Sambutan Ulang Tahun ke 10,000 Hari Caring Pharmacy

Hai korang!

Syarikat rantaian farmasi yang terbesar di Malaysia, Caring Pharmacy Retail Management Sdn Bhd telah menyambut ulangtahun 10,000 harinya pada 26 Januari 2022 tempoh hari. Lama tu, 10,00 Hari bersamaan dengan 27 tahun dalam pasaran Malaysia!

Caring Pharmacy telah ditubuhkan pada 10 September 1994 oleh 4 orang geng ahli farmasi yang berkawan sejak dari zaman belajar lagi. Sehingga kini, dah ada lebih kurang 158 outlet dan telah mengambil alih 36 buah cawangan Georgetown Pharmacy dan Wellings Pharmacy.


Dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah, anakanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, ditemani oleh Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab bin Haji Rahim, Pengarah Bahagian Pengurusan Bencana & Operasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Pejabat Perdana Menteri. 

Turut hadir dalam majlis gilang gemilang ini ialah wakil-wakil dari Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais ASEAN (ARFF), Kuala Lumpur Pavilion Sdn. Bhd. dan artis tanah air, Nadia Brian & Tong Bing Yu.



Y.A.M Tengku Datin Paduka Setia Zatashah berkata, 
“Jenama tempatan seperti Caring Pharmacy menjadi kebanggaan kita melalui usaha mereka di dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sumbangan ikhlas mereka, setiap usaha diambil kira, dan setiap tindakan ada impaknya. Bersama-sama kita mampu melakukannya.”



Penolong Pesuruhjaya (PA) Abdul Wahab bin Haji Rahim berkata, 
“Saya menyokong usaha Caring Pharmacy yang masih menjaga kebajikan golongan kurang bernasib baik di sebalik sambutan ini, dan juga NEUTROVIS dengan kerja-kerja CSR luar biasa mereka pada tahun lepas. Jenama-jenama tempatan ini menjiwai slogan #KITASUPPORTKITA dengan mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan saudara kita yang berbilang kaum di Malaysia, pada masa-masa yang diperlukan.”

Pengarah Urusan Caring Pharmacy, Chong Yeow Siang berkata, 
“Ianya memberikan kebanggaan kepada saya untuk merayakan sambutan 10,000 hari ini dengan menyumbang kembali kepada masyarakat melalui 10 buah persatuan tersebut. Ianya merupakan pencapaian bersejarah dan amat bermakna buat kami, untuk membantu orang awam dalam urusan kesihatan dan kesejahteraan mereka.”

“Seperti nama kami, kami amat prihatin terhadap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan agama. Sebagai rangkaian farmasi terbesar tempatan, kami akan terus berkhidmat menyediakan kemudahan penjagaan kesihatan yang paling relevan semasa dan selepas pandemik ini.”


Caring Pharmacy menyambut ulangtahun 10,000 harinya dengan menyumbangkan 10,000 kotak (500,000 unit) Pelitup Separuh Muka Perubatan Premium NEUTROVIS kepada 10 buah organisasi.

Sedang negara berada di fasa pemulihan akibat pandemik dan bencana alam, jenama tempatan – Caring Pharmacy dan NUETROVIS bekerjasama dengan 10 buah organisasi untuk melindungi mereka yang kurang berkemampuan untuk memiliki pelitup separuh muka gred perubatan yang bersesuaian. 

10 penerima sumbangan adalah seperti berikut: 
⭐ Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
⭐ Kechara Soup Kitchen 
⭐ Yayasan OrphanCare
⭐ Kelab Rotary Puchong
⭐ Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia
⭐ The Giving Bank
⭐ Yayasan Food Bank Malaysia
⭐ Uncle Kentang
⭐ World Vision Malaysia
⭐ Worldwide Wellness Club



Pelitup separuh muka yang disumbangkan ini akan digunakan oleh para anggota dan sukarelawan dalam operasi seharian mereka, dan juga akan diagihkan kepada mereka yang kurang bernasib baik, terutama kepada mangsa banjir yang terkesan sejak dua bulan lepas. 

Dengan sumbangan ini, mereka berharap dapat memberi peluang kepada semua dalam melawan COVID-19 dan mengingatkan kita untuk menyambut Tahun Baru Cina secara berhemah, semasa berkunjungan sesama keluarga dan sahabat handai.



Tarikh majlis ni pun alang-alang dah nak dekat dengan perayaan Hari Raya Cina pada tahun ini iaitu pada 1-2 Feb 2022, jadi sambutan kali ini memang diraikan dengan meriah siap dengan pertunjukan Tarian Naga dan Speed Painting.





Masa hari event tu, ada wartawan sempat interview saya tentang event ni dah tentang persembahan Tarian Singa ni. Excited la tengok sebab lama tak tengok, ye lah, kan berapa tahun dah tak boleh keluar beraya dan tengok Tarian Singa ni.

Jap, kalau korang pun confuse samada itu Tarian Naga atau Tarian Singa, mudah je.
Perbezaan antara tarian singa dan tarian naga di China adalah: Singa biasanya mempunyai dua pemain sahaja dalam kostum, manakala naga memerlukan banyak pemain untuk memanipulasi badan dia.

Saya juga sempat dapatkan lukisan karikatur muka yang dilukis secara Live oleh kartunis Tuyuk @ Firdaus Husain (Instagram: @tuyuk_firdaushusain). Talented, cepat je beliau lukis muka. Pertama kali juga saya dapat jenis lukisan macam ni. Hihi



Good news! Bersempena dengan sambutan ulangtahun 10,000 hari, Caring Pharmacy akan memberi 1000 mata ganjaran tambahan kepada 10,000 orang ahli terawal yang berbelanja sebanyak RM100 ke atas di cawangan Caring Pharmacy. 

Untuk maklumat lebih lanjut:
Website: caring2u.com
Facebook: www.facebook.com/caring2u
Instagram: www.instagram.com/caringpharmacy_my


Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS