Review Filem JUANG The Movie 2022 Best

Hai dan salam sejahtera korang!

Finally keluar juga filem yang ditunggu-tunggu ramai, JUANG The Movie, yang kini telah berada di pawagam seluruh Malaysia bermula pada 8 September 2022. Filem JUANG memaparkan 5 kisah benar tentang pengorbanan dan semangat frontliner dalam memerangi COVID-19.

Filem yang diinspirasikan daripada kisah benar ini mengisahkan tentang kehidupan mereka yang terkesan dan apa yang dilalui oleh rakyat malaysia selama lebih dua tahun negara dilanda pandemik. - sinopsis filem JUANG.

Filem yang diiktiraf "Malaysia Book Of Records" atas rekod - 'Karyawan Paling Ramai Terbabit Dalam Satu Naskhah' ini dihasilkan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memerangi wabak pandemik ini.



Filem JUANG, diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai Most Movie Casts In A Feature Film (Filem Dengan Karyawan Seni Paling Ramai) dengan pembabitan lebih 500 pemain industri hiburan tempatan.

JUANG dihasilkan dan diarahkan oleh 5 Pengarah hebat: 
⭐ Aziz M. Osman;
⭐ Yusry Abd Halim;
⭐ Matt Lai;
⭐ Kabir Bhatia;
⭐ Osman Ali.

5 pengarah hebat tanah air ini turut dibantu dengan 165 tenaga disebalik tabir yang menjadikan JUANG sebuah naskah yang berkualiti sempena dengan tanda penghargaan buat frontliner dan seluruh rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Kolaborasi filem antara Asia Tropical Films Sdn Bhd bersama The Engine Sdn. Bhd. telah berjaya menerima pengiktirafan dari MBR apabila produksi yang membabitkan 335 pelakon dengan 100 pelakon utama dan 235 pelakon tambahan.



Specialnya Malam Gala Premier Filem JUANG The Movie tempoh hari, berlangsungnya NFT amal yang pertama untuk filem di Malaysia  yang diberi nama - NFT JUANG.

Tujuan utama WebTVAsia bersama penerbit, pengarah serta para pelakon JUANG The Movie memperkenalkan NFT Amal JUANG adalah untuk:

✅Sebagai sumbangan kepada pengorbanan dan sokongan barisan hadapan negara dalam membendung wabak COVID-19.
✅ Kesemua hasil jualan NFT JUANG akan disumbangkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) barisan hadapan - Thrive Well dan The Hope Branch.
✅ Untuk memperkenalkan konsep dan tujuan penghasilan NFT sebagai sebahagian daripada teknologi Web 3.0 yang boleh digarap kedalam filem, komuniti hiburan dan bidang kreatif lain untuk masa depan.

Paling menarik dan tersentuh hati sekali adalah, NFT filem terakhir Allahyarhamah Adibah Noor turut terjual secara bidaan dengan harga yang paling tinggi.



3 jenis NFT JUANG yang dilancarkan pada Malam Gala Premier Filem JUANG The Movie adalah:

🌸 7 NFT JUANG edisi eksklusif - karakter filem Zizan Razak, Zul Ariffin, Janna Nick, Jack Lim, Haoren, Sangeeta Krishnasamy dan Allahyarhamah Adibah Noor.

🌸 1,000 NFT Siri Gala Poster Filem JUANG kepada kesemua 1000 tetamu yang terawal.

🌸 450 rekabentuk unik NFT JUANG kesemua karakter filem dalam 3 koleksi - JUANG Platinum, JUANG Emas dan JUANG Perak.

Korang boleh dapatkan dan beli koleksi NFT JUANG di laman web: nft.juangthemovie.com. Kesemua hasil jualan NFT JUAN juga akan didermakan kepada NGO yang terlibat.



Filem JUANG bibarisi oleh pelakon hebat:

Zizan Razak, Janna Nick, Sangeeta Krishnasamy, Jack Lim, Izzue Islam, Zul Ariffin, Hao Ren, Vanidah Imran, Chew Kin Wah, Azri Sabri, Dian P. Ramlee, Datuk Rosyam Nor, Angelin Tan, Datuk Jalaludin Hassan, Luqman Hafidz, Allahyarhamah Adibah Noor, Steve Yap dan ramai lagi.

Walaupun memegang watak kecil, filem JUANG merupakan filem yang special sebab merupakan filem terakhir yang Allahyarhamah Adibah Noor berlakon.

Kebanyakan pelakon JUANG The Movie pun hadir pada Malam Gala Premier Filem JUANG The Movie termasuklah: Zizan Razak, Janna Nick, Sangeeta Krishnasamy, Jack Lim, Izzue Islam, Zul Ariffin, Hao Ren, Azri Sabri, Vanidah Imran, Datuk Rosyam Nor,  Luqman Hafidz, dan ramai lagi.



Gambar yang diambil saya, menggunakan kamera Canon M10 semasa sesi Red Carpet Malam Gala Premier JUANG The Movie tempoh hari.

Antara yang berada didalam gambar:

Pelakon utama: Zizan Razak, Janna Nick, Sangeeta Krishnasamy, Jack Lim, Izzue Islam, Zul Ariffin, Hao Ren, Azri Sabri, Vanidah Imran, Datuk Rosyam Nor,  Luqman Hafidz.

Pelakon tambahan: Mohd Falyq Hikyle Bin Mohd Fuad, Abimanyu A/L Misilamani, Agnes Wang Chin Lian, Mandy Chen, Azri Bin Sabri, Joey Leong, Wayne Thong, Lisdawati Binti Nazaruddin, Cedric Loo
Luqman Hafidz Fauzi, Pekin Ibrahim, Silfeny Osman, Norish Karman, Vanidah Imran, Dato' Jalaludin Hassan.

Pengarah: Kabir Bhatia, Yusry Abd Halim, Aziz M Osman, Osman Ali, Mat Lai.

Artis / Content Creator: Ms. Pui Yi, Mark O'Dea, Vikar, Evie, Jazmy, Aizim Yusof, Izzryn Hasiff, Eva, Meejan, Al, EzrinMN, Daniesh Suffian, Shuib, Edwin Yeoh, Ms Cyndi Chee, Priscilla Abby, Thomas Kok, Isaac Voo,  Ahirine Ahirudin.

Allyan Too, Datuk Rosyam Nor, Raja Jastina Raja Arshad, Angela Chua An Qi, Veronica, Datuk Jovi Heng, Nessa Ng.






Malam Gala Premier Filem JUANG The Movie yang diadakan pada 23 Ogos 2022 telah berlangsung di DADI Cinema, Pavillion Kuala Lumpur. Kalini kami dapat seat yang rare, di Lil Star Hall yang sebenarnya merupakan depan panggung untuk kanak-kanak. HAHA

Ramai barisan pelakon, artis dan penyanyi yang datang sokong filem ini termasuklah penyanyi OST filem JUANG The Movie,  Dato' Sheila Majid yang ditemani suami, Dato Hasridz Murshim Hashim Abdullah (Dato' Acis) dan Dato' Siti Nurhaliza yang dtemani suami tersayang, Dato' Sri Khalid bin Mohamad Jiwa (Datuk K)



Review best, positif dan negatif tentang filem JUANG The Movie:

→ Filem ala dokumentari  yang diinspirasikan dari kisah benar yang betul terjadi semasa pandemik.

→ 5 storyline short story yang berbeza dengan hasil tangan 5 pengarah yang berbeza. Ada elemen kejutan dan aksi yang mencemaskan walaupun berdasarkan kisah benar.

→ Mengimbau kenangan dan pengalaman yang kita alami serta kesusahan dan cabaran yang frontliner alami semasa pandemik.

→ Menunjukkan nilai seperti kekeluargaan, hormat-menghormati, tolong-menolong, kasih sayang, kesabaran dan jangan berputus asa walau apa sekalipun.

→ Menunjukkan pengorbanan barisan hadapan negara dalam memarangi wabak pandemik, yang terpaksa jauh dengan keluarga, ada yang terpaksa risikokan diri untuk selamatkan orang lain.

→ Paling tak best, part Allahyarhamah Adibah Noor berlakon sangat pendek! Memang betul-betul cameo, rasa macam tak sampai 5 saat ada muka dia. (JUANG The Movie - filem terakhir lakonan Adibah Noor).

Photo credit: Astro Tropical Films

Photo credit: Astro Tropical Films

Semoga korang enjoy tengok filem JUANG The Movie yang mengisahkan tentang saat getir yang dilalui rakyat malaysia selama lebih dua tahun negara dilanda pandemik. Juang adalah tanda penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para pejuang barisan hadapan!

Jangan lupa tonton filem JUANG The Movie yang kini dah ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia!

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS