Jumpa Pakar Orthotik di JennOrtho, Mid Valley

Hello korang!

Apa khabar? Selalunya kalau cakap tentang kesihatan, ramai orang asyik ingat tentang kesihatan diri dan dalaman saja. Ramai orang tak tahu yang kesihatan fizikal juga sangat penting terutamanya kesihatan kaki kita.

Terutamanya untuk orang yang ada masalah sakit tulang belakang macam saya, penting sangat pemakaian kasut dan tapak kasut (insoles) yang betul dan selesa. Badan nak pakai lama, bukan setahun-dua sahaja kan.

Sekarang orang yang tinggal di kawasan Mid Valley dah boleh dapatkan kasut dan tapak Orthotic yang khas dibuat/customize mengikut keperluan tapak kaki korang di JennOrtho, pakar tapak kaki dan sendi tulang anda.




Sebelum ni saya pernah kongsi dengan korang yang saya ada buat pemeriksaan kaki di Sunfeet International Rehab Centre yang terletak di Petaling Jaya. Kalau korang nak baca, ini link:
www.nurulzayani.com/2018/01/tahu-tak-kita-semua-ada-masalah-kaki.html.

Untuk pengetahuan korang, perbezaan antara dua ini adalah: Sunfeet International Rehab Centre lebih kepada konsep pusat rehabilitasi, manakala JennOrtho pula lebih kepada konsep store kedai yang korang boleh datang dan beli kasut untuk terus pakai.



JennOrtho terletak di Tingkat 2, North Court di Mid Valley. Sempena dengan pembukaan, JennOrtho ada buat promosi potongan diskaun sehingga 50%! Bukan itu sahaja, korang juga dapat konsultasi secara percuma dari pakar analisa.

Dan kalau korang datang pada hari Ahad pula, dapat konsultasi secara personal dan percuma dengan Dato Dr Edmund Lee yang merupakan pakar orthotic di Asia. Saya memang suka dengan konsultasi dari Dr Edmund, sangat informatif.



Masuk je sini mestilah saya nak buat yang check kaki secara percuma tu sebab memang saya ada sakit belakang sebab masalah tulang. Nak juga tahu apa lagi yang saya boleh buat untuk membantu masalah tulang saya. Kotla dengan insoles boleh mengurangkan sakit.

Rupanya memang boleh. Terus saya buat scan kaki percuma di JennOrtho. Siap dengan konsultasi lagi. Pakar tapak kaki akan terangkan kepada korang, apa yang korang boleh buat untuk bantu mengurangkan ketidakselesaan dan salah satunya adalah dengan mencuba biomechanic insole.




Alang-alang dah buat untuk diri sendiri dan pemeriksaan pun percuma sahaja, makanya suami pun cuba sekali untuk tahu tentang kesihatan kaki dia. Tak sangka yang tapak kaki suami lagi teruk daripada saya. Tapak kaki dia lebih "flat foot", tapi sebab dia selalu aktif, maka dia sihat daripada saya.

Walaupun badan tak sakit, masih lagi penting untuk jaga kesihatan kaki sebelum sakit. Kan mencegah lebih baik daripada merawat. Lagipun memang suami ada sakit kaki kadang-kadang, cuma tak selalu macam saya.



Selepas konsultasi, korang akan diterangkan samada korang memerlukan tapak kasut/ insole ataupun tidak. Lepas tu korang boleh la fikir samada nak beli orthotic insole sahaja atau dengan kasut. Insoles tu boleh je nak pakai dekat kasut yang lain.

Semua tapak kasut/ insoles di JennOrtho dibuat di Jerman. Kasut ini direka khas selepas diselidik dan diuji oleh Dr Edmund sendiri. Berbaloi la beli kat sini sebab kasut ni semuanya "Orthotic Approved".

Harga kasut di JennOrtho bermula dalam lingkungan harga RM300 keatas. Saiz kasut pun banyak. Saiz kasut paling kecil saiz 26 sampai lah saiz yang paling besar 44. Bukan senang nak jumpa kedai kasut yang ada jual saiz kasut untuk kaki besar.


Kalau korang tak tahu apa itu insoles atau tapak kasut dan macam mana rupa dia, boleh tengok contoh gambar di bawah. Yang ini merupakan insoles yang ready-made. Ikut jenis tapak kaki korang, kalau yang teruk dan kes special tu, maka mereka akan buat insoles khas untuk korang.

Selalunya orang yang kena buat insoles khas adalah orang yang ada masalah tapak kaki yang serius seperti masalah flat feet, kencing manis (sengal kaki), plantar fasciitis, bursitis, dan arthritis. Pemakaian insoles yang betul mampu membantu mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan penggunanya.




Banyak juga design kasut yang lawa-lawa. Kalau pakai mesti orang tak tahu yang kita pakai kasut kesihatan untuk kaki. Bukan sahaja ada kasut untuk dewasa lelaki dan perampuan, malah kasut untuk kanak-kanak pun ada.

Sesuai sangat beli untuk anak. Budak-budak lagi kena jaga daripada kecil supaya kesihatan kaki terjaga baik untuk sampai dewasa. Kalau tahu masalah dari kecil, boleh rawat awal-awal, kang dah besar macam saya susah nak rawat sebab tulang dah keras.




Korang jangan lepaskan peluang untuk dapatkan khidmat konsultasi percuma tentang kesihatan kaki. Mana tahu sakit kaki atau pinggang yang korang rasa normal itu sebenarnya tidak normal dan boleh menjejaskan kehidupan seharian korang.

Meanwhile, saya nak fikir kasut mana yang saya nak beli ni. Rambang mata tengok design kat sini. Lagi pening nak pilih sebab semua selesa bila pakai.



Waktu operasi:
Setiap hari (10AM-10PM)

JennOrtho
S011 2nd Floor, Mid Valley Megamall,
Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.
Contact: 013-669 8111

Instagram: www.instagram.com/jennorthoworld
Facebook: www.facebook.com/jennortho

With love,

10 comments:

  1. sakit tulang belakang ni kekal kan? jadi memang penting untuk pemilihan kasut kan.. supaya boleh selesa dgn condition diri sniri.

    ReplyDelete
  2. Bagusnya lahai kita tau apa yang sesuai dan baik untuk kaki kita..kalau tak main pakai aje kan, kesannya tumit semua sakit...Johor ada tak ye...

    ReplyDelete
  3. dah banyak baca pasal jennortho ni. nanti nak try gak la. kaki barai hiking back to back. thanks sharing

    ReplyDelete
  4. hari tu ada terbaca jugak pasal JennOrtho nih , harga mahal sikit takper janji baik untuk jangka panjang kesihatan ...memang ada cadang nak beli sepasang sebab masalah tumit ...mesti syokk pakai nanti

    ReplyDelete
  5. Baguslah ada tempat untuk pemeriksaan kaki dekat Midvalley. Ramai memandang enteng akan kesihatan kaki. Walhal kaki sangat penting dan perlu dijaga utk kelangsungan hidup.

    ReplyDelete
  6. Bagus bila dapat buat pemeriksaan kaki kat sini. Kita boleh kondisi kaki dan cara rawatannya

    ReplyDelete
  7. Perkongsian yang sangat bagus tentang penjagaan kaki dengan jenama ni. Boleh lah beli nanti untuk penjagaan kaki..

    ReplyDelete
  8. teringin nak jumpa pakar othotik jugak untuk anak ciktom..sebab OT ada recommend try pergi check kaki anak mcm flat foot..so kena cari kasut yg sesuai..maybe ciktom blh try ke sini je nanti..tq

    ReplyDelete
  9. bagus lah ada kasut untuk menjaga kesihatan ni...sebab kita ni penyakit byk bermula dari kaki, kaki ni lah yg byk kena buat kerja kan! :)

    ReplyDelete
  10. Thanks for sharing :) bagus juga ya dapat check kaki and pilih kasut yang sesuai hee

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^