Peak Of Heaven - Filem Pertama Ekspedisi Gunung Everest 1997

Salam sejahtera korang!

Tahu tak korang, sebenarnya dah 25 tahun ulang tahun pasukan hero negara yang pertama mendaki Gunung Everest pada tahun 1997. 10 Hero negara ini berjaya mendaki sampai ke puncak (Mount Everest Summit) pada 23 May 1997.

Tahun 1997 tu, semua orang excited nak tahu perkembangan mereka dalam pendakian, ada berita elok, ada berita buruk. Bayangkan, dari beratus orang yang apply nak wakil negara pada masa tu, hanya 10 orang  wira (9 orang) dan wirawati (1 orang) ini sahaja yang terpilih selepas latihan khas. Hebat!


Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan Perdana Menteri Malaysia dan Tan Sri Dato' Haji Mahiaddin bin Md. Yasin merupakan Menteri Belia dan Sukan Negara pada masa Misi Mendaki Gunung Everest 1997.

Ekspedisi pendakian pertama Gunung Everest pada masa itu diinspirasikan kerana pada masa tu, tak pernah ada mana-mana orang negara Asia yang berjaya menakluki Everest lagi. Ye la, dulu bukan macam sekarang yang ada alat bantuan mendaki, teknologi dan proper equipment.

Masa tu, ramai sponsor nak sumbangkan dana untuk pasukan negara mendaki. Bukan mudah nak kumpul dana pada masa tu, tapi deorang berjaya juga kutip sebanyak USD 4 Juta masa tu untuk tampung perbelanjaan pasukan semasa latihan dan pendakian.


Filem Peak Of Heaven - Filem Ekspedisi Gunung Everest 1997

Menariknya, skrip filem ini akan diambil mengikut kronologi daripada pendaki yang sebenar. Filem ini akan menceritakan dan memaparkan kisah sebenar tentang hero negara dan rakyat Malaysia pertama yang berjaya sampai di Summit Mount Everest.

Filem ini juga dirakamkan menggunakan sistem LED Wall Virtual Set - StageCraft (The Volume), sistem yang sama digunakan untuk pergambaran filem Star Wars, dan akan menjadi Filem Teknologi Pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknik rakaman STAGECRAFT (The Volume).

Filem Peak Of Heaven bergenre: Sejarah, Bencana, Aksi, Pengembaraan, Drama, Thriller, Sukan  (History, Disaster, Action, Adventure, Drama, Thriller, Sports).



Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Fullmoon Pictures, Izzat Hazim berkata, 

“Ekpedisi Gunung Everest pada tahun 1997 amat merbahaya dan mencabar. Kami hanya memahami pahit getir mereka semasa kami mengkaji mengenai kisah tersebut, termasuk temubual, artikel dan dokumentari. Ianya telah benar-benar membuka mata kami. 

Konsep mendaki gunung tertinggi dunia sambil mengharungi iklim yang mencabar hanyalah sekilas dari peristiwa ini. Tidak ramai yang mengetahui keseluruhan proses latihan, kos di sebaliknya, persedian mental dan tahap usahasama yang terlibat dalam keseluruhan perjalanan.”

Sempena dengan itu, kempen “The SUMMIT-97 telah ditubuhkan untuk membolehkan para penonton merasai pahit getir dan cabaran yang ditempuh melalui penerbitan - filem-filem animasi, dokumentari, buku-buku, muzik latar asli, filem-filem, rakaman di sebalik tabir dan aplikasi permainan. 

Kos RM100 juta telah diperuntukkan untuk menghasilkan filem yang berjudul “PEAK OF HEAVEN”, yang menglibatkan selebriti-selebriti antarabangsa seperti A. R. Rahman, Guy Sebastian, Henry Golding, Phedon Papamichael dan ramai lagi, menjadikan filem ini bertaraf antarabangsa.



Pasukan yang akan terlibat didalam pengambaran Filem "Peak Of Heaven" - Filem Ekspedisi Gunung Everest 1997 terdiri daripada:

➡ Komposer Muzik: A. R. Rahman
➡ Sinematografi: Phedon Papamichael (ASC,GSC)
➡ Penyanyi LAgu Tema: Guy Sebastian
➡ Editor Visual: Michael McCusker dan Andrew Buckland
➡ Jurutera Bunyi: David Giammarco dan Don Sylvester
➡ Pelakon: Henry Golding, A. R. Rahman, Guy Sebastian, Phedon Papamichael dan ramai lagi.


Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Tuan Zakaria Abdul Hamid berkata, 

“Fullmoon Pictures membawa mesej yang penting, iaitu sentiasa mengejar kejayaan bertaraf antarabangsa dan kekal fokus kepada matlamat asal. Seperti mana mereka menetapkan rekod Guinness World Records melalui filem mereka – PEAK OF HEAVEN, Filem Teknologi Pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknik rakaman STAGECRAFT (The Volume).”

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker berkata, 

“Saya ingin menegaskan kepentingan kempen ”The SUMMIT-97” ini. Ianya kisah yang bernilai bukan sahaja kepada para atlit, tetapi kepada setiap individu dalam kehidupan seharian mereka. Ianya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. 

Saya percaya, ramai rakyat Malaysia mempunyai kebolehan kesukanan yang belum dipersembahkan ke peringkat dunia.”


Saya bertuah sebab diberi kesempatan untuk berjumpa dengan hero negara yang datang ke majlis pelancaran Filem Peak of Heaven tempoh hari.

Dalam lebih kurang 200 orang yang datang untuk sesi pemilihan, hanya 10 orang sahaja yang terpilih untuk ke ekspedisi Summit Mount Everest. Ekspedisi ini merupakan Pendakian Pencapaian Manusia yang Pertama dalam sejarah Malayia dan Asia pada masa tu.

🌟 Pasukan mendaki diketuai oleh: Mej Mohd Rizan Mat Hassan

10 Hero negara:
⭐Aimi Zairin Mohamed
⭐ Gary Choong
⭐ Borhan Ibrahim
⭐ N.Mohandas
⭐ Teoh Lee Lee
⭐ M.Magendran
⭐ Zahidi Paiman
⭐ Allayarham Mohd Fauzan Hassan 
⭐ Mendiang M.Moorthy

Semasa ekspedisi, hanya 1 kematian direkodkan iaitu Sherpa pasukan yang ditugaskan menjaga makan dan minum pendaki. 



Filem Peak Of Heaven yang merancang untuk mendapatkan 5 rekod Guinness World Records ini juga sesuai untuk dibwa ke peringkat antarabangsa dan mampu menarik lebih kurang 98 Juta penonton dari seluruh dunia. 

Tak sabar saya nak tonton filem inspirasi ni. Semoga produksi filem Fullmoon Pictures (M) Sdn. Bhd. cepat-cepat buat filem ni, dengan best dan berjaya membawa 10 Hero negara supaya semua orang kenal siapa orang pertama warga Malaysia dan Asia yang berjaya mendaki Everest.




Untuk maklumat lanjut:
Website: www.fullmoonpic.com



Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

13 Comments

mama tisya said…
br tahu dh 25thn hero negara yang pertama mendaki Gunung Everest ..dh buat filem ni pasti menarik menelan belanja pn byk juga tu..kwn baik slh seorang yg suka mendaki juga...pasti die suka filem ni nanti..tq for sharing
Nadia Johari said…
Dah 25 tahun ye, lama dah. Bila dibuat filem , mesti dapat menarik semua orang. Suka cerita macam ni. Terbaikla
Marina Bashah said…
Suka cerita dari kisah benar macam ni. Nak tengoklah nanti cerita ni.
Bae Roslan said…
wow besttt nyaaa...tak sabar nak tengok..movie berkaitan hiking ni memang genre yang bae suka
fareast said…
baru tau ada filem gunung everest ni. Kalau keluar netflix nnt saya tengok
halimah muhiden said…
Terbaik ada filem mcm ni jd kita tau bahawa mereka adalah hero yg mendaki Gunung Everest .
Filem Peak Of Heaven
Rawlins GLAM said…
Yes. Wajib sokong untuk tonton kelak. Teringin nak melihat kegigihan orang kita menakluki one of the world's wonders.
Kitkat Nelfei said…
Wahh boleh tengok la filem ni nanti, zaman tue memang taw ada expedisi ni tapi still kanak2 kan.. tumpang happy but now can see the documentary soon! Wajib tengok la! Kebanggaan Malaysia ni
Jia Shin Lee said…
One of my dreams is to hike Mount Averest, can't wait to watch this.
wahh ni kena masuk dalam list.. suka juga filem adventure mcm ni.. jalan cerita menarik
Hasif Hamsyari said…
kisah tentang pendakian memang selalu menginspirasikan. terpegun dengar barisan pelakon tu semua sebab bukan calang-calang tu. tak sabarnya!
Ruby said…
Masa usia akak 5 tahun dulu, meriah tau suasana berita pendaki Malaysia berjaya mendaki Gunung Everest. Lepas tu mereka pacak bendera Malaysia. Moment yang tak disangka kita boleh buat. Training utk persediaan pendakian pun ada dokumentari dibuat. Luar biasa rakyat Malaysia ni. Walau banyak filem pendakian akak tengok. Akak akan support Malaysian film. Release 2023 insyaAllah we can do it!
Sunshine Kelly said…
I can't wait for the whole movie to be completed, really so proud of all the climbers.

FOLLOWERS