Pengalaman Ke Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park, Melaka

Assalamualaikum dan hai korang!

Taman Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park yang terletak di Melaka, Malaysia mempamerkan reka bentuk seni bina rumah yang ada didalam 13 buah negeri di Malaysia dan juga seni bina rekaan rumah di 9 negara ASEAN. 

Tarikan utama disini adalah replika rumah tradisional negeri di Malaysia dan negara ASEAN yang dimana mempamerkan rekaan seni bina yang tersendiri. Bukan sahaja seni bina yang menarik, malah rumah-rumah ini turut dihiasi dengan barang lama dan antik tradisional.
 
Taman Mini Malaysia dibuka pada 17 Julai 1986 manakala Taman Mini ASEAN yang dibuka pada pada 3 September 1991 oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lama jugak dah ada tapi ini merupakan kali pertama saya ke sini.
   

 
Jangan lupa untuk tengok persembahan tarian kebudayaan disini. Masa kami sampai dalam tengah haritu just nice pula timing dengan persembahan kebudayaan. Persembahan ini mengambil masa dalam lebih kurang 10-15 minit macam tu.

Waktu persembahan kebudayaan:
Lokasi: Pentas Teja, Mini Malaysia Melaka.
Isnin- Khamis: 11AM & 2.30PM
Jumaat- Ahad & Cuti awam:  11AM, 2.30PM & 4PM
 

 
Jujur cakap, walaupun nama taman ni 'mini', tapi keluasan taman ni bukan mini sebab besar sangat. Lepas tu siap ada kawasan yang macam bukit sikit. Pesan saya, sila lah pakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk berjalan jauh.

Untuk mereka yang cepat penat bila berjalan jauh macam saya dan suami, e-bike ni memang wajib sewa. Berbaloi sangat sebab sangat membantu dan jimat masa kami untuk explore seluruh taman. Satu e-bike boleh naik 2 orang, kira okay la juga harga dia.
 
Sewa e-bike di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park:
RM25.00 (30 minit)
RM45.00 (60 minit)
 

 
Antara replika rumah tradisional Malaysia dan ASEAN yang korang boleh jumpa disini adalah:
 
13 Rumah Mini Malaysia:
🚩 Rumah Bumbung Panjang Perlis
🚩 Rumah Bumbung Panjang Penang
🚩 Rumah Bumbung Panjang Kedah
🚩 Rumah Bumbung Panjang Perak
🚩 Rumah Bumbung Panjang Selangor
🚩 Rumah Bumbung Panjang Negeri Sembilan
🚩 Rumah Bumbung Panjang Melaka
🚩 Rumah Bumbung Lima Johor
🚩 Rumah Bumbung Panjang Kelantan
🚩 Rumah Bumbung Lima Terengganu
🚩 Rumah Bumbung Panjang Pahang
🚩 Rumah Tradisional Sabah
🚩 Rumah Tradisional Sarawak
 
9 Rumah Mini ASEAN:
🚩 Rumah Tradisional Thailand
🚩 Rumah Tradisional Filipina
🚩 Rumah Tradisional Brunei
🚩 Rumah Tradisional Indonesia
🚩 Rumah Tradisional Singapura
🚩 Rumah Tradisional Vietnam
🚩 Rumah Tradisional Myanmar
🚩 Rumah Tradisional Kemboja
🚩 Rumah Tradisional Laos 

Tapi sayang tau sebab kebanyakan rumah tradisional kat sini macam terbengkalai. Mungkin sebab tidak diselenggara dengan betul, lagipun kan dah lama. Jom la kita support dengan melawat Taman Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park, Melaka supaya deorang boleh maintain tempat ni.
 


 
Rumah Kedah atau Rumah Bumbung Panjang Kedah.
 
Kami sempat singgah masuk ke dalam Rumah Kedah yang mempamerkan banyak pameran barangan asli dari Kedah seperti pakaian tradisional, pakaian perkahwinan, perkakas dapur, perhiasan rumah dan sejarah bentuk rumah negeri Kedah.

Menariknya, semua koleksi ini merupakan milik Pak Andak @ Pakndak yang berasal dari Kedah, tapi dah menetap di Melaka, yang juga merupakan seorang tukang urut tradisional lelaki yang urut menggunakan herba termasuklah Pokok Buah Melaka yang merupakan spesis buah cermai.


 
Tak cukup dengan tengok rumah tradisional dan perkampungan di Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park, korang juga boleh enjoy dengan pelbagai aktiviti menarik disini. Antara yang saya cadangkan, semestinya bermain dengan permainan tradisional.

Antara aktiviti menarik termasuklah aktiviti tradisional disini adalah: Gasing, capteh, cukur kelapa, sumpit, mewarna batik, lastik, naik kereta lembu, berkuda pony, petting zoo, paintball, memanah, ATV dan banyak lagi.
 
Kebanyakan aktiviti yang diatas adalah percuma dan berbayar. Kalau ada duit lebih boleh la tambah, tapi aktiviti percuma pun banyak juga. Puas hati dengan bayaran masuk tu.



Selain daripada aktiviti memanah dan aktiviti permainan kampung zaman dulu, ada juga aktiviti ATV untuk mereka yang nak adventure sikit tu. Saya suggest untuk korang bawa baju tukar untuk ATV kat sini sebab bila main, memang confirm baju akan kotor kena tanah.

Trek laluan ATV pun lebih mencabar sebab ada macam naik dan turun bukit. Tak ada lah bukit yang curam, tapi cukup lasak juga sebab laluan memang licin. Jangan risau kalau tersangkut ke apa sebab memang akan ada orang guide korang.
 
Seronok kami main. Serious rasa nak main banyak round je rasa.

Harga aktiviti yang kami cuba:
Harga ATV: RM30 (2 pusingan).
Harga memanah: RM5 (7 arrow), RM10 (10 arrow).


 
Tambah lagi best, team kami dapat merasa makan tengah hari style orang dulu-dulu yang makan lauk yang dihidangkan didalam talam. Makan ramai-ramai sambil duduk bersila di dalam rumah kayu. Memang betul-betul unik pengalaman ni.

Lauk yang dihidangkan pun sedap, sebab lauk orang Melaka. Walaupun lauk simple: Nasi, asam pedas ikan kembong, ulam + belacan, tapi bila dah lapar tu siap bertambah 2 kali jugak la sebab sedap. Haha.

 
Waktu operasi: Setiap hari (9AM-6PM)
 
Harga tiket warganegara:
Isnin- Khamis (Dewasa RM12.00, Kanak-kanak RM6.00)
Jumaat-Ahad (Dewasa RM15.00, Kanak-kanak RM8.00)

Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
Exit Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
Contact: 06-234 9989
 
 

 
______________________________________________
 
 
Dr Beau Malaysia
Facebook: www.facebook.com/drbeaumalaysia
Instagram: www.instagram.com/drbeau_official 

Travelogue ini ditaja oleh Dr Beau Malaysia dengan kerjasama bersama Borak TV Production (#TravelogueMalaysia) dan Tourism Melaka.

Jemput baca trip Melaka saya yang lain:-
🌸 Short Trip 2H1M ke Melaka: nurulzayani.com/5-tarikan-menarik-di-melaka-short-trip
🌸 Melaka Duck Tour: nurulzayani.com/review-naik-melaka-duck-tour-best
🌸 Casugria Boutique Residence: nurulzayani.com/review-casugria-boutique-residence-melaka


With love,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS