Trip Pahang: Ikan Patin Tempoyak Sedap di Temerloh

Hello korang!
 
Siapa kat sini peminat masakan popular Pahang, "ikan patin masak tempoyak"? Selalunya, kalau korang teringin, kat mana korang akan makan masakan ni? Kalau saya, mestilah suka dari Temerloh, Pahang yang sangat popular dengan menu ini.

Kalau teringin nak makan ikan patin tempoyak original dari temerloh, boleh la drive atau naik bas ke Temerloh. Kat sini memang banyak sangat restoran yang jual ikan patin tempoyak terutamanya di sekitar Sungai Pahang. 
 
Kalau rambang perut nak pilih mana, saya cadangkan untuk korang cuba menu ikan patin di Seri Semantan Cafe, Hotel Seri Malaysia Temerloh, Pahang.
Temerloh merupakan sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh merupakan bandar kedua terbesar dari segi pembangunan di Pahang selepas Kuantan.
 
Nak datang Temerloh senang je dari Kuala Lumpur. Dengan jarak lebih kurang 130km, korang boleh ikut melalui E8 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak, yang akan mengambil masa dalam 1 jam 40 minit untuk sampai di pekan Temerloh.
 
 

 
 
Hotel Seri Malaysia Temerloh
Lot PT 370/6/92, Jalan Hamzah, 28000 Temerloh, Pahang.
Contact: 09-2965776

Hotel Seri Malaysia Temerloh memang berada di tengah-tengah bandar Temerloh. Dengan lokasi yang sangat strategik, yang berada di antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang, korang boleh dapatkan menu ikan patin yang fresh kat sini.
 
 
 
 

 
Trip kami sengaja singgah ke Temerloh untuk rasa menu masakan ikan patin yang ada di Hotel Seri Malaysia Temerloh sebab dengar review banyak yang cakap sedap. Kafe Seri Semantan punya makanan pun sedap-sedap belaka.

Kami tidak berkesempatan untuk tidur di Hotel Seri Malaysia Temerloh, tapi sempat makan tengah hari dengan menu istimewa masakan ikan patin Temerloh. Antara 4 menu special ikan patin yang kami cuba adalah:

🐟 Patin Tempoyak Seri Malaysia ★★★★★
🐟 Patin Deep Fried ★★★★★
🐟 Patin Steam Limau ★★★★★
🐟 Pais Patin ★★★★★
 
Serious tak tipu, memang menu kat sini semuanya sedap-sedap sangat. Sampai saya yang tak makan banyak ni pun tambah nasi sebab nak makan dengan lauk ikan patin masakan di Seri Semantan, Hotel Seri Malaysia Temerloh.

 
 
Rombongan kami juga bertuah sebab ada Chef Shamsul yang sudi demo dan ajar cara untuk masak menu Ikan Patin Tempoyak style Seri Malaysia. Rupanya tak adalah complicated sangat nak buat, cuma perlukan bahan yang betul, dan sedap la jadinya.
 
 

 
  
Lagi bertuah, kami juga dihidangkan dengan menu makan tengah hari secara hidang atas meja untuk makan bersama dengan rombongan kami haritu. Kami dihidangkan dengan sayur campur, ayam berempah, daging gulai kawan, dan more ikan patin tempoyak!
 


bersama Hasif dari Gaya Travel dan blogger di www.hasifhamsyari.com

Lepas penat makan, kami tour sekejap nak tengok bilik yang ada di Hotel Seri Malaysia Temerloh tengok bilik yang ada. Layout bilik lebih kurang dengan kebanyakan bilik yang HSM tawarkan, sebab ini merupakan layout standarad mereka.

Cuma cawangan HSM Temerloh ni macam baru sikit. Banyak barang dan perabot pun elok lagi dan nampak moden berbanding dengan HSM Kuantan yang saya stay haritu.



 
Macam biasa, tak sah kalau Hotel Seri Malaysia kalau tak ada bilik mesyuarat atau ruang untuk adakan aktiviti dan majlis. Sama juga disini, HSM Temerloh ada 5 meeting rooms:

✏ Semantan Perdana: Muat dalam 40-280 orang.
✏ Jelawat: Muat dalam 25-100 orang.
✏ Juara: Muat dalam 20-70 orang.
✏ Patin 1: Muat dalam 20-50 orang.
✏ Patin 2:  Muat dalam 9-20 orang.

Bilangan orang yang muat masuk adalah bergantung kepada jenis set up didalam bilik ni. Korang boleh pilih untuk setup secara class room, U-shape, theater dan roundtable.


Alang-alang berada di Temerloh haritu, masa dalam perjalanan nak balik, kami sempat singgah di satu kafe menarik yang ada di Jalan Maran, Batu 4 Temerloh. Kafe ini diberikan nama Warong Selai yang berkonsepkan warung kafe.

 
 
📍 Warong Selai (waze ‘Warong Selai’)
Lot 4172, Jalan Maran, Batu 4, 28000, 28000, 28000 Temerloh, Pahang.
Contact: 0123501032.
 
Dengan konsep warung kafe, kedai ini menghidangkan pelbagai menu hidangan berat hingga hidangan roti, pastri dan kek yang sedap. Warong Selai bertemakan 'vintage stye', diusahakan oleh pasangan suami isteri, Mat Kamal & Kaka Fairy. 
 
Warong Selai menghidangkan pelbagai menu dari makanan trasidi dan makanan tempatan serta makanan barat. Harga untuk makanan disini memang mesra poket dan sangat berpatutan. Makanan dan minuman yang dihidangkan pun sangat sedap.
 
Waktu operasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP):
Buka setiap hari kecuali Isnin: 8.30AM-5PM
 

 
 
Saya suka dengan vibe yang ada di Warong Selai. Walaupun mereka potreykan tema vintage dengan perhiasan barangan lama zaman dulu-dulu, tapi sekeliling warong ini nampak sangat mendamaikan dengan banyak pokok dan tumbuhan yang ada.
 
Dekorasi yang sangat simple, tapi sangat menarik. Datang ke warung ni feel dia memang chill je dan suasana pun tak rasa macam kat bandar. Paling best sekali, setiap penjuru Warong Selai merupakan port untuk bergambar. Banyak gambar lawa yang boleh ambil disini.

 
 

 

 
Walaupun lokasi Warong Selai ni tepi jalan, tapi jalan ni tak ada banyak kereta sangat, so tak ada la bising ke apa. Cuma masih lagi kena berhati-hati sebab kenderaan yang lalu kat sini memang laju. Korang pun boleh parkir tepi jalan je, so free parking XD

Saya paling recommend pastri dan kek yang deorang juak sebab sedap sangat. Satu potong Brownies dalam RM5, saya siap beli dan bawa pulang beberapa potong kek sebab balik nak bagi suami rasa. Benda sedap, kena la share kan.
 

 
 
 
 
Entry ini diterbitkan khas sempena dengan FAM Trip 3H2M Hotel Seri Malaysia Kuantan-Temerloh pada 18 – 20 September 2020 anjuran Gaya Travel dan Hotel Seri Malaysia (HSM). Thank you team yang best dan 'bising' dalam trip ni :)

 
Hotel Seri Malaysia Temerloh
Lot PT 370/6/92, Jalan Hamzah, 28000 Temerloh, Pahang.
Contact: 09-2965776

Website: www.serimalaysia.com.my/my
Facebook: www.facebook.com/hsmtemerloh
Instagram HSM: www.instagram.com/rangkaianhotelserimalaysia
Instagram HSM Temerloh: www.instagram.com/hsmtemerloh
 
 
Baca lagi tentang Trip Pahang:

 
Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

12 Comments

Cik Min said…
Lom pernah try warung selai tu. Nnt balik sana leh la try. Sbb bila mmg org pahang ni, bila blk mmg jarang nk makan kat luar hahha masak sendiri je biasanya so leh la try nnt
Cekgu Norazimah said…
Kalau ke Temerloh memang wajib try ikan patin masak tempoyak ni, alahai, sedapnya!
el said…
aduii dah lama tak makan patin tempoyak..apa2 jer lah yang bertempoyak..sedapnya mmg fav sis ni..dekat HSM kat pahang jer ke ada patin tempoyak ni..branch penang ada buat ke..kalau ada boleh terjah hihi
Bae Roslan said…
sedapnyaaaa patin tempoyak. pernah makan kat seri malaysia ni tapi patin ni belum try.
Hanny Abdullh said…
Kalau dh boleh merentas, nanti sis nak pergi lah kat sini..nak try patin tempoyak dia
Rawlins GLAM said…
Lamanya tak stay Hotel Seri Malaysia. Nie kalau tunjuk kat kawan, mesti dia gigih sebab nak makan patin tempoyak
Sis Lin said…
Ya rabbi sedapnyaa ikan patin tempoyak, peberet Sis ni..pantang nampak, tak sangka dalam hotel ada sediakan menu ni.. JB pun ada Hotel Seri Malaysia, nanti nak cuba gak la nengok kot ada..
Ya ampun. Lama X ikut trip. Bestnya.. ikan Latin Tu nampak Segar betul
wow didn't know Termeloh has such a nice places and food! The ikan patin masak tempoyak looks so delicious la
Ruby said…
Akak cari Ikan Patin Tempoyak kat R&R temerloh dan Goban Maju. Sedap uolsss. Kalau hotel punya masakan lagi lah terangkat! Nyummm nyummm.
SalinaJohari said…
Suka tengok geng makan patin masak tempoyak. Sal tak makan tapi nak sharing dengan kengkawan yang kaki patin ni. Rindunya la hai nak lepak makan kat warung. Lama dah tak bawak anak² ngeteh makan luar
saidila said…
Aduihh rindunya nak travel ke Pahang . Kalau sebut pasal ikan patin , memang patin temerloh tak ada tolok bandingnya . Memang tak akan makan patin dari tempat lain selain yang datang dari Pahang.

FOLLOWERS