Ada Apa di Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK)

Hai dan Assalamualaikum korang!

Kalau korang terfikir, aktiviti apa yang paling sesuai dan best nak buat di hujung minggu, boleh la korang cuba ke Resort Taman Eko Rimba Komanwel yang terkenal sebagai tapak camping/ glamping perkhemahan, chalet, ATV, berkayak, denai mendaki, jungle/river trekking dan banyak lagi.

Commonwealth Eco Forest Park & ​​Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 yang berlangsung pada tahun 1993.

Dengan keluasan resort sebesar 260 hektar, banyak aktiviti eco-tourism yang boleh buat disini. Hutan Simpan Bukit Lagong bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan berada dibawah jagaan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).


RTERK terletak di kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong. Dengan jarak 30 minit daripada Kuala Lumpur dan 3km jarak dari pekan Rawang, menjadikan lokasi ini sangat sesuai untuk dikunjungi pada hujung minggu.

Taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk pengunjung bercuti disini.

RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.


Paeh dan saya sebenarnya mendapat jemputan untuk sertai program FAM Trip atau Open Day dan Majlis Makan Malam Apresiasi Media Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komenwel pada 1 Ogos 2022 yang lepas.

Pada trip kali ini, Tourism Selangor membawa kami untuk explore di kawasan RTERK dengan konsep explorace. Kami diberikan task untuk buat semua aktiviti disini, dan dapatkan cop pengesahan lepas habis buat semua. Total aktiviti ada 14 checkpoint.



Pagi kami dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Bersemangat kami berdua nak mulakan pengembaraan harini. Rasa macam lama tak bersenam pagi-pagi macam ni. Haha  ^_^

RTERK ni sebenarnya penuh dengan lokasi yang cantik untuk bergambar dan juga untuk buat aktiviti. Lokasi kawasan pun memang luas, dan private sebab tak campur dengan kawasan luar resort. Kiranya kawasan luas untuk anak berlari-lari.

Jadi, ada apa di Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dan aktriviti apa yang menarik di Resort Taman Eko Rimba Komanwel. Aktiviti hujung minggu yang boleh buat di Resort Taman Eko Rimba Komanwel:


Checkpoint 1: Mini Flower Garden Cik Bunga
Checkpoint 2: Cik Bunga Telephone Booth
Checkpoint 3: Cafe Loaves & Bites

Kalau korang datang ke RTERK, korang kena familiar dengan Cik Bunga, yang merupakan maskot rasmi RTERK. Cik Bunga juga merupakan pemilik resort ni, sebab tu kat mana je ada nama Cik Bunga. Orang kuat yang berjaya maintainkan resort ni.

Kaki bergambar mesti rambang mata nak bergambar kat banyak port lawa di RTERK. Antara yang menjadi kegemaran pelawat yang datang disini bergambar adalah kat checkpoint ni, sebabnya, memang dekorasi pun dah lawa.


Checkpoint 4: Welcome Bamboo
Checkpoint 5: Roundabout RTERK

Kalau datang ke RTERK tak sah kalau tak ambil gambar di port wajib, di roundbout RTERK ni. Rasanya port ni lah satu-satunya port yang ada tulis nama penuh resort ni. So, kalau datang nanti jangan lupa bergambar kat sini tau.




Checkpoint 6: The White Cottage
Checkpoint 7: River Cottage Area

Ada banyak jenis penginapan yang korang boleh pilih disini. Dari jenis bilik sampailah ke jenis yang khemah dan tapak khemah pun ada. Ikut bajet korang yang mana satu korang nak. Harga pun not bad, bermula daripada RM100 macam tu.


Checkpoint 8: Lubarcamp

Lubarcamp merupakan port yang orang selalu book kalau camping dan glamping kat sini. Tent yang disediakan siap dengan tilam, memang selesa lah kalau nak bawa family yang tak pernah try camping disini. Lepas tu siap ada ruang untuk BBQ sekali.



Checkpoint 9: Black Indiana


Checkpoint 10: Forest by Cik Bunga

Kalau lapar boleh makan di dua buah cafe dan restoran yang ada didalam RTERK. Menu pula ikut masa makan, contoh kalau sarapan, ada la nasi lemak. Kalau lunch ada la makanan yangs esuai dengan lunch.



Checkpoint 11: Aktiviti Berkayak

Macam tak syok pula kalau bercamping, tapi tak berkayak sekali. Kat RTERK korang boleh buat aktiviti ni tanpa risau. Jaket keselamatan disediakan, lepastu kedalaman tasik ni pun tak dalam, setakat paras pinggang-bahu gitu. InshaAllah selamat.



Checkpoint 12: Aktiviti Berbasikal
Checkpoint 13: Aktiviti Electric Scooter
Checkpoint 14: Aktiviti ATV Ride

Nak ke satu-satu checkpoint pun ada yang jauh ada yang dekat. Memang jarak berjalan kaki, tapi kalau dah rushing tu, dan berulang-alik, maka penat la juga. Tapi kalau datang sendiri next time, memang jalan pun boleh.

Kat RTERK korang boleh sewa basikal, electric scooter atau ATV. Boleh la bawa berjalan sekeliling resort untuk bergambar dan beriadah sebab kawasan besar. Korang boleh sewa dengan kadar 15 minit.



Rezeki kami berdua, memang pula cabutan bertuah sorang satu. Lagi bertambah rezeki, memang pula gambar terbaik di Instagram: @nzayaniz. Alhamdullilah hadiah dapat bermalam di sini nanti. Boleh repeat dengan family pula.

Terima kasih Tourism Selangor dan Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK)!



Resort Taman Eko Rimba Komanwel
Lagong Forest Reserve, KM 23, Jalan Rawang,
Compartment 3, 48000 Rawang, Selangor.

Website: https://www.rterkpark.com/
Facebook: https://www.facebook.com/ekorimbakomanwel/
Instagram: www.instagram.com/resorttamanekorimbakomanwel/

Entry ini diterbitkan dari program 
FAM Trip /Open Day dan Majlis Makan Malam Apresiasi Media Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komenwel, Selangor anjuran Tourism Selangor.


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Yeah... Bila nak bermalam tu... Nak gi kacau. Hahaha

FOLLOWERS