Review Naik Melaka Duck Tour: Best! - NurulZayani.Com

Review Naik Melaka Duck Tour: Best!

Hello dan Assalamualaikum korang,
 
Masa zaman saya belajar di Melaka pada tahun 2011-2014 dulu, tak pernah teringin pun nak naik Melaka Duck Tour ni sebab hari-hari nampak. Tapi bila dah besar, rasa rugi pula tak ambil peluang naik dulu. Kalau tak boleh jimat dapat harga student. Hehe XD

Lokasi nak naik Melaka Duck Tour ni terletak memang sebelah Menara Taming Sari yang juga betul-betul berhadapan dengan Taman Bunga Merdeka di Jalan Merdeka, Bandar Hilir. Ada kaunter kecik yang orang panggil Transpod kat sini. 
 
Melaka Duck Tour dibuka kepada umum dari September 2008 lagi. Trip ini dikendalikan dengan menggunakan kapal vessel yang boleh berjalan di atas darat dan di dalam air. Boleh bayang tak power enjin kapal ni sebab boleh jalan di darat dan masuk air.


 
Menariknya, kapal vessel ini sebenarnya merupakan sebuah kapal dari Amerika Syarikar yang pernah digunakan oleh askar Amerika semasa Perang Dunia ke-2 (1942–1945) dulu sebagai mod pengangkutan darat dan laut.
 
Uniknya tentang trip dengan Melaka Duck Tour, untuk mereka yang mencari sesuatu yang unik sepanjang trip ke Melaka, korang boleh merasa pengalaman menaiki vessel ini untuk ambil angin di sekitar laluan Melaka Duck Tour dan terus belayar ke Selat Melaka.

Melaka Duck Tour juga merupakan satu-satunya syarikat yang menawarkan kapal vessel yang mampu berjalan di atas darat dan juga air di Malaysia. Orang sini panggil "amphibious vessel" atau kalau translate jadi "kapal amfibia".



Lepas dah bayar dan dapat tiket, selalunya korang kena tunggu dulu. Kalau masa sebelum PKP dulu, kena tunggu minima 15 orang untuk kapal vessel ni bergerak, tapi sekarang saya tak pasti sebab masa kami pergi dulu tu memang dah ramai orang.

Tempat duduk didalam kapal ni tak adalah selesa pun, and memang seating dia open. Kalau berjalan, rasa lah angin, kalau berenti kat traffic light, memang agak panas la sebab kami pergi masa tengah hari. Tapi masuk je laut, angin non stop memang layan habis.

Since vessel ni pun dah lama gila, walaupun deorang selalu jaga dan maintain selalu hantar repair, tapi kapal ni bising la jugak sebab enjin lama. Saya rasa patutnya deorang bagi life jacket sebab kapal masih akan masuk laut atas faktor keselamatan.
 
 

 
Satu trip mengambil masa dalam lebih kurang 45 minit hingga 1 jam. Trip ni akan bawa korang jalan dilaluan khas yang akan bawa korang terus ke Pulau Melaka dan belayar di persisiran Selat Melaka dan Marina Melaka. Tak adalah tengah laut sangat, tapi laut la juga kan.
 
Melaka Duck Tour merupakan pengambaraan darat dan laut yang pertama di Malaysia. Jujur saya nak bagitahi siap-siap, dari segi permandangan tak ada apa yang menarik sangat. Tapi yang bestnya Melaka Duck Tour adalah sebab pengalaman yang korang akan dapat.

 

 
Sepanjang laluan Melaka Duck Tour, korang akan jalan dan jumpa dengantarikan menarik di Melaka seperti Masjid Terapung Selat Melaka, Bandar Arab (Arab City), Pulau Upeh dan Pulau Besar.

🚤 Mula di Menara Taming Sari
🚤 Jalan Merdeka
🚤 Taman Melaka Raya
🚤 Pulau Melaka
🚤 Masuk ke Selat Melaka
🚤 Masjid Selat Melaka (Masjid terapung)
🚤 Ikut laluan Selat Melaka diarah Sungai Melaka
🚤 Pulang ke Pulau Melaka selepas 15-20 minit didalam laut
🚤 Kembali ke Taman Melaka Raya
🚤 Tamat di Menara Taming Sari.
 

 

 
Selat Melaka memang sangat terkenal sebagai pusat perdagangan bertaraf antarabangsa disebablan lokasinya yang berada di antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik dan menghubungkan tiga negara dengan jumlah penduduk terbesar di dunia: India, Indonesia dan China.
 
Sekarang pun Melaka masih terkenal sebagai pusat perdagangan Melayu di Timur. 
 
Sejarah awal kedatangan Islam juga bermula apabila Parameswara yang telah memeluk agama Islam melalui seorang ulama dari Jeddah pada tahun 1414 dan menjadikan Melaka sebuah lokasi pengembangan agama Islam yang terulung di rantau ini.



 
Jangan lupa untuk selalu standby camera korang untuk ambil gambar sekitar permandangan menarik sepanjang tour korang bersama dengan Melaka Duck Tour. In case korang tertanya-tanya, saya duduk di sebelah belakang dan kiri vessel.

Satu pengalaman yang rare dapat naik Melaka Duck Tour sebab tour ini merupakan antara aktitivi yang wajib korang buat di Melaka.
 



 
Lepas habis tour didalam laut, deorang akan berenti sejekap untuk sesi bersihkan kapal vessel. Tak lama pun dalam 5 minit untuk bersihkan kapal dengan air bersih supaya kapal vessel ni tak cepat berkarat dan rosak. Baguslah deorang maintain macam ni.
 
Tour kami juga ditemani dengan Team Travelogue Malaysia yang naik boat lain untuk ambil gambar kami dari bos lain. Terima kasih kepada Hahn Zulkiffli (youtube: @mHahnZulkifli) atas drone shot. Gambar yang angle macam pelik dan tak logik diambil daripada drono shot. 
 
 
 
Harga tiker Warganegara: 
Dewasa (RM42), Kanak-kanak (RM25)
 
Waktu operasi: Setiap hari (9.30AM-6.30PM)
kecuali Selasa- Tutup
 
Melaka Duck Tours
 Kiub Transpod A1, Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka. 
Contact: 016-662 7999 




 ______________________________________________
 
 
Dr Beau Malaysia
Facebook: www.facebook.com/drbeaumalaysia
Instagram: www.instagram.com/drbeau_official

Travelogue ini ditaja oleh Dr Beau Malaysia dengan kerjasama bersama Borak TV Production (#TravelogueMalaysia) dan Tourism Melaka.

Jemput baca trip Melaka saya yang lain:-
 
Till then,

11 comments:

  1. tak pernah tau ada duck tour kat melaka, lepas pkp ni boleh try, macam best je

    ReplyDelete
  2. Oh wow. First time dengar pasal tour nie. Pastu that kapal pun boleh travel on land? Wow. Kagum nie. Nie kalau bawa my family members mesti diorang suka nie

    ReplyDelete
  3. la kat melaka ada tour macam ni ke?ingat kan ada river cruise tu je.

    ReplyDelete
  4. mahal juga naik duck ni ya. tapi memang unik sebab dia kenderaan hybrid! kalau khai pun memang nak cuba naik once in a lifetime. bolehlah merasa citer dekat anak cucu nanti

    ReplyDelete
  5. Lama dah teringin nak naik kereta 2 alam ni. Takper kang habis jer PKP seluuruh negeri mesti akan pergi juga. Rindu betul nak jalan2 dekat Melaka , makan asam pedas dan lepak2 kat pantai.

    ReplyDelete
  6. Pernah naik juga Duck Tour masa ke Melaka. Best pengalaman yang berharga

    ReplyDelete
  7. Ooo dipanggil duck tour. Pernah nampak kat Melaka ritu tapi tak pernah naik. Next time bolehlah naik. Macam best

    ReplyDelete
  8. Sebagai orang melaka...tak pernah nak naik Duck tour ni...tapi selepas nampak duck tour ada turun air terasa nak join jugak.

    ReplyDelete
  9. Ruby teringin nak naik tau. Tak berkesempatan lagi. Pergi Melaka mesti mencari makan dulu. Hahaha. Pastu lupaaaa. Next time mesti pergi. Anak dah excited tengok Kakak Zayani punya artikel ni.

    ReplyDelete
  10. Tak kesampaian nak naikk.. konon dah plan dengan adik-adik nak ke Melaka jika kes Covid ni dah reda, nampak gaya, plan tunda lagi laaaa

    ReplyDelete
  11. Nell pernah naik ni kat Langkawi jer, tapi tak pernah try yang kat Melaka... i will definitely try it, same Duck Tour but different experience kan.. at least once we try! menarik ni..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

Followers