Beauty Review: COBOR Flower Essence Repairing Cream

Hello korang!

Pertama kali dengar pasal COBOR, yang merupakan jenama produk penjagaan kulit profesional dari China yang diasaskan sejak daripada tahun 2002 lagi. Produk COBOR ni memang dah popular di negara luar seperti Arab Saudi dan dia baru nak masuk pasaran Malaysia.

Paling excited nak cuba produk daripada COBOR, especially COBOR Flower Essence Repairing Cream sebab baca review kebanyakkannya bagus. Bahan utama didalam krim muka ni adalah desert rose (Adenium obesum/ bunga kemboja) yang diimport khas dari Perancis.
 
Apa yang menarik perhatian saya tentang COBOR Flower Essence Repairing Cream ini adalah bahan-bahan yang digunakan sangat bagus dan dibuat khas untuk mereka yang tinggal di kawasan beriklim panas macam kat Malaysia.
 
Tak sangka kan, bunga kemboja pun ada banyak kegunaan dan bagus untuk kulit. COBOR Flower Essence Repairing Cream juga dikenali sebagai COBOR Desert Rose Tone Up Cream.
 
COBOR Flower Essence Repairing Cream Review
Juga dikenali sebagai COBOR Tone up Cream.
 
Formula yang digunakan didalam krim ini adalah selamat dan lembut untuk kulit muka.  COBOR Flower Essence Repairing Cream tidak mengandungi bahan kandungan yang merbahaya dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit, termasuklah mereka yang ada kulit sensitif. 
 
Bestnya, krim ini bukan setakat membantu merawat dan melembapkan kulit, tapi boleh bagi mencerahkan dan bagi muka nampak bersinar dan sihat dengan serta merta selepas pakai. Jadi sangat sesuai pakai sebelum makeup.
 
Kegunaan utama: Mencerahkan tona kulit, membantu masalah pigmentasi dan kesan hitam,  merawat, melembapkan, anti-aging, mengurangkan kedutan, menghalang sinar UVA, UVB dan Blu-Ray.


 
 
 
Diinspirasikan oleh 3 tumbuhan yang mampu hidup didalam cuara yang ekstrim, COBOR Flower Essence Repairing Cream ada 3 bahan special yang boleh membantu untuk anti-oksidan, anti-penuaan, melembapkan dan melicinkan kulit.
 
1 botol  COBOR Flower Essence Repairing Cream: 50g/ box (tahan 3 tahun)
 
Cara penggunaan: Selepas bersihkan muka, sapukan dan urut krim pada muka sehingga habis diserap. Dicadangkan untuk digunakan pada siang hari. 

Korang boleh gunakan pencuci muka untuk cuci COBOR Flower Essence Repairing Cream dari muka.



 Bahan kandungan di dalam COBOR Flower Essence Repairing Cream/ Tone up Cream:
 
🌺 Ekstrak bunga desert rose (Adenium obesum): 
Terkenal dengan sifat yang boleh hidup didalam keadaan cuaca yang ekstrim, bunga ini boleh mambantu untuk kekalkan hidrasi, melembapkan, melembutkan, anti-oksidan, anti-penuaan.

 ðŸŒº Ekstrak resurrection plant (Myrothamnus flabellifolius): 
Terkenal dengan sifat mati-pulih selepas hujan sebab daun yang mati pun boleh hidup balik kalau hujan. Anti-oksidan didalam tumbuhan ini mampu membantu kulit muka pulihkan kerosakan daripada sinaran UV matahari.

🌺 Edelweiss (Leontopodium alpinum): 
Kaya dengan elemen mineral yang boleh membantu melegakan, mencerahkan dan nourish kulit. Bahan aktif didalam bunga ini mampu merangsang pengeluaran kolagen didalam kulit.
 
🌺 Nicotinamide (Vitamin B3), Vitamin , Vitamin C.
 
 

 
COBOR Flower Essence Repairing Cream ini boleh digunakan sebagai pelbagai fungsi seperti: losyen muka, krim, foundation dan concealer. Lepas ni dah tak perlu nak makeup heavy kalau nak keluar sekejap. Pakai je krim ni, dah settle.

Tekstur krim ini seakan-akan whip cream yang agak heavy. Kalau korang jenis yang tak suka pakai krim yang banyak, saya sarankan ambil sedikit dahulu dan cuba apply dimuka. Kalau rasa kurang, boleh ambil dan tambah lagi.
 
Tekstur tak melekit selepas apply dan krim senang meresap kedalam kulit. Bau Flower Essence Repairing Cream ni pun wangi, bau seakan-akan bunga ros dan menenangkan. Bola pakai di muka, rasa soothing dan lembut je. Kesan pemutihan memang sekelip mata.
 
Beauty Review: COBOR Flower Essence Repairing Cream/ Desert Rose Tone Up Cream.
 
Overall Review: 
 
↬ Boleh jadi peganti foundation bila nak keluar, lepas apply muka memang nampak fresh dan berseri.
↬ Suka dengan tekstur yang lembut, bau wangi, tak melekit, tak berminyak.
↬ Kulit jadi lebih lembut dan lembap lepas pakai.
↬ Fall in love dengan packaging simple, cute dan nampak high end.
↬ Repurchase?  Kemungkinan, YES.
↬ Personal rating COBOR Flower Essence Repairing Cream: 4.5/5 ★★★★☆


 
Sekarang ni kalau beli di Lazada, ada promosi beli 1 percuma 1, siap dapat COBOR Eye Rose Essential Oil secara percuma! Khas untuk orang Malaysia dan Singapura.
 
Harga kombo COBOR cream: RM158.00
2 x COBOR Flower Essence Repairing Cream 50g + 1 COBOR Eye Rose Essential Oil 10ml.
 
 

 
 
COBOR Eye Rose Essential Oil

Mengandungi extrak bunga mawar yang diimport khas dari Perancis. Kandungan kolagen molekul kecil, yang boleh membantu untuk menghidrasi dan melembapkan kulit sekitar mata dengan mudah. Boleh juga digunakan ke seluruh muka.
 
Berfungsi untuk: Menegangkan, melembapkan, menyegarkan, membantu mengurangkan lingkaran gelap bawah mata, kurangkan eye bag, kedutan, garisan halus, anti-penuaan.

 
 
 
 COBOR Beauty (Asia)
Website: coborasia.com
Facebook: www.facebook.com/coborofficial
Beli COBOR di Lazada: www.lazada.com.my/cobor-122843066
 
  
With love,

Post a Comment

13 Comments

Faeez Azmi said…
Uiyo sangat sesuai untuk Bee sb kulit kering! Thank you!
Ezna Khalili said…
Bila cakap ada Edelweiss ni teringat pulak lagu
Edelweiss Edelweiss
Every morning you greet me
Small and white clean and bright
You look happy to meet me

Unik la nama dia COBOR. Ingatkan apa la tadi. Warna packaging dia cantik la. Sis kalau nak cuba...yg repairing cream tu.
Fadima Mooneira said…
Wow..........this product look so good. Mesti bua dia pun harum kan. Thank you for sharing your review with me.
Bae Roslan said…
menarik gak cream ni. first time dengar cobor. nampak tekstur pun tak melekit
wow...menarik la cream tu. nampak tekstur die pun lembut je dan tak melekit. suka la
Sis Lin said…
Pakaging dia cute sangat., krim dia pun pink ikut warna bunga tu yaaa.. Sis ada pernah baca pasal bunga dia tu.. kalau dah di jadikan krim gini, lagi laa memang bagus.. boleh cuba ni.. sebab baru tau ada..
Ruby said…
Mesti wangi kan lepas pakai. Suka juga produk berasaskan bunga-bunga. Bagi mood kita tenang. Botol dia kiut betul. Nanti akak nak try. Tq share! 😊
Menarikla cream ni. Boleh nampak efek lepas guna. Tekstur lembut dan terus serap
Kitkat Nelfei said…
First time dengar brand ni bah.. Suka product mcm ni yang cepat meresap and our skin boleh gain the nutrient instead of gone wasted kan..
Rolling Grace said…
thanks for this beautiful and detailed review. i am very excited to give this product a try soon! :)
Cuppy Cake said…
Thanks for sharing this! Nowadays got a lot of new products! I bet they are good! Worth trying
Fatin Diana said…
boleh tahan harganya ye. tapi nampak macam okay sebab tak ketara sangat perbezaan so natural
Mahamahu said…
Produk baru dan khas untuk wanita lepas ni nak raya bergaya tahun ni dengan wajah baru hehehee boleh guna produk ni untung lah jadi orang perempuan...

FOLLOWERS