Bermalam di Casugria Boutique Residence, Melaka

Hello korang,

Kalau pergi Melaka, tak sahlah kalau tak singgah atau check in memana hotel/ homestay yang bercirikan Sejarah. So, kalau korang macam kami yang suka menginap di homestay yang bercirikan sejarah di Melaka, boleh check out Casugria Boutique Residence.

Casugria Boutique Heritage Residence 1810 yang terletak di Bandar Hilir merupakan sebuah homestay yang telah dibina sejak dari tahun 1810 lagi dan pernah didiami oleh orang berpengaruh dan berpangkat Burgher dari Belanda.

Rumah ini diberikan nama "Casugria" atau nama penuhnya 'Casa Sesugadu Alegria' yang membawa maksud Rumah Kepuasan dan Kegembiraan (House of Contentment and Happiness) dalam bahasa Portugis.
 

Rumah ni memang kat tengah-tengah Melaka Raya so lokasi tak adalah susah nak jumpa, tapi sebab pintu masuk dia macam tertutup sikit dan ada selekoh, so orang senang nak terlajak. Even kami pun terlajak haritu, nasib baik ada Waze.

Korang boleh refer gambar kat bawah. Dari Dataran Pahlawan/ Melaka Parade tu, terus sahaja ikut gps. Nanti akan jumpa lorong masuk untuk parkir kereta berdasarkan gambar kat bawah.
 

 
Kedatangan kami disambut oleh pemilik Casugria Boutique Residence, Encik Sam dan isteri Puan Natasha. Friendly sangat pasangan ini. Siap ada hidangkan kuih muih untuk minum petang.

Masa sampai tu, memula ingatkan tempat ni biasa-biasa je, tapi sekali dah masuk pintu masuk, terus teruja dan rasa kagum dengan senibina  Casugria Heritage Residence ni. Walaupun tempat dah lama, umur dah lebih daripada 200 tahun, tapi masih lagi baik dan cantik dijaga.

Seriously, masuk je dalam kawasan residence ni, rasa lain sangat dengan kat luar. Totally macam berada di negeri lain dan masa yang lain. Haha. Sesuai la dengan sejarah berada di Melaka.
 

 
 
Rumah ni juga pernah didiami oleh Gabenor Belanda semasa zaman pemerintahan Belanda di Melaka pada tahun 1641 hingga 1824 dahulu. Banglo Casugria Boutique Residence juga merupakan satu-satunya Banglo Belanda yang tinggal diseluruh Melaka.
 
Ada 4 bilik atau banggunan rumah yang korang boleh pilih di Casugria Boutique Residence tergantung kepada berapa ramai yang nak tidur kat sini. Macam kami sebab ramai haritu, maka kami ambil bilik rumah jenis nombor 3.

🏠 Bilik tidur 1: 1 katil king
🏠 Bilik tidur 2: 1 katil king, 1 katil single
🏠 Bilik tidur 3: 1 katil queen, 3 katil single
🏠 Bilik tidur 4: 2 katil single
 
 
Bilik nombor 3 ni sebenarnya ada 1 katil queen dan 3 katil single jadi sesuai lah untuk 4 orang dewasa, tapi ada lagi extra tempat tidur untuk 3 dewasa kat sini, cuma bukan katil tapi macam sofa bed style. Jadi kalau datang ramai-ramai bilik ni paling sesuai.

Sesuai dengan ramai orang dalam bilik ni, tandas pun ada 2. Lepas tu, ada bilik kecik kat dalam ni yang memuatkan 2 katil single. Masa trip kami perempuan 2 orang tidur kat dalam ni, geng lelaki tidur kat luar jadi terjagalah aurat semua.
 


 
Seronoknya lagi, kat sini siap ada dapur dan pantry untuk korang masak makanan ringan atau nak buat minum sambil borak. Kawasan ni besar, dan betul-betul depan bilik kami. Tak payah pakai selipar pun nak lepak kat sini sebab dekat sangat. Haha.

Untuk Muslim pula, tak payah risau pasal status pinggan dan cawan samada dah samak dan bersih untuk digunakan ke belum sebab kat sini makanan non-Halal memang tidak dibenarkan. Penginap kat sini pun so far memang takde bawa makanan non-Halal kat sini kata En Sam.
 
 
 

 

 
Masa petang tu, lepas dah rehat-rehat kejap kami pun mandi di swimming pool kat sini. Awesome sangat pool ni sebab bukan air paip klorin semata-mata, tapi pakai air garam alami. Adalah tersedak tertelan, memang betul air masin.

Chill lah kat sini sebab tak ramai sangat orang lepas tu bilik pun jauh-jauh. Permandangan sekeliling  Casugria Boutique Residence pun lawa kemain. Setiap port mesti lawa nak ambil gambar buat stock upload kat Instagram.

 
Bilik tidur memang selesa. Kelengkapan basic macam tuala pun okay la lengkap. Bilik pun penuh dengan barang sejarah dan dekorasi memang feel authentic habis.

Sarapan disediakan secara percuma. Walaupun menu simple, tapi sedap dan kenyang makan. Sarapan disediakan oleh makcik India tempatan. Boleh la makan tosai original air tangan orang local sini. Ada juga American breakfast dan pastry lain kalau nak makan.
 

 
 
 
 
Casugria Boutique Residence
117, Jalan Parameswara, 75000 Bandar Hilir, Melaka.
Contact: 012-326 6089 (Sam)

______________________________________________
 
 
Memandangkan masa ni dah berapa hari travel, selalunya kulit muka saya akan mula lah nak buat hal. Nasib baik sebelum trip haritu Kak Teh daripada Dr Beau ada bagi Pure Natural Skin Oil ni untuk cuba pakai. Packaging dia pun cute je nak bawa travel.

Saya memang pakai setiap malam sebelum tidur untuk kekalkan kelembapan kulit. Best la juga, soft, tak terlalu berminyak dan paling best bau pun wangi. Korang boleh la cuba. Buat makeup base untuk kulit kering pun best.


Dr Beau Malaysia
Facebook: www.facebook.com/drbeaumalaysia
Instagram: www.instagram.com/drbeau_official

 
 
 
Travelogue ini ditaja oleh Dr Beau Malaysia dengan kerjasama bersama Borak TV Production (#TravelogueMalaysia) dan Tourism Melaka.

Jemput baca trip Melaka saya yang lain:-


With love,
 

Post a Comment

6 Comments

Ezna Khalili said…
Nampak macam cantik je tempat tinggal ni. Macam rumah lama tapi diberi nafas baru. Bagus la tak bawa makanan yg tak halal ke sini.
Klasik dan unik tempat ni. Lamanya x pergi Melaka.. rindu nak jalan sana
Rawlins GLAM said…
Berkenan betul Rawlins dengan rumah lama gini yang revamped - memang nampak homey
Kitkat Nelfei said…
Lamanya tak jejak kaki kat Melaka since PKP... Nanti pergi boleh try this us place la...
Ruby said…
Suka pula tengok tempat ada pokok pokok dan pinggan mangkuk stail camtu. Unik. Makanan pun nampak okay. Nanti nak ke Melaka, bleh la ke sana. Jimat duduk kat Boutique Hotel.
Zaza Azman said…
Fuh best nih. Nanti bila dh boleh merentas boleh la ajak kawan2 lepak sini.

FOLLOWERS