Trip ke Genting Highlands: Pelancaran Filem Siapa Tutup Lampu

Hai korang!
 
Tempoh hari, saya berpeluang untuk ke Genting Highlands sebab ada majlis pelancaran filem bergenre persahabatan dan thriller, yang merupakan konsep yang baru diperkenalkan di pasaran filem Malaysia, Filem Siapa Tutup Lampu.

Siapa Tutup Lampu ditayangkan dengan kolaborasi bersama Horizon Film Entertainment Sdn Bhd dan Articulate Fusion Productions Sdn Bhd. Menariknya, penggambaran yang mengambil lokasi di Genting Highlands ini berlangsung selama lebih kurang 2 minggu sahaja.

Menariknya, sempena dengan majlis pelancaran filem ini, rakan media turut 'dibelanja' penginapan 2 hari 1 malam di Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands. Saya yang dah lama tak staycation, memang tertarik untuk sertai pelancaran filem ini.
Maafkan saya sebab salah eja Genting Highlands dalam gambar diatas.
 
Sebelum bergerak ke Genting Highlands, mestilah kena ada surat merentas negeri sebab saya dari Selangor, dan event berlangsung di Pahang. Alhamdullilah, proses minta permit merentas negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dipermudahkan.
 
Perjalanan nak pergi pun tak sesak, dari rumah saya, Cheras mengambil masa dalam lebih kurang 1 jam 30 minit untuk sampai ke Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands. Perjalanan kami tak ada pit stop sebab suami dan saya puasa, so tak ada lah nak berenti makan ke apa. 

Nota: Masa nak keluar KL/ Selangor memang tak sesak, tapi masa nak balik sebelum sampai Plaza Tol Gombak tu, memang sesak. So tambah masa perjalanan dalam 30 minit sebab ada sekatan jalan raya untuk mereka yang nak masuk KL/ Selangor.
 

 

 

 
Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands
Jalan Ion Delemen 1 Ion Park, Genting Highlands, 69000 Pahang.
Contact: +603 6433 2200
 
Grand Ion Delemen Hotel ni dekat saja dengan Resorts World Genting, kalau dari Kuala Lumpur memang lalu. Juga terletak dekat dengan Amber Court. Senang cakap, pakai sahaja GSP, inshaAllah jumpa lokasi hotel ni. Ini merupakan kali kedua kami datang, tapi pertama kali nak bermalam di sini.

Dengan senibina architecture yang moden kontemporari dan symmetry, kawasan tingkat 7 di Grand Ion Delemen boleh dijadikan kawasan yang paling banyak port ambil gambar yang lawa. 
 
Kawasan ni konsep terbuka, jadi memang sejuk dan segar dengan view banggunan hotel yang tinggi dan juga view Genting Highlands. Ada masa mangikut angin slow atau laju, dapatlah gambar yang cerah tanpa ada awan kat atas, dan ada masa awan block matahari, dapat la gambar malap sikit.
 
 
 
 
 
Kebetulan, masa kami pergi ni, memang musim hujan, jadi atas ni memang sejuk betul. Masa kami sampai tu okay lagi cuaca, sejuk yang sedap lah dalam 18-20 °C, tapi dalam tengah hari tu hujan lebat sampai bila malam tu suhu mencecah 16°C.
 
Itu baru suhu yang rendah, belum lagi cerita pasal angin kuat yang sejuk sangat. Tapi best la sebab selalunya kat bawah kan panas, datang sini sejuk boleh la feel macam holiday kat luar negara. Nanti kalau dah boleh merentas negeri, boleh la korang check in kat sini jugak sebab best. 

Lepas check in, kami dapat bilik yang berada di Tower 7. Alhamdullilah bilik sama tower dengan lokasi nak berbuka dan sahur (ini yang penting :D). Pengalaman yang rare jugak la sebab staycation kalini dapat berbuka dan sahur di hotel.
 

 

 
Kami dapat bilik Deluxe Twin. Bilik sebesar 30 kaki persegi ini ada 2 katil single bed dan 1 tandas. Kalau korang nak bilik yang katil King pun ada, harga sama je dengan twin bed, korang boleh tempah bilik Deluxe King.
 
Harga untuk  Deluxe Twin Room di  Grand Ion Delemen:
Harga biasa dalam RM280+ macam tu, tapi kalau korang buat tempahan awal, korang boleh dapat harga yang lagi murah dalam RM230+ pun boleh jumpa.

Overall, suka lah dengan setting dan layout bilik ni. Luas dan simple dan lengkap dengan kelengkapan yang korang nak didalam sesebuah bilik hotel. Cuma yang peliknya, kami tak jumpa peti ais, tapi jumpa macam peti pemanas yang rupa macam peti ais. Jakun kejap. Haha.
 

 

 
Bilik moden ini lengkat dengan keperluan seperti WiFi percuma, TV skrin rata, kemudahan membuat teh dan kopi, siap ada seterika dan iron board, bathrobe dan selipar yang best pakai sebab sejuk kaki nak pijak lantai mozek.

Bilik kat sini siap ada dengan penghawa dingin tau, tapi bukan untuk bagi sejuk macam selalu kita pakai, tapi AC kat sini juga ada fungsi lain yang bertindak sebagai pemanas. Kami tak pakai pun AC pemanas ni. Panas badan sebab tidur peluk-peluk, dah cukup panas, Eh?. :)
 
View bilik kami biasa je sebab ada kerja construction untuk projek Grand Ion Majestic Genting. Tapi nanti lepas dah selesai tu, mengikut kata PR yang bawa kami tu, bilik ini akan ditambah dengan balkoni. Nota: Ada bilik lain yang ada balkoni.
 

 
Cantik dan cooling je kan gambar kat atas ni? Ini saya ambil dari tingkat 24 semasa tengah tunggu lift. Masa kami datang haritu, kebanyakan masanya penuh dengan kabus sampai tak nampak pun permandangan, so dapat tangkap view lawa ni dah cukup memadai. 

Petang tu, kami dijemput untuk sertai aktiviti Aroma Stone Painting di salah satu kafe di Grand Ion Delemen, Kafe Fairy Tales. Kafe cantik ini selalunya menghidangkan set minuman petang/ tea time. Sebab bulan Ramadan, maka kami tak adalah ber-tea time.
 
 
 
 
 
Dalam aktiviti Aroma Stone Painting, kami diberikan batu putih dan arcrylic paint macam ni untuk dilukis dan diwarna mengikut ke-kreatifan sendiri. 
 
Mudah je nak mewarnakan batu ni. Pilihan warna pun banyak, dengan ada pilihan berus lagi boleh pilih. Tinggal nak kreatif dengan tak je.

So, saya ambil 2, Faeez ambil 2. Maka bermula lah pengembaraan kreatif kami. Memula tu excited la mewarna, fokos kemain sampai tak bercakap sepatah pun. Bila siap je yang pertama dan nak mula yang batu no 2, dah mula penat sebab dah tua kot. Haha.
 

 

 
Habis melukis dan warnakan batu ni, kami diberikan essential oil untuk dititiskan ke atas batu yang dah siap warna tu. Fungsinya, supaya batu ni wangi dan boleh letak dimana-mana tempat yang korang suka. Memang wangi bilik kami malam tu, ye lah, ada 4 batu kot kami warna.

Lepas aktiviti tu, kami ada masa free sebelum berbuka. Jadi, kami pun bergambar sekeliling hotel, especially di kawasan Kafe Fairy Tales. Kafe ni memang lawa dan port untuk ambil gamba untuk spam kat dalam Instagram.

Memang inshaAllah saya dan suami akan revisit lepas bulan Ramadan, dan kalau dah boleh merentas negeri nanti untuk cuma set tea time deorang pula. Best pulak rasa tea time dengan cuaca nyaman, sambil tengok view Banjaran Titiwangsa.
 


Grand Ion Delemen Hotel ni siap pegang rekod The Malaysia Book of Records - Highest Altitude FullFledged Serviced Apartment yang merupakan hotel servis dengan fasaliti penuh yang terletak di atas 6,000 kaki dari aras laut dan merupakan satu-satunya jenis ini di Genting Highlands.



Berbuka puasa di Kembali Kitchen, Grand Ion Delemen. Kat sini, memang deorang hanya menghidangkan menu untuk buffet sarapan dan makan malam sahaja. Tapi sempena dengan bulan Ramadan, mereka juga hidangkan buffet sahur dan berbuka.

Seleksi menu buffet kat Kembali Kitchen adalah bertemakan makanan popular dan tradisi orang tempatan. Kalau waktu lain, korang boleh pesan menu ala-carte. Jangan risau sebab restoran ini memang ada sijil Halal.


 
Kami berpeluang untuk berbuka puasa di Grand Ion Delemen. Jujur cakap, pilihan menu untuk berbuka tak banyak sangat, tapi menu yang mereka hidangkan menarik dan menu yang premium. Dengan udang besar, sebesar tapak tangan pun ada, sotong dan banyak lagi.

Kami juga berpeluang untuk bersahur kat sini. Ye lah, nak sahur kat mana pukul 4AM kat atas ni kan. Nasib baik lah Grand Ion Delemen ada hidangkan menu sarapan awal, atau untuk yang berpuasa boleh bersahur untuk puasa di siang hari.
 
Kalau korang ambil bilik tanpa sarapan, korang boleh add-on RM50/ dewasa untuk sarapan atau sahur kat sini. Boleh kata berbaloi jugak lah dengan menu sahur/ sarapan yang mereka hidangkan. Memang kenyang dan banyak pilihan menu.
 

 

 
Pelancaran Filem Siapa Tutup Lampu
 
Projek Filem “Siapa Tutup Lampu”, merupakan hasil cetusan idea dan nukilan penulis skrip Azhar Jalil yang juga salah satu pelakon filem ini sendiri. Siapa Tutup Lampu diarahkan oleh pengarah muda yang berbakat Aliff Ihsan Rahman dan dibintangi oleh pelakon-pelakon muda tanahair.
 
Pelakon berbakat yang membintangi  Filem "Siapa Tutup Lampu" adalah: Azizul Ammar, Uyaina Arshad, Naim Daniel, Ismi Melinda, Azhar Jalil, juga dibantu oleh Afieq Shazwan, Mark O’Dea, Melissa Campbell dan Geoff Andre Feyaerts. 
 
“Siapa Tutup Lampu” sebenarnya merupakan adaptasi daripada sebuah pementasan teater yang telah memenangi banyak anugerah dalam satu pertandingan teater yang juga ditulis oleh Azhar Jalil.
 

 

 
Sinopsis Filem Siapa Tutup Lampu

Mengisahkan tentang 5 orang sahabat (Akmal, Arif, Aryana, Azie dan Amir) yang bercuti di Genting Highlands. Semasa dalam perjalanan pulang, mereka terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan Amir terkorban. 
 
Keempat-empat mereka perlu datang ke bilik mayat untuk membuat pengecaman mayat Amir. Semasa menunggu doktor di bilik mayat, mereka terkunci dari dalam bilik mayat tersebut. Sepanjang mereka terkunci di dalam bilik mayat, mereka sering diganggu dengan pelbagai gangguan misteri. 
 
Antara yang paling diganggu adalah lampu yang padam dengan tiba-tiba. Mereka berempat mengesyaki bahawa entiti yang mengganggu mereka ialah roh Amir yang tidak tenteram kerana mereka banyak berbuat salah terhadap Amir; walaupun Amir sangat baik terhadap mereka.
 
Namun sikap baik hati Amir menyebabkan mereka sering mengambil kesempatan. Semasa terkurung di dalam bilik mayat, mereka mengimbas kembali bagaimana mereka mengenali antara satu sama lain dan semua kesalahan mereka terhadap Amir terbongkar satu per satu. 
 
Kalau nak tahu deorang berjaya keluar dari bilik mayat ke tak, jangan lupa tengok Filem Siapa Tutup Lampu nanti. 
 

 

 

 
Pihak produksi Filem Siapa Tutup Lampu  berterima kasih kepada penaja lokasi penggambaran, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Sponsorship Partner, Clique Entertainment, dan penaja lokasi rasmi sidang media, Hotel Grand Ion Delemen Genting Highland yang juga menaja makanan dan penginapan kepada semua krew, pelakon, dan rakan media.
 
Pihak produksi Filem Siapa Tutup Lampu turut berterima kasih kepada dibawah atas tajaan yang membantu sepanjang proses pergambaran: Changer Face Mask, Nest Found Management, Temptation Shack, Victoria Gallery Furniture, Tanjak Melayu Klang, Koleksi Adam, Estrella KL, Floralizz, Villa Sri Ananda, Pusat Pakaian Hari-hari, dan JBR Bundle.
 
Juga penaja makan dan minum untuk krew dan pelakon di set: Nasi Lemak Janda, Nasi Kerabu Sedak Boh, Man Ahmad Food Experience, dan Sabana Fruits.
 

 

 
Bestla jugak dapat hangout dan berborak dengan barisan pelakon berbakat besar filem Siapa Tutup Lampu untuk tahu tentang pengalaman deorang semasa sesi pengambaran berlangsung.

Suka sangat borak dengan Melissa Campbell, Mark O’Dea dan Geoff Andre Feyaerts sebab deorang ni kelakar, walaupun dalam filem ini watak deorang agak serius. Anyway, memang deorang 3 ni kelakar pun kalau tengok dalam social media kan. Haha

Uyaina Arshad dan Ismi Melinda pun tersangat friendly dan talkative. Juga senang nak ajak bergambar dan berborak sebab deorang dua ni memang jenis extrovert. Pelakon wanita didalam filem ni memang lawa-lawa belaka.
 


 
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pihak Horizon Film Entertainment Sdn Bhd dan Articulate Fusion Productions Sdn Bhd atas jemputan. Juga terima kasih kepada pihak Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands untuk penginapan kami berdua semasa trip ni.

Saya doakan kejayaan filem Siapa Tutup Lampu yang bakal ditayangkan di saluran VOD online platform pada bulan Jun atau Julai 2021 nanti. I wish you all the best!
 

 
Nota kaki: Faeez excited terjumpa monyet masa dalam perjalanan balik ke KL. Monyet ni pun friendly siap duduk melepak pulak lepas kekenyangan sebab orang tempatan bagi makan. Monyet ni real dan hidup ya, bukan kena langgar ke apa.

 
Salam Ramadan, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

13 Comments

Bae Roslan said…
bestnyaaa pi genting, lama tak pi genting berkabus camtu sejukk... movie ni macam menarik, genre yang saya suka
Fadima Mooneira said…
Wow.......syok nyer Zayani dapat jln2 Genting. I never heard of this film before and I don’t know any of these actresses. However, this is an interesting information. Thank you. For sharing.
Rawlins GLAM said…
Menarik gak filem nie kan. Nak tahu if ada babak seram-seram? Hehe.
Yang monyet tu pun boleh dia posing kekenyangan gitu hahahaha
Dikbee said…
Syioknya dapat naik genting. Dah la sejuk, macam kat oversea dah. Rindu plak rasa nak travel macam ni. Btw, tadi baru tengok preview movie ni kat TV. Pelakon pun hebat2.
Hanny Abdullh said…
Wahh best tgok cite seram kat genying. Sis Sejak last year tak jekak lagi kaki kat genting. Rindu pulak rasanya. Hope this year dpt naik ke sana
Cik Min said…
Ok ni best sbb outstation wat keje hahah so leh 2 in 1 sambil wat keje sambil bercuti
Kitkat Nelfei said…
Best la, too bad terlepas peluang ni untuk merasa staycation kat GH atas urusan kerja di sini.. Next time nak try la staycation kat situ! Tak sabar nak tengok filem ni juga! Sure best! Ada Mark ye!
Marina Bashah said…
Macam best je movie ni. Bolehla layan nanti. By the way kelakarla tengok monkey tu. Kenyang sangat tu
Sis Lin said…
Waaa bestnya.. siapa yang tutup lampu?
Cantik betul Uyaina tu yee.. kalau tengok depan mesti lagi cantik..
Syafiera Yamin said…
huiii bestnya dapat merentas hahahha.. lama gila tak singgah genting ni.. tajuk apa ni seram seram genting ni kontroversi betul dengan benda seram, time puasa pun hantu ada hahahahaha
yaya_flanella said…
Seronoknya sambil berkerja sambil enjoy dengan aktiviti yang disediakan. Suka tengok Uyaina tu! Cantik macam yani juga hihi
Untung la ada work trip kat Genting. Sambil2 tu boleh staycation sekali. Dah lama tak pegi Genting.
khai artzfar said…
wah bestnya worktrip. merasa la rentas negeri untuk urusan kerja. khai pun dah lama tak naik genting. tak ingat bila last. ni naik time pkp mesti best kan sebab suasana mesti lengang sikit tanpa kenderaan banyak

FOLLOWERS