Tingkatkan Nutrisi Kanak-Kanak Dengan Diffenz Junior

Hai dan salam sejahtera korang! 

Semasa proses tumbesaran, kanak-kanak amat memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk memastikan kesihatan yang optimum. Kebanyakkan kanak-kanak mendapatkan jumlah nutrient yang mencukupi daripada diet yang seimbang. Namun bagi sesetengah keadaan, kanak-kanak mungkin memerlukan makanan tambahan (suplemen) vitamin dan mineral. 

Kanak-kanak memerlukan kuantiti setiap nutrien yang sesuai untuk proses tumbesaran dan kesihatan yang sempurna. Kanak-kanak yang lebih besar dan juga golongan remaja memerlukan kuantiti nutrien yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak yang lebih kecil untuk manampung kesihatan yang optimum.


Fasa kanak-kanak amat penting dan perlu diberi perhatian khusus oleh ibu bapa. Ini kerana apa saja yang diserap dan berlaku di sekeliling kita akan mempengaruhi kehidupan mereka pada masa akan datang. Dua elemen penting yang perlu diberi perhatian dalam zaman kanak-kanak adalah tumbesaran dan perkembangan mereka.

Di luar pengatahuan sebilangan kita, kadar kebantutan dalam kalangan kanak-kanak negara ini berada pada 20.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada kadar 7.4 peratus di Tebing Barat dan Gaza yang dibelenggu konflik keganasan.


Kanak-kanak di Malaysia juga berhadapan dengan peningkatan risiko obesiti akibat kurang aktif dan pengambilan makanan yang tidak sihat di rumah akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara. Tiada lagi keterujaan dan kebebasan bermain, berlari dan bergerak aktif bersama kawan-kawan demi memenuhi tuntutan norma baharu. 

Keadaan ini menyebabkan daya ketahanan tubuh dan tumbesaran mereka terganggu. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah kebantutan bukan semata-mata berkaitan masalah ketinggian, tetapi ia juga satu petanda kesihatan berpunca daripada malnutrisi, jangkitan berulang kali dan kurang stimulasi psikososial. 


Dalam jangka masa pendek, kebantutan boleh meningkatkan risiko kematian dan morbiditi (berpenyakit). Daya pertahanan tubuh yang kuat juga sangat penting dan salah satu caranya adalah dengan memastikan kita mendapat sumber vitamin dan mineral yang lengkap.

Vitamin ditemui dalam kebanyakan makanan yang diambil setiap hari. Jadi, amat penting untuk ibu bapa menggalakkan makan sayur-sayuran hijau, dan buah-buahan dalam diet bayi mereka. Pun begitu, agak sukar untuk tubuh mendapatkan keperluan mikronutrien, disebabkan kualiti makanan berkurangan kerana proses penanaman (racun perosak, baja), pembungkusan, pengangkutan, simpanan atau pencucian berlebihan, masakan.

Adakah Keperluan Nutrien Kanak-Kanak Adalah Berbeza Dengan Dewasa?
Kanak-kanak memerlukan nutrien yanag sama seperti golongan dewasa tetapi dalam kuantiti yang lebih sedikit. Semasa kanak-kanak membesar, adalah amat penting untuk mereka mendapatkan nutrien yang mencukupi untuk membantu membina tulang yang kuat iaitu seperti kalsium dan vitamin D.

Selain itu, zat besi, zink, iodin, kolin dan vitamin A, B6 (folat), B12 dan D sangat diperlukan untuk perkembangan otak pada awal usia. Oleh itu, walaupun kanak-kanak hanya memerlukan sedikit kuantiti vitamin dan mineral berbanding dewasa, mereka tetap perlu mendapatkan nutrient-nutrien ini dengan mencukupi untuk proses pembesaran dan perkembangan yang sempurna.

Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid


Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri, doktor perubatan dan pakar formulasi yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup ini dengan lebih mudah dan cepat. Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. 

Ada pendapat yang mengatakan cukup sekadar mengamalkan pemakanan yang seimbang dan semulajadi. Manakala sebarang pengambilan suplemen atau vitamin hanya akan menghasilkan air kencing yang mahal apabila ia dikumuhkan. Namun begitu, pendapat ini mungkin benar jika dunia kita bebas daripada pencemaran; sentiasa mengamalkan pemakanan  yang sihat; makanan yang diambil adalah segar dan bebas daripada pencemaran terpaksa seperti kandungan raksa daripada ikan dan kandungan racun serangga daripada sayuran dan buahan; usia yang masih muda di mana semua fungsi sistem dan organ badan masih tip-top; memiliki sistem imun yang tiada cacat cela  termasuk penghasilan antioksidan semulajadi yang tidak semakin menurun dengan usia; dan kita menjalani gaya hidup sihat yang optima tanpa stres. 

Semua itu sebenarnya agak sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan sebenar terutamanya di zaman moden ini yang terlalu banyak pendedahan diri terhadap makanan terproses (junkfood), pencemaran yang berleluasa, stres  kehidupan, pola hidup yang kurang aktif serta pelbagai faktor lain yang sememangnya tidak menjayakan model kehidupan amalan gaya hidup sihat.  

 

Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu. Gabungan bahan ini sudah tentu memudahkan para pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah.

Cuba bayangkan jika anda mengambil 6 jenis suplemen, pasti harganya akan mencecah RM400 dan ke atas, tetapi Eskayvie Diffenz Junior menyediakan anda pilihan yang lebih berpatutan dengan hanya RM60 bagi satu botol.

Cendawan Susu Harimau


Nutrisi daripada Cendawan Susu Harimau semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia kerana ia mengandungi khasiat yang boleh menyembuhkan masalah kesihatan berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, asma, resdung, demam dan selesema. Cendawan ini didapati hanya tumbuh di kawasan hutan tebal tertentu terutama Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar. 

Ramai penyelidik yang membuat kajian mengenai kebaikan cendawan herba itu, mengakui ia tumbuh di bawah tanah dan hanya payungnya sahaja akan keluar ke permukaan bumi. Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. 

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Multivitamin Dan Mineral


Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), didapati bahawa secara purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari. Ini kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013).

Terdapat jurang yang jelas antara jumlah yang anak-anak kita makan dan jumlah yang mereka perlukan. Justeru, pengambilan multivitamin dan mineral yang terdiri daripada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B5, vitamin B6, vitamin B7, vitamin B9, vitamin B12, vitamin D3, kalsium, iodine, zat besi, magnesium, fosforus, selenium dan zink sangat penting untuk memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran terutamanya bagi kanak-kanak yang ‘picky eater’.
 
Kolostrum


Anak-anak dilahirkan dengan daya tahan yang rendah kerana sistem imun masih belum berkembang. Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum. 

Kolostrum atau turut dikenali sebagai cecair emas dikaji dapat meningkatkan sistem imun dan menyokong tumbesaran sihat di kalangan kanak-kanak. Kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor).

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus kanak-kanak.

Ibu Bapa Memainkan Peranan Penting Berikan Yang Terbaik Untuk Anak-Anak

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dan bijak dalam memberikan apa yang terbaik untuk anak-anak. Anak-anak adalah anugerah yang terindah dikurniakan kepada kita dan amanah daripada yang Maha Esa. Kita yang mencorakkan mereka ini sejak dari kecil. 

Pasti kita pun akan tumpang gembira bila anak-anak sihat tubuh badan dan membesar dengan aktif serta terhindar dari penyakit-penyakit. Jadi tugas ibu bapa perlulah memastikan anak-anak ini mendapat keperluan nutrien yang mencukupi.



Bagaimana cara nak dapatkan Eskayvie Diffenz Junior? Korang boleh layari laman web dan media sosial Eskayvie dibawah untuk tahu lebih lanjut mengenai produk Diffenz Junior dan bagaimana membuat pembelian.




Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

6 Comments

AlongMurni said…
Nampaknya banyak khasiat Eskayvie Diffenz Junior.. boleh la AM cuba untuk bagi anak2 untuk tumbesaran dan menyokong sistem imun mereka..
Syafiera Yamin said…
Rasa nak beli satu untuk anak anak I juga sebab depa ni banyak keluar sana sini.. tapi setakat ni Alhamdulillah Masih sihat walafiat
bagus produk ni.. tgk formulasi dia mmg menyakinkan.. nanti boleh beli and try kat anak
halimah muhiden said…
Bagus jgk kandungan vitamin Eskayvie Diffenz Junior byk khasiat utk kesihatan anak2 nti blhlah rekomenkan pada menantu
Rawlins GLAM said…
Terkejut tengok statistik bantut kat Malaysia kan. Kena didik semua nie agar amalkan Diffenz Junior nie agar bantu tumbesaran semua
Kak Lin Ezyklik said…
hi zayani, perkongsian yg bermanfaat. anak saya pun berikan Diffenz Junior. Alhamdulillah nampak lebih terjaga kesihatannya. budak2 ni kan payah nak mkn sayur, buah, kita ikhtiarlah cara ini. customer saya pun berikan feedback yg positif.

FOLLOWERS