Cybercafe Best & Murah Area Ara Damansara

Hello korang!

Wah, lama saya tak update pasal game. Ramai juga yang tanya saya, masih main game ke tak, jawapannya mestilah masih main. Gaming merupakan salah satu aktiviti saya dan suami untuk mengisi masa lapang.


Selalunya, kami main Dota 2 dan Ragnarok. Ada time nak tukar angin maka main game PS4 pulak. Saya baru je habis main Dragon Ball Z: Kakarot. Best! Sebab itu port dating kami berdua adalah di cyber cafe. Pernah masa dating dulu, dating kat cc sampai 10 jam. Gila! Haha

Haritu masa lepas di kawasan Ara Damansara, terjumpa sebuah cybercafe yang baru je bukak. Kami singgah la sebab rate dia murah dan tempat tu bersih. Korang yang selalu balik kot Eve Suite dari LRT Lembah Subang mesti tahu cybercafe ni.


Terletak di Tingkat 1, Eve Suite, Ara Damansara, cybercafe (cc) baru yang bernama: CS E Sports. Selain daripada komputer yang berteknologi tinggi untuk korang main game, dan layan youtube kat situ, ada jugak port untuk main game Playstation 4 (PS4).

Saya boleh cakap yang harga rate di cybercafe CS E Sports merupakan antara yang terendah setakat ini yang saya jumpa. Memang murah bila nak main di cybercafe murah CS E Sports. Sesuai untuk korang yang suka gaming lama-lama macam kami berdua.

Lagi best, senang je nak akses ke CS E Sports, boleh jalan kaki dari LRT Lembah Subang, atau parking kereta secara percuma di Eve Suite. Fasiliti di cybercafe CS E Sports pun not bad, tandas bersih (penting ni!), siap wifi percuma dan dekat dengan mamak dan kedai serbaneka.


Rate PC Gaming di CS E Sports
RM2: 1 jam
(Ada harga membership yang lagi murah)

Spesifikasi komputer di CS E Sports:

Processor: Intel Core i5 4th Gen Extreme Processor
RAM: 8GB DDR3
MOBO: Asus Gigabyte MSI
Graphic Card: RX560/ 580/ 1050Ti (4GB DDR5)
LCD: LED 23/ 24 Inch

Spesifikasi 30 set komputer di CS E Sports tak sama, ada yang tinggi sikit ada yang rendah sikit, tapi semua lepas je main game tanpa lagging, dengan harga yang murah sangat tu. Masa kami main Dota 2 haritu di CS E Sports pun tak ada masalah, semua okay.


Bukan setakat Dota 2 dengan high resolution je lepas, haritu saya nampak ada budak-budak main game macam CS go, FIFA Online, LoL dan Fortnite pun graphic lawa. Okay je, takde lagging. Internet kat cybercafe ni pun stabil tiada masalah dengan 'ping' didalam game.

Okay, tadi hardware, ni part peripheral hardware pulak. Saya perasan mouse, keyboard dan headset di CS E Sports tak sama untuk setiap komputer. Sengaja pemilik cybercafe buat macam tu supaya pelanggan yang datang kesini boleh pilih jenis macam mana ikut keselesaan.

Macam saya tangan kecik, lagi syok pakai mouse kecil, kalau husband atau lelaki dewasa, boleh pilih komputer dengan mouse besar sikit. Keyboard pun sama. Ada yang jenis qwerty keyboard, Gaming keyboard dan backlit keyboard.




Okay, jom cakap pasal port main Playstation 4 (PS4) yang best dan murah cybercafe di kawasan Ara Damansara.

Rate Harga PS4 di CS E Sports

(1 controller)
RM5: 1jam
RM10: 2jam 30minit  

(2 controller)
RM10: 1jam
RM20: 3jam

Tengoklah rate dia tu murah sangat. Tambah lagi best sebab, di CS E Sports deorang banyak stok game yang baru dan terkini, kalau tak ada, korang boleh request. Kalau ramai permintaan, maka dapatlah korang main.

Game PS4 yang tengah hot sekarang di CS E Sports adalah FIFA20, FIFA19 dan Grand Theft Auto V (GTA V). Jangan risau kalau datang tapi tak dapat main, sebab ada 10 set PS4, so inshaAllah ada kosong untuk korang main.



Saya tak pernah sebenarnya main FIFA sebelum ni, kalini baru ada peluang nak cuba. Sempat juga la kami suami-isteri lawan sesama sendiri. Faeez power control bola dalam team, saya pula power masukkan bola masa penalti kick.

Seronok juga dapat luangkan masa chill macam ni di CS E-Sports. Lokasi bersih dan selesa. Dengar kata, owner nak jual makanan ringan sekali nanti. Ok, siap la kami berkemah kat sana setiap hujung minggu macam ni. Haha.



Apa yang saya suka dengan pengalaman saya cybercafe-hunting kali ini adalah sebab cybercafe CS E-Sports sangat bersih. Pertama kali seumur hidup saya masuk cybercafe kena buka kasut, sebab itu cc ni bersih, tandas pun bersih je.

Bukan itu saja, dengan harga rate cybercafe yang sangat murah, terutamanya di kawasan Damansara. Siap ada free wifi lagi untuk korang. Tambah lagi, staff sangat ramah. 5 bintang saya bagi kat CS E-Sports walaupun tempat ni baru saja beroperasi tak sampai setahun.



CS E-Sports terletak berdekatan dengan LRT Lembah Subang.

Waktu operasi:
Setiap hari (9.30AM- 12.30AM)

CS E-Sports
Eve Suite, Jalan PJU 1A/41, Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Facebook: www.facebook.com/CS-E-Sports-108855890465153
Instagram: www.instagram.com/csesportsmy


Till then,

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Last main game PS3 dengan abang dan adik masa masih belajar dulu-dulu. Kah! Sejak membusykan diri ni, macam dah lama sangat tak main game. Rasa macam dah tak tau kot.. Ok.. sejam RM2 memang murah dan puas hati.. Terbaeekkk!!!

FOLLOWERS