RichWorks Nak Bantu Lebih Ramai Orang Terkesan Pandemik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua! 
 
Dengan musim PKP dan Covid-19, ramai sangat orang yang terkesan, terutamanya usahawan dan bakal usahawan yang berniaga. Kalau korang tergolong didalam kelompok ni, boleh la sertai Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks.
 
Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH) merupakan sebuah Program Intensif 3 hari  bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. RichWorks dah berjaya bantu lebih 400 ribu peserta walaupun dalam tempoh PKP untuk terus survive! 
 
Melalui program ini, RichWorks nak bantu lebih ramai orang yang terkesan dengan pandemik dengan memberi sumbangan kepada masyarakat melalui program percuma anjuran Richworks, "Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup" akan berlangsung pada:
 
Virtual Online Bina Bisnes Berjaya
- Edisi Khas Nak Ubah Hidup
Tarikh: 26 - 28 Mac 2021
Dimana?: Secara virtual online dalam talian
SHAH ALAM - RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) ingin membantu orang ramai termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang lebih baik lagi.
 
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara pihaknya percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan bina bisnes yang berjaya.

Katanya, lebih 1.1 juta orang telah dibantu RichWorks yang bukan saja menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan yang lebih baik.
 
"RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini.

"Sebab itu, kami akan mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah baik kehidupan ramai orang," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia hari ini.
 

 

 
Sepanjang pandemik melanda negara, RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai.
 
Tambah beliau, inilah perjuangan RichWorks dengan memberikan inspirasi, bimbingan dan menambah nilai kepada orang ramai terutama bangsa usahawan.

"Program Nak Ubah Hidup ini datangnya daripada pengalaman Datuk Wira Dr Azizan Osman, bagaimana beliau dari keluarga biasa saja dapat bangkit dalam bisnes walaupun beberapa tahun alami kegagalan pelbagai bisnes dilakukan pada peringkat awal.

"Melalui perjalanan bisnesnya, ilmu dan bimbingan diberikan dalam melahirkan ramai usahawan jutawan dijadikan pembelajaran dengan langkah-langkah terbukti berjaya yang orang ramai boleh guna pakai bagi menyaksikan perubahan dalam hidup mereka nanti," jelasnya.
 
 
 
Sehubungan itu, Suley memberitahu, program ini dapat menjadi platform dan titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk mereka dapat mulakan langkah pertama untuk keluar daripada situasi dihadapi sekarang.

"Bagi mereka yang ada kemahuan untuk hidup yang lebih baik, nak tingkatkan kewangan diri dan keluarga, suri rumah yang nak jana pendapatan bantu keluarga, usahawan yang serius nak berjaya dan sebagainya patut hadir dalam program ini.

"Tiada sesiapa dapat memaksa untuk berubah jika diri kita sendiri tidak mahu mungkin disebabkan selesa dengan kehidupan sekarang dan tidak kesah dengan keadaan waktu ini," ujarnya.

 

 
Cara Daftar Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup:
 
Korang boleh daftar secara percuma melalui lawan sesawang: www.binabisnesberjaya.com 
 
Untuk maklumat lanjut:
 
 
Selamat berjaya korang!
 
Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS