Makan Egg Salted Meal Set di Marrybrown Malaysia

Hai dan selamat sejahtera korang!

Apa khabar? Lepas lebih kurang 3 bulan tak keluar rumah sebab perintah kawalan pergerakan (PKP), maka haritu saya ajak suami untuk keluar cari barang sikit lepas perintah kawalan dilonggarkan. Masa lepak kat mall haritu, jumpa pulak Marrybrown (MB).

Menu Marrbrown best dah sekarang, banyak pilihan menu. Saya suka dengan ayam goreng dia. Lama tak dating, maka saya ajak suami dating makan kat sini. Haritu pun ada menu yang baru keluar , Salted Egg Meal Set. Harga set bermula dari RM15.00.

Saya perasan, restoran Marrybrown dah makin naik kat Malaysia. Makin banyak cawangan restoran yang dibuka. Menu pun banyak, best dan sedap. Harga pun okayla, standard harga fast-food.

Cakap pasal kemajuan Marrybrown, tak sangka yang mereka ada lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara. MB juga terkenal dengan standard penyediaan makanan yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan.



Selalunya kalau di Marrybrown, saya suka dengan ayam goreng dia. Saya rasa rempah yang mereka pakai special sebab ada rasa rempah ayam goreng yang tersendiri. This time, kami nak cuba pula Salted Egg Meal Set yang ada Salted Egg Ayam dan Salted Egg Burger.

Tengok gambar kat bawah. Gambar pertama adalah gambar "Expectation" dan gambar kedua bawah dia adalah gambar "Reality".  Tak beza sangat kan? Apa yang kita order nampak sama dengan apa yang mereka iklankan. Nice.


  

MB  Salted Egg Ayam
Rating saya: 4/5 Bintang.

Masih lagi menggunakan ayam goreng signature MB yang saya suka tu, tapi kalini dengan tambahan sos  telur masin Marrybrown. Rasa sos ni special dan lain daripada kebanyakan restoran lain sebab ada gabungan rempah ratus istimewa.

Paling rare sekali, rasa sos itu bukan setakat rasa biasa sos telur masin, tapi ada rasa pedas-pedas manis. So tak adalah rasa bosan telur masin macam tu. Rasa telur masin dia pun tak rasa macam setakat pakai paste yang powder, tapi rasa homemade. Sedap.

Kombo hidangan Salted Egg Ayam dihidangkan bersama dengan kentang lenyek dan salad serta minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea.

Harga Salted Egg Ayam 
2 Ketul Ayam bermula dari: RM15.90
3 Ketul Ayam bermula dari: RM 18.80



MB Salted Egg Burger
Rating saya: 3.5/5 Bintang.

Kalau saya suka ayam goreng telur masin dia, maka suami saya suka pula dengan salted egg burger dia. Puas hati makan satu set burger ni sebab porsi makanan yang besar dan ayam besar. Sos dia pula rasa telur masin, dengan rempah dan aroma kari yang pedas-pedas macam tu.

Set burger ni besar, kalau saya pegang memang penuh kedua belah tangan nak pegang burger sebab besar. Dengan ayam goreng dia lagi, bukan patty ayam biasa tau.

Kombo hidangan Salted Egg Burger dihidangkan bersama dengan french fries/ kentang jejari dan minuman Heaven and Earth Ice Lemon Tea.

Harga Salted Egg Burger 
Bermula dari: RM 15.00



Dah rasa MB Salted Egg Burger ni baru teringat yang haritu burger ni viral pasal sos dia. Bagi saya sos dia banyak juga yang dia letakkan. Sesuai dengan porsi ayam dan set tu. Kalau banyak sangat pun nanti jadi muak pula.

Tapi kadang-kadang benda macam ni ikut outlet juga. Semua kedai pun mesti ada lain sikit daripada outlet mereka. Yang penting kalau tak puas hati, pergi je minta tukar dengan yang lain. Staff takkan marah pun, saya dah pernah buat.

 

Korang jangan lupa untuk cuba kedua-dua menu terbaru daripada Marrybrown tau. Bagi saya berbaloi cuba menu ni. Menu terhad ni, karang habis masa dan stok saya tak dapat nak bantu dah ya.

Boleh walk-in beli do restoran Marrybrown atau pesan saja untuk delivery dalam talian.


Marrybrown Malaysia 
Facebook: www.facebook.com/MarrybrownMalaysia
Instagram: www.instagram.com/marrybrownmy
Delivery: mbdelivery.com.my

Till then,

Post a Comment

1 Comments

Amirul melaka said…
Lama tak makan mb 😋

FOLLOWERS