktiviti menarik kami masa gathering dan video kelakar yang kami tak sedar kami menang haritu. 

Instagram team kami: Zayani (nzayaniz), Syafiqah (syafiqahhashimxoxo), Yazmin (yazmin.aziz), Erysha (eryshaemyra) dan Irene (irine.xiiaoc).



Waktu operasi: Setiap hari (10AM-10PM)

Santan ASEAN Mid Valley
 F-051, Tingkat 1, Centre Court, Mid Valley Megamall, 
Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur.



With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS